ALAM MELAYU: Rasuah Bukan Budaya Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
- Artikel membincangkan persepsi salah bahawa rasuah adalah sebahagian daripada budaya Melayu, dengan menegaskan ia sebenarnya ditegah dalam budaya dan agama.
- Penulis mengupas sejarah rasuah melalui contoh dari kerajaan lama seperti Melaka dan Aceh, serta pelbagai istilah yang digunakan dalam masyarakat Melayu.
- Pakar budaya dan akademik seperti Dr Muhammad Ariff Ahmad dan Prof Syed Hussein Alatas menegaskan rasuah bukan warisan budaya, tetapi kelemahan manusia yang perlu dibanteras.
- Singapura dijadikan contoh negara yang berjaya membanteras rasuah, namun penulis mengingatkan agar masyarakat tidak leka dan terus berwaspada terhadap amalan ini.
SINGAPURA: Kes rasuah besar sejagat, termasuk tiga mantan perdana menteri yang dibicarakan di negara jiran telah menarik fokus dunia.
Namun ia bukan dianjurkan ‘kebudayaan’ Melayu, bahkan ditegah sekali. Mohd Raman Daud mengupas mengapa berlaku tanggapan salah tentang rasuah.
Asal ada orang rumpun Melayu, apatah lagi kenamaan, terpalit dengan kes rasuah sejak beberapa dekad mutakhir, timbul tanggapan bahawa amalan ini sudah ‘membudaya’ atau sudah ada dalam ‘kebudayaan’ Melayu.
Begitulah halnya apabila tiga mantan perdana menteri di sebuah negara jiran dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan kes mereka yang membabitkan wang ribuan juta. Kononnya hal ini ‘alah bisa, tegal biasa’ - seolah-olah ini amalan turun-temurun atau warisan dan biarkan sahaja “Si Luncai terjun dengan labu-labunya”.

Persoalan ini pernah saya ajukan kepada budayawan, Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (@ Cikgu Ariff atau Dr MAS, 1924 - 2016), antara lain, ini jawapannya:
“Kebudayaan Melayu berasal dari kekata ‘budi’, iaitu nilai luhur dan ‘daya’. Pendahulu saya, Cikgu Mahmud Ahmad (1906 - 1976) pun sepakat. Ini bermakna, ‘kebudayaan’ mencakupi semua aspek kehidupan yang luhur atau baik-baik sahaja.
“Mentelah dengan kedatangan Islam, adat atau budaya Melayu bersendikan Syarak (hukum syariah). Jadi, amalan buruk seperti malas, mabuk sehingga rasuah, bukanlah budaya kita, tetapi yang amat ditegah budaya kita.”

PELBAGAI ISTILAH
‘Rasuah’ dari istilah Arab (رشوة: rasyawah) juga disebut sebagai ‘makan suap’, ‘sogok’, ‘sunglap’, ‘tumbuk rusuk’, ‘rayap’, ‘kena emas’, ‘dorongan’ dan sebagainya.
Banyaknya istilah jelas menunjukkan amalan jelek ini cukup dikenali masyarakat, tetapi tidak mudah untuk menghapuskannya. Islam amat keras menegah dan menghukum perasuah.
Budayawan besar Riau, Dr Tenas Effendy (1935 - 2015) juga sepakat dengan Dr MAS. Tambah Cikgu Ariff, budaya yang baku atau kawi tertakluk kepada agama. Sementara yang bersifat amalan menurut trend (seperti fesyen) atau direka-reka bukan budaya sebenar tetapi sekadar ‘diadatkan’ atau ‘teradat’.

Misalnya, adat istiadat perkahwinan Melayu di Singapura yang dahulunya sering menampilkan penggunaan daun sirih - dari sirih pinang sehingga sirih pahar - sudah tidak dipakai lagi.
MELAYU DAHULU
Dahulu lain, sekarang lain. Demikian seni kata sebuah lagu dendangan S.M Salim. Tetapi dalam ehwal rasuah, menurut kajian tokoh terbilang, Prof Syed Hussein Alatas (1928 - 2007) dalam bukunya, ‘The Sociology of Corruption. The Nature, Function, Causes and Prevention of Corruption' (1968), ia sudah berlaku dalam banyak masyarakat sejak zaman nun dan akan terbawa-bawa sehingga akhir zaman.

Ini antara kelemahan manusia yang sanggup melakukan hal hodoh atau menyalahi perundangan demi kepentingan diri, meraih laba atau faedah. Namun akibatnya amat parah ke atas kebajikan serta menjejas teruk kewangan dan kemantapan negara.
Menulis dalam ruang siber, GATERA (singkatan Gerakan Intelektual Rakyat yang dibentuk pada 2014) pada 20 Jun 2017, Dr Shaharir Mohamad Zain membentangkan makalah menarik lagi berbobot tentang rasuah dalam bangsa Malayonesia, terutama di Malaysia.

