ALAM MELAYU: Menyusuri Sikap dan Masa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiap datang tahun baharu, ramai yang mula memperbaharui tekad atau islah tetapi apakah berjaya atau tidak bergantung kepada peneguhan sikap.
Adakah anda dikatakan ‘orang Melayu kini’ (OMK) atau masih terperangkap dengan amalan orang Melayu dahulu (OMD) dan tidak mungkin menjadi orang ‘Melayu Baharu’ atau Melayu Lini (OML; lini = selepas ini)?
Soalan ini timbul, antara lain, menjelang munculnya Tahun Baharu.
Zaman silam, orang Melayu dahulu (OMD) menetapkan hari dan ketika yang baik berdasarkan kepercayaan dan pandangan alam mereka bahawa setiap sesuatu dijadikan mengikut ketika tertentu. Demikian menurut pandangan Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (@Cikgu Ariff, 1924-2016).
BERSAMA ALAM
Maka itu, timbul ungkapan mengenai masa istimewa seperti petikan daripada buku Hikayat Awang Sulong Merah Muda:
Pada hari cukup bilangan genap;
Ahad bertimpa dengan Senin (Isnin)
pada dua belas hari bulan,
dua belas tapak bayang-bayang.
Menyisir data di atas, pembaca dapat mentafsir masa istimewa iaitu petang Ahad masuk ke hari Isnin. 'Dua belas hari bulan' pula menggambarkan saiz purnama iaitu bulan yang mula mengambang penuh (lazimnya 13, 14 dan 15 hari bulan).
Bagi OMD, waktu puncak ialah purnama. Kiasan masa dan ketika yang dikatakan "hari cukup bilangan genap" dapat digambarkan oleh masyarakat kerana sekitaran akal (kognitif) yang berlaku dalam tempoh itu.
“Dua belas tapak bayang-bayang” menggambarkan waktu petang (pengiraan dengan menggunakan tapak kaki) dengan mengira kesan sinaran matahari pada sebatang kayu yang dicacakkan hingga ke hujung terakhir bayang-bayang.
Penjelasan tentang waktu sembahyang amat berkait rapat dengan masa. Masyarakat Melayu pada zaman dahulu telah menggunakan alat ketuk-ketuk (juga disebut kertuk atau kentung atau yang besar dipanggil bedok) yang dipalu dari surau/masjid untuk mengumumkan masuknya waktu solat.
TANGGAPAN
Prof Emeritus Dr Asmah Haji Omar dalam bukunya, 'Malay Perception of Time' (2013), telah menjelaskan bahawa perkataan waktu (daripada Bahasa Arab) dalam Bahasa Melayu digunakan untuk menerangkan masa sembahyang iaitu subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak.

Selain itu, perkataan waktu ini juga digunakan untuk menggambarkan masa khusus bagi rutin keagamaan seperti iftar (berbuka puasa) dan waktu imsak (berhenti makan untuk puasa/sahur).
Jam diperkenalkan di rantau Melayu oleh penjajah Barat seawal akhir abad ke-17 Masihi. Sebelum meluasnya penggunaan jam, OMD menggunakan alam sebagai sumber rujukan.
Misalnya, waktu zuhur dipastikan dengan mencacakkan sebatang kayu dan jika wujud bayang kayu tersebut maka masuklah waktu sembahyang zuhur. Waktu asar hanya bermula jika bayang kayu yang wujud melebihi panjang sebenar kayu tersebut.
Maghrib ditentukan dengan melihat urat daun kayu. Jika dilihat dari tingkap surau atau masjid, tidak kelihatan urat pada daun kayu maka waktu maghrib telah bermula. Atau, dilihat warna merah kekuningan pada ufuk (kaki langit) yang lazimnya menandakan bermulanya waktu maghrib. Jika warna merah jingga kian lenyap, bererti berakhir waktu maghrib dan bermula pula waktu isyak.
Oleh itu, memerhatikan pergerakan suria amat penting bagi OMD yang tanpa jam. Ungkapan seperti pagi, dinihari, malam, senja, matahari kuning kemerahan, waktu rehat dan banyak lagi jelas menggambarkan masa yang ditanggapi OMD.
Dengan kehadiran teknologi atau jentera dalam menentukan waktu iaitu jam, barulah timbul istilah seperti jam, minit dan saat.

