ALAM MELAYU: Menyejagatkan Aura Rumpun
Anggaran Waktu Membaca:
Rayyan Arkan Dhika (kiri) dan Joni. (Gambar: Instagram/rayyanarkandhika; Instagram/katadatacoid)
SINGAPURA: Baru-baru ini, tular sedunia tentang video remaja Riau selaku maskot pasukan lumba perahunya dan filem Hollywood pula menampilkan watak Hang Tuah. Apalah yang ada pada insan Melayu sebagai inspirasi kepada jagat? Mohd Raman Daud cuba membongkar aura rumpun.
Gaya sakti remaja 11 tahun dari Riau, Rayyan Arkan Dhika, ‘menari’ di pangkal perahu panjang yang didayung laju dalam pertandingan Pacu Jalur, masih tular di seluruh dunia.

Gayanya dikatakan “menanam aura” (aura farming) iaitu istilah anak muda (generasi Alpha iaitu yang lahir selepas 2010) sehingga menjadi ikutan dari gelanggang sukan sehingga ke kelas bina semangat.
Kepopularan Rayyan mendorong Gabenor Riau melantiknya sebagai wakil pelancongan wilayah Riau Laut.
Sebelum Rayyan, Indonesia pernah ‘meraikan’ seorang remaja lelaki, Joni, yang sanggup mendaki tiang tinggi demi mengibarkan bendera negara sempena sambutan hari kemerdekaan nusanya, pada 2018. Aksinya telah dikurniakan penghargaan oleh Presiden Jokowi.

Di saluran video berbayar, Netflix, pula watak Hang Tuah dipaparkan sebagai insan abadi (immortal) pada lakonan Henry Golding dalam filem Old Guard 2 mengenai perjuangan sepasukan wira dan wati yang berdepan dengan ancaman ke atas kemanusiaan.
Ibu Golding berdarah Iban, orang Asli Sarawak. Namun filem sambungan kedua ini dilaporkan kurang berkesan berbanding yang pertama, Old Guard (terbitan 2020).

AURA bukan AURAT
Apakah erti ‘aura’ (asal Yunani/Greek) yang diserap ke dalam Bahasa Latin dan seterusnya bahasa-bahasa dunia. Makna asalnya ialah angin sepoi bahasa. Namun ia kemudian berubah menjadi suatu ‘daya menarik’ pada diri seseorang. Cakap orang Melayu dulu, ada ‘sakti’ pada diri seseorang.
Kamus Dewan (edisi maya) menyatakan aura ( اءورا ) ialah suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri seseorang atau sesuatu tempat atau benda.
Dalam konteks kini, aura dipaparkan oleh seseorang tokoh, terutama yang terkait dengan aspek kerohanian atau spiritual dalam pelbagai tamadun dunia. Aura menimbulkan kekaguman atau takjub kepada si pengamat sama ada membina atau positif atau menakutkan. Misalnya, aura Adolf Hitler (1889-1945), diktator Nazi Jerman, dilaporkan mencetuskan rasa ‘gementar campur tunduk patuh’ ke atas kalangan rakyat Jerman.
Ada kalanya ‘aura’ dianggap sebagai ‘karisma’ iaitu pancaran wibawa. Misalnya, ini terpapar pada Sukarno, (1901-1970) Presiden pertama Indonesia, yang kehadirannya sering mencetuskan rasa takjub dan bersemangat rakyat nusanya ketika zaman gelora mencapai kemerdekaan. Malah ketika berkunjung ke Washington D.C. pada 1956, Sukarno bak memukau khalayak Amerika Syarikat, apatah lagi ketika berucap kepada para penggubal dasar.
Namun usah kelirukan sebutan ‘aura’ dengan ‘aurat’( عورة ) iaitu bahagian tubuh yang wajib ditutupi menurut Islam. Dari segi budaya Melayu yang bersendikan Syarak, maka seseorang yang memiliki aura atau karisma perlulah menjaga ‘aurat’-nya yang bererti memelihara harga diri atau maruah.
MEMBINA WATAK
Dalam lipatan sejarah Melayu, termasuk catatan ‘Sulatus Salatin’ (@ Sejarah Melayu, SM) susunan Tun Seri Lanang (1565-1659), Bendahara Johor, ‘aura’ boleh menimbulkan dua kesan iaitu kagum dan benci/iri hati.
Nadim ialah anak lelaki Sang Rajuna Tapa, penghulu bendahari kerajaan Singapura. Ketika Singapura dilanggar todak, para penasihat Raja Seri Maharaja telah menasihati agar raja mengerahkan rakyat berkubu betis. Kononnya, serangan itu datang dari kerajaan dalam laut yang cuba menguji keberanian Singapura. Maka ramailah rakyat yang mati sesia.
Muncul Nadim yang berteriak agar rakyat menggunakan batang pisang sebagai kubu. Raja terperanjat dan nyaris mati oleh tusukan ikan todak (garfish) sehingga dimadahkan secara sindiran lewat pantun:

Carik baju raja,
Dilompati todak;
Apa nak dikata,
Sebab akal budak.
Dilompati todak;
Apa nak dikata,
Sebab akal budak.
Kurangkan Artikel
Nadim berjaya ‘menyelamatkan’ Singapura di sebuah tanjung (dinamakan ‘Tanjung Pagar’ sempena dipagari batang pisang). Namun kebestariannya “menggetarkan” hati para pembesar yang dengki sehingga menghasut raja agar dia dibunuh kerana kelak akan merampas kuasa. Seyogia, erti ‘Nadim’ dalam Bahasa Arab ialah rakan yang dipercayai dan juga penyesalan.
Getar (vibe daripada singkatan vibrate/vibration) ialah perasaan seseorang berhadapