ALAM MELAYU: Mufti Yang Ku Kenali
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemergian mantan Mufti Syaikh Syed Isa Semait meruntun hati ramai di Singapura. Sikapnya yang merendah hati, ramah dan pemurah dengan nasihat. Mohd Raman Daud mengenang insan istimewa ini.
Tegas suaranya menerusi telefon yang sengaja saya putarkan punat untuk didengarkan juga oleh rakan-rakan semeja.
“Awak, Encik Raman, tak boleh ringkaskan tulisan saya. Penat-penat saja kami bikin penjelasan ini. Nanti orang ramai keliru dan tak faham,” jelas kukuh nada Mufti Syed Isa Semait.
Eseinya yang dikirimkan kepada kami menerusi faks memang cukup panjang – satu setengah halaman kertas A2 (broadsheet) akhbar Berita Harian. Saya ringkaskan menjadi setengah muka halaman akhbar! (Dua pertiga dikerat!)
Sebagai pengasuh Meja Rencana Berita Harian sejak akhir 1980-an, saya diberikan tugas untuk memastikan seberapa dapat ucapan atau makalah daripada Presiden, Perdana Menteri sehingga ustaz ternama. Maklumlah, akhbar ini ketika itu cuma 8 muka tetap (adakala bertambah jika banyak iklan) tetapi mesti menampung pelbagai berita dari siasah sehingga sukan, ketika itu.
Ertinya, hanya sedutan utama makalah atau ucapan yang boleh ditampilkan. Ini bererti kerja penyuntingan yang amat teliti lagi halus untuk membezakan fakta utama dengan yang sampingan. Pengasuh/editor perlu teliti tetapi berani menyaring petikan dan perlu sanggup membuat RALAT (mohon maaf dan pembetulan) yang boleh menjejas penilaian tahunannya.
MENJADI SAHABAT
Setelah laporan tersiar, beliau menelefon saya lagi.
“Terima kasih. Ramai orang jumpa saya di masjid-masjid dan menyatakan mereka faham duduk perkara. Laporan itu cukup mudah difahami dan bernas. Syabas Encik Raman. Awak kawan saya,” katanya.
Begitulah pengenalan saya dengan seorang Mufti yang pernah dahulu disifatkan sebagai cukup tegas di sebalik wajah peramahnya. Sejak itu, jika ada makalah atau ucapannya yang disiarkan, beliau tidak lagi menegur saya kerana yakin fakta utama atau mesej terasnya akan kesampaian.
Rupa-rupanya, pengenalan saya dengan beliau tidak sekadar antara wartawan dengan pembuat berita (newsmaker).
Setelah Cikgu Maarof Hj Salleh menjadi Presiden (1996-2003) Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), saya sering diundang untuk sesi khas di Hab Islam yang jaraknya kurang 400 meter dari pejabat Berita Harian di Press Centre, Braddell Road. Maka bertambahlah erat jalinan kami.