MASA BANDINGAN
OMD bijak dalam menilai masa berdasarkan kejadian, maka timbullah ‘masa bandingan’ dalam ungkapan seperti sepenanak nasi, sepiak sirih, sepenggalah matahari dan sebagainya.
Takwim atau kalendar Islam dipercayai sudah digunakan seawal abad ke-10 Masihi. Penjajah pula telah memperkenalkan kalendar Gregorian atau Kristian mulai abad ke-15 Masihi.
Berbekalkan jam tangan atau jam dinding, berubah tanggapan orang Melayu dari sekadar menghormati masa seperti waktu solat kepada ‘menepati’ masa.
Dalam ajaran Islam, masa amat berharga. Banyak ayat Quran mengenai pentingnya menguruskan masa seperti Surah Al-‘Asr yang bermula dengan ungkapan “Demi masa...”. Namun kalangan sarjana berbahas bahawa rumpun Melayu, terutama majoriti Muslim, masih belum dapat menghayati mesej tegas Allah. Buktinya: masyarakat Melayu sehingga hari ini masih mengamalkan “kelonggaran masa” seperti ungkapan: lepas maghrib, lepas isyak dan seterusnya.
Misalnya janji temu untuk menziarah, A akan mengatakan lepas maghrib. Antara maghrib ke isyak, tempohnya sekitar 75 minit. Tetamu yang dinantikan boleh datang seawal 7.30 atau seminit sebelum isyak! Ertinya, fikiran lama seperti dalam ungkapan sepenanak nasi, masih kekal dalam jiwa OMK atau Melayu.
Meremehkan janji temu yang berteraskan masa bukanlah tabiat rumpun Melayu sahaja. Ia berlaku di mana-mana. Pakar antropologi, Edward T. Hall, mengaitkan dengan konsep monochronic time (M-time) dan polychronic time (P-time ).
Dalam masa monokronik (masa-M), insan tertumpu kepada sesuatu kegiatan pada sesuatu masa, sedangkan dalam masa polikronik (masa-P) terdapat pelbagai kegiatan dalam satu-satu masa tertentu. Masa-M mementingkan ketertiban atau penjadualan demi mencapai matlamat khusus. Cara masa-M terdapat dalam budaya Barat dan negara perusahaan mapan seperti Jepun.
LENGAH
Konsep masa-P dikatakan ‘lentur’ dan boleh dipaparkan dalam peribahasa 'biar lambat asal selamat'; 'tak akan lari gunung dikejar'; 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian' dan sebagainya. Sarjana Maya Khemlani David dalam makalahnya, 'How Late Is Late' (1992) telah membandingkan sikap masa antara bangsa Jerman dengan Melayu. Dalam kajiannya, beliau mendapati orang Melayu selalu mengaitkan konsep sabar dan tak apa, berbanding orang Jerman yang amat mementingkan masa iaitu tidak sabar menunggu lama.

Berlengah (procrastination) masih berlaku pada OMK bukan sahaja di Singapura, tetapi juga dalam kalangan orang Filipina (seyogia kalangan sarjana Filipina berhujah mereka adalah sebahagian rumpun Melayu). Namun ‘lengah’ juga dinilai sebagai ‘sabar’ menanti walaupun “penantian adalah satu penyeksaan” (menukil seni kata lagu oleh kumpulan muzik, Kopratasa).
Jelas sekali, masih ada serpihan daripada amalan OMD ke dalam amalan OMK. Tetapi bagaimana dengan OML atau pernah dinilai sebagai generasi ‘Melayu Baharu’ yang bercita cemerlang seperti menepati waktu dan janji serta berjaya dalam segala bidang serta bijak membuat keputusan bersandarkan ilmu?
Inilah yang bak dilaungkan oleh Dr MAS dan rakan-rakan seperjuangannya seperti Dr Masuri Salikun (1927-2005) sejak 1950-an?
Hujah Dr MAS: “Orang Melayu amat mengutamakan erti ‘budi’ sehingga amat menjaga ‘hati orang lain’ walaupun dia bak lilin yang menyinari ruang tetapi akhirnya membakar diri sendiri. Perlu ada imbangan antara kepentingan diri dengan orang lain.”
Hidup adalah pilihan. Maka itu, untuk tahun baharu atau menyingkap masa yang ‘segar’, andalah yang perlu membuat perhitungan demi bahagia di dunia dan bahagia pada hari akhir nanti.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.