Menurut Dr Shaharir, dari kajian arkeologi era kerajaan Campa (antara Kemboja dengan Vietnam), sudah ada konsep ‘rasuah’ yang dalam istilah Sanskerta sebagai ‘upapradana’. Ia suatu jenayah yang dipahatkan pada batu bersurat.
Rasuah berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada disedari atau tidak. Ia boleh berupa ‘duit kopi’ atau ‘sagu hati’ yang tidak diisytiharkan dalam urusan niaga sehinggalah kepada pemberian keistimewaan, layanan khas antara kaum keluarga atau kawan (nepotisme atau kronisme) sehinggalah kepada khidmat seks.
SULALAT-US-SALATIN
Buku ‘Sulalat-us-Salatin’ atau lebih dikenali oleh kalangan sarjana Barat sebagai ‘Sejarah Melayu’ yang dipercayai disusun oleh bendahara (perdana menteri) Johor, Tun Seri Lanang, ada mencatatkan perbuatan rasuah. Buku ini punya banyak versi tetapi sering ditukil ialah versi suntingan Abdul Samad Ahmad (1913 - 1999).

Misalnya di Negeri Melaka, para pekerja Temenggong (semacam ketua polis) Tun Hassan misalnya sudah terbiasa menerima sogokan daripada saudagar untuk mendapat tapak perniagaan:
“Maka segala orang muda Temenggong Tun Hassan pun pergilah dengan pertanda merentang tali. Maka oleh segala orang muda-muda, pada tengah rumah saudagar yang kaya-kaya itu direntanginya tali, disurohnya robohkan. Maka segala saudagar itu menyorong, ada yang saratus, ada yang dua ratus, ada yang tiga puloh, empat puloh kepada seorang. Maka diambilnya oleh segala orang muda-muda Temenggong Tun Hassan, diperbahaginya ramai-ramai dengan segala pertanda, itulah makanannya, maka segala kedai yang anjur-menganjur itu juga disurohnya buang."
‘Sejarah Melayu’ turut menceritakan kekayaan Ali Manu Nayan (saudagar India) yang menjadi tumpuan ramai bangsawan Melayu yang tanpa malu menagih hadiah daripadanya:
“Maka ada seorang biaperi terlalu kaya di dalam negeri Melaka, Ali Manu Nayan namanya. Apabila orang datang bermain ke rumahnya, maka diberinya kain atau emas atau barang benda yang gharib-gharib. Maka segala orang besar-besar pun semuanya datang ke rumahnya.”
Ada juga kes ‘mahkamah’ iaitu untuk memenangi perbicaraan dengan Raja Mendeliar, Nina Sura Dewana menyogok Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
Antara sebab kejatuhan Kerajaan Melaka ialah luasnya amalan rasuah (berkhianat) sehingga insan yang tidak berilmu lagi bejat akhlaknya diangkat sebagai pembesar. Lain halnya dengan Kerajaan Aceh yang mencapai puncak emasnya pada pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607 - 1637) kerana, antara lain, adil dan tegas ‘menghukum’ termasuk ke atas putera tunggalnya kerana didapati berzina. Maka tindakannya mencetuskan peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat”.
Sejak itu, Aceh diperintah oleh berderetan permaisuri (raja perempuan) yang terbukti telus, adil dan pintar mentadbir. Sayangnya ketika kerajaan Sultanah Kamalat Syah, muncul seorang yang mendakwa berdarah ‘syarif’ (keturunan Nabi) sehingga dirajakan walaupun terbukti tidak cekap sehingga ranap Kerajaan Aceh pada 1699 M.
TABAH BANTERAS
Terdapat pelbagai indeks atau angka tunjuk tentang rasuah dunia sejak zaman moden. Antara yang sering digunakan atau dirujuk ialah Transparency International (terjemahan bebas: Ketelusan Antarabangsa). Indeks ini bersandarkan tanggapan pakar sehingga awam setakat mana urusan di sesebuah negara dilakukan secara ‘telus’ iaitu tiada manipulasi atau pernah dinyatakan secara kasar dalam dialek Hokien, ‘kongkalikong’?
Amalan rasuah, menurut Prof Alatas, boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada setiap waktu. Maka itu, ia perlu dibasmi dengan perundangan dan pelaksanaannya yang ketat dengan sikap teguh dari pimpinan sehingga rakyat jelata.
Pernah ketika saya menemuinya ketika baru bersara di pejabatnya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 1987, Prof Alatas menyatakan rasa kagum akan kegigihan Singapura menentang rasuah - amalan baik yang sukar dilakukan oleh banyak negara Asia.
Singapura (SG) sering berada dalam kalangan 10 negara terendah amalan rasuah atau korupsi di dunia sejak dua dekad.

Kerap kali negara-negara Barat terutama Eropah mengungguli amalan terbaik cegah rasuah.
Pencapaian SG memang wajar dibanggakan, namun usahlah sama sekali rasa bangga melalaikan kita. Awasi rasuah!
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.