Saya pernah ditugaskan secara sukarela membantu MUIS dari soal perhubungan awam sehingga menyunting dua buku bimbingan rumah tangga, ‘Jalur Hidayah’ jilid I dan II, menyampaikan kuliah peradaban Islam di beberapa masjid sehinggalah melatih para imam mengenai aspek berita dalam penulisan khutbah.
Setiap kali bertemu Mufti Syed Isa di pejabat MUIS, pelbagai mutiara nasihat yang saya terima. Apatah lagi, beliau menyedari bahawa saya diumpamakan ‘anak didik’ Cikgu Ariff (Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad, 1924-2016). “Saya suka Cikgu Ariff kerana sikapnya yang merendah hati walau banyak ilmunya dan tulisannya cukup bernas,” ujar beliau.
USTAZ ABDILLAH
Saya pernah memberitahu beliau bahawa saya amat berpandukan nasihat Ustaz Syed Abdillah bin Syed Ahmad Al-Jufri, dalam menulis dan menyunting tulisan tentang Islam untuk ruang agama di akhbar.
Beliau amat setuju kerana mengakui bahawa teman sebangku darjahnya dari Madrasah Aljunied itu memang berkebolehan tinggi. Sayangnya, Ustaz Abdillah tidak sempat dan mampu untuk belajar sejauh Universiti Al-Azhar.
“Saya selalu dapatkan nasihat Ustaz Abdillah juga,” kata Mufti yang menceritakan perihal zaman mudanya yang sukar sehingga pernah menetap di rumah anak yatim dan perlu bekerja sebagai pengimpal (welder) di beberapa negara Eropah ketika cuti penggal di Al-Azhar.
Kebetulan saya juga mengenali abang beliau, Syed Ahmad Semait, pemilik Pustaka Nasional dan juga seorang ulama. Antara lain, kami (termasuk usahawan Hj Suhaimi Salleh) pernah bersama membentuk ikatan dipanggil Persada untuk menganjurkan sayembara novel tanah air.
HARUM SEJAUH OMAN
Nama Mufti Syed Isa sebagai ‘tokoh pembaharuan’ dalam memperkenalkan beberapa prakarsa (inisiatif) seperti penentuan hisab untuk menentukan kalendar/takwim sehingga ratusan fatwa rupa-rupanya harum sejauh negara Oman.
Pada awal 1990-an, saya pernah diundang kerajaan Oman untuk ‘journalistic junket’ (lawatan wartawan). Sesudah melawat lembah sungai (wadi) yang ditumbuhi pokok kemenyan secara liar, saya singgah di kawasan tali air. Tiba-tiba sebuah kereta besar terhenti dan keluar seorang berserban besar dan bertutur Bahasa Arab.
“Awak dari Singapura?!” tanya beliau. Dijawab oleh pengiring dan jurubahasa saya.
“Kirim salam saya kepada mufti awak. Beliau insan tawaduk dan berilmu maju,” katanya. Kami berjabat tangan erat dan beliau bergegas kembali ke keretanya.
Salamnya saya khabarkan kepada Mufti yang tunduk tersipu-sipu.

PEMULIHAN RADIKAL
Ketika Singapura diancam fahaman radikal Islam pada 2001/2, saya dan sebilangan wartawan menjadi murid kepada Ustaz Hj Ali Hj Mohamed. Kami mengikuti kelas agama lewat malam hingga dini hari. Maklumlah kami tamat bekerja hampir tengah malam.
Ustaz Ali memberitahu saya mengenai peri penting membantu pemerintah dalam menangani isu besar ini. Maka tergagaslah Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG). Dalam waktu ‘darurat’ itu, saya diminta sangat agar menjadi setiausaha sementara dalam rangka menghimpunkan sebuah ‘manual’ atau pedoman untuk memulihkan para radikal.
Dek ilmu agama yang terbatas, saya selalu sahaja menghubungi kalangan tokoh penasihat RRG iaitu para ustaz mapan: Ahmad Sonhaji Muhammad, Abu Bakar Hashim, Ibrahim Kassim, Syed Ali Semait dan Mufti Syed Isa.
Ternyata, pedoman tadi akhirnya diterima dan digunakan sehingga ada yang menyarankan agar ia dikembangkan menjadi buku dalam rangka menentang radikalisme yang bertopengkan Islam.
KEMBARA ACEH
Pada 1990-an juga, Mufti bersama Ustaz Embek Ali (1929-2008) dan saya sekeluarga diundang oleh mantan Gabenor dan pemimpin budaya dan ulama Aceh, Prof Ali Hasjmy (1914-1998).
Mufti telah menyampaikan makalah yang menarik perhatian ramai ulama yang menilaikannya sebagai pemikiran progresif. Begitu juga dengan Ustaz Embek yang mengupas peranan asatizah dalam membangun rumah tangga. Apabila tiba giliran saya, seminar seharusnya telah usai dan jadual penerbangan pulang kami semakin dekat, tetapi Prof Hasjmy meminta saya menyampaikan makalah tentang kewartawanan dan budaya serta menjawab soalan.
Entah bagaimana, pesawat lambat dua jam! Mufti sempat mengulas: “Kita merancang, Tuhan menentukan.”
Banyak lagi pengalaman yang saya perolehi daripada Syed Isa sebagai insan berilmu tinggi tetapi amat merendah hati (tawaduk). Beliau wajar dianggap tokoh contoh kerana memaafkan mana-mana insan yang pernah berang terhadap fatwa atau pendiriannya.
“Kita ini insan yang cenderung buat silap. Tapi kita minta pedoman Allah agar kesilapan kita itu terhapus kelak kerana niat kita luhur demi memajukan masyarakat dan negara,” ujarnya.

Semoga baktinya diredai Allah. Al-Fatihah.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.