ALAM MELAYU: Menyusuri Masuknya Islam ke Nusantara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mengapakah suasana umat Islam rantau ini dikatakan lebih ‘nyaman’ berbanding gelora yang dihadapi saudara seagama di rantau lain?
Antara jawapannya adalah dari segi sejarah kemasukan Islam yang damai ke bahagian dunia sebelah sini. Mohd Raman Daud menyusuri jejak sejarah.
Dasar pertubuhan Muslim terbesar di dunia (juga di Indonesia), Nahdlatul Ulama (NU) pada Mac 2019 agar dielakkan penggunaan istilah ‘kafir’ untuk bukan Islam di Indonesia telah menarik perhatian luas jagat sehingga kini.
Dasar yang dianggap amat ‘kemanusiaan’ itu diambil dalam rangka membina keharmonian, kesamarataan dan mengelakkan pelampauan atau ekstremisme di negara yang menampung kelompok Muslim terbesar jagat.
Dari segi ilmu perbandingan sosio-sejarah, sikap NU dikatakan terkait rapat dengan cara masuknya Islam ke Nusantara yang dikatakan sudah bermula seawal pertengahan abad ke-7 Masihi. Ini memandangkan para pedagang Arab, terutama dari Yaman, telah mendatangi rantau ini untuk keperluan rempah ratus, gaharu sehingga kapur barus (disebut dalam Surah Al-Insan; 76:5 tentang minuman syurga berisi camphor) seawal abad ke-5M.
Masuknya Islam ke Nusantara (termasuk wilayah kini iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei, dan selatan Filipina) bukan melalui penaklukan, melainkan melalui proses damai dan beransur-ansur. Pada mulanya, ramai sarjana berkata ini berlaku kira-kira dalam abad ke-12 M tetapi ada yang mendakwa sejak abad ke-7M.
SALURAN UTAMA
Perdagangan maritim atau kelautan merupakan saluran utama penyebaran Islam ke rantau ini. Laluan ini merupakan cabang daripada Laluan Sutera (Silk Route) yang meliputi jalan darat dan laut. Laluan ini dibuktikan oleh mendiang Prof John N. Miksic, sudah berlaku seawal abad ke-2M. Singapura merupakan antara titik penting dalam laluan kelautan ini.
Pedagang-mubaligh (pendakwah) Muslim dari Arab, kemudian diikuti dengan Kerala (Raja Kerala: Cheraman Perumal melepaskan takhta demi menemui Nabi Muhammad di Madinah dan kemudian mengambil nama Tajuddin), dan Parsi datang ke pelabuhan penting seperti Perlak dan Pasai di utara Sumatra, dan diikuti dengan Melaka dan selanjutnya ke Borneo, Sulawesi, Filipina dan Jawa.
Mereka bukan hanya berdagang, tetapi juga berdakwah dan menikahi wanita tempatan. Malah kalangan yang bergelar sayyid (berketurunan Rasulullah) atau sharif (berketurunan sahabat Nabi) telah diterima menjadi ‘menantu’ raja sehingga berkuasa membentuk kerajaan seperti di Aceh, Perlis (Dinasti Jamalullail) sehingga di Pontianak (keturunan Al-Qadri).
PERKAHWINAN DAN DAKWAH
Perkahwinan antara pedagang Muslim dan wanita tempatan ternyata membantu penyebaran Islam ke dalam lapisan masyarakat. Bagaimanapun, hujah kalangan sarjana, majoriti kaum Hadrami (dari daerah Hadramaut, di timur Yaman) dikatakan bijaksana dalam memelihara nasab (keturunan mereka). Silsilah atau jurai keturunan mereka dipelihara rapi.

Menurut Prof Muhammad Naquib Al-Attas dari Malaysia dan Prof Cesar Adil Madjul (1923-2003) dari Filipina, keluhuran sikap para pedagang yang dilenturkan oleh amalan tasauf atau sufisme amat menarik penduduk tempatan.
Seyogia, Alam Melayu pernah menerima perkembangan agama Hindu pada abad ke-2M dan tidak lama kemudian diikuti dengan Buddha. Peninggalan candi sehingga cerita rakyat seperti kisah Panji (Jawa) menunjukkan betapa kuatnya pengaruh dari benua kecil India ke atas rantau ini.
Namun mengapa Islam lebih mudah tersebar walaupun dua agama tadi sudah bertapak kuat?
Menurut Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924-2016), rumpun Melayu sudah mempunyai teras pegangan hidupnya, antaranya ialah konsep ‘budi’ yang bererti ‘berbaik’ dengan alam sehingga Pencipta Tunggal/Esa yang dipanggil Hyang.

Menurut alim setempat dan pengasas Kumpulan Pemulihan Beragama, Ustaz Hj Ali bin Hj Mohamad (1947-2023), pengarang ‘Mengenal Tasauf dan Tarekat’, pendekatan pendakwah yang mempunyai ilmu tasauf (sufi) yang lembut dan menyesuaikan diri dengan budaya tempatan menjadikan Islam mudah diterima.
SIASAH
Mantan Mufti Johor, al-Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad menerusi bukunya, ‘Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh’ (Lentera Baristama, 1995), berpendapat bahawa tidak seperti perkembangan Islam ke Asia Tengah dan Eropah, Islam masuk ke rantau ini secara diplomatik dan lewat kepentingan ekonomi.

Lazimnya, pengislaman raja sering diikuti oleh rakyatnya. Begitulah yang berlaku pada Parameswara (@ Permaisura – sebuah sekolah rendah di Commonwealth Crescent pernah sempena tokoh ini) iaitu raja terakhir Kerajaan Singapura. Beliau telah melarikan diri ke Johor dan kemudian di Melaka kerana dihambat tentera Majapahit. Namun di Melaka, beliau telah memeluk Islam kerana menikahi puteri dari Samudera Pasai sekitar 1406.
DIDIK DAN SENI
Melalui madrasah yang dipanggil pesantren di Jawa atau pondok di Sumatra dan Tanah Melayu, pendidikan Islam tersebar luas.
Memandangkan eratnya rumpun Melayu dengan sastera, maka terdapat usaha untuk ‘merubah’ isinya yang berbau Hindu/Buddha menjadi Islam, ujar Dr MAS yang pernah menyunting ‘Hikayat Si Miskin’ (@ Marakerma).
Menurut ahli tafsir setempat, Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad (1922-2010), peristilahan dari Sanskerta yang melambangkan pengaruh Hindu/Buddha turut berubah hasil kemasukan Islam. Namun tidak semua istilah silam itu ditinggalkan. Misalnya, syurga disamakan dengan ‘jannah’; neraka dengan ‘nar’ sehinggalah ‘sembahyang’ dikekalkan untuk ‘solat’.
Antara buku karangannya yang popular ialah ‘Mari Sembahyang’.
Pengaruh terbesar dalam perubahan ini, antara lain, dipaparkan pada peranan Wali Songo (Wali Sembilan) di Jawa. Persembahan wayang wong (manusia) sehingga wayang kulit serta sambutan agama kian bernuansakan Islam.
Raden Mas Said (1450–1513) atau lebih dikenali sebagai Sunan Kalijaga, antara ahli majlis Wali Songo, telah membudayakan ‘pohon kelapa’ yang diumpamakan ‘pohon tamar’ (iaitu pokok yang banyak gunanya menurut sebuah hadis).
Dari daun kelapa atau ‘janur’ (bahasa Jawa) teranyam apa yang dipanggil ‘ketupat’ yang mempunyai makna atau lambang mistik selain nilai kegunaan untuk perayaan (Hari Raya) sehinggalah bekal dalam perjalanan.
PENJAJAHAN BARAT
Penjajahan Barat di Asia Tenggara bermula dengan kehadiran Portugis mengalahkan Kesultanan Melaka pada 1511, diikuti dengan kemasukan Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Sepanyol di Filipina, British (Inggeris) di Tanah Melayu dan Borneo sehinggalah Perancis di Indocina (Kemboja, Laos dan Vietnam).
Suasana penjajahan Barat yang mencengkam selama 350 tahun di Gugusan Kepulauan Melayu tidak pula melunturkan Islam. Oleh itu, Belanda pernah menugaskan seorang sarjana dari Universiti Leiden, Christian Snouck Hungronje (1857-1936) yang menyamar menjadi Muslim sehingga dapat naik haji.
Dapatan dan saranan Hungronje telah dilaksanakan penjajah Belanda dalam cuba melenyapkan kebangkitan semangat Islam seperti memastikan jemaah haji terus memakai gelaran ‘haji’ – kononnya sebagai suatu penghormatan.
Padahal, ia bertujuan untuk mengenal pasti jemaah yang mungkin menjadi ‘musuh’ kepada penjajah Belanda.
Filipina menyaksikan penjajah Sepanyol amat kejam memaksa rakyat menukar agama. Namun berlaku penentangan berdarah yang amat lama di selatan sehingga Muslim di rantau itu dipanggil ‘Moor’ (Moro) – sempena Muslim di Maghribi yang menentang penjajahan Sepanyol.
HARI MUKA
Kesentosaan relatif Muslim dan bukan Muslim di Asia Tenggara dalam zaman selepas penjajahan sehingga kini disebabkan pelbagai faktor siasah dan pembangunan sosioekonomi peringkat nasional yang agak mantap.
Walaupun ada ketegangan dan pergeseran ekoran tuntutan umat Islam di selatan Thailand atau selatan Filipina, sengketa sedemikian kian dapat ditangani secara diplomatik. Demikian dapatan berkala Pew Research dan beberapa agensi lain mengenai rantau ini.
Kehadiran jalinan serantau seperti prakarsa ASEAN dan sebagainya telah mengukuhkan suasana toleransi beragama. Rumpun Melayu-Muslim selaku umat terbesar merupakan terasnya.
Ini tentulah ada kaitan dengan kemasukan Islam di rantau ini yang berlaku secara damai dan begitulah diharapkan selanjutnya untuk berkurun lagi.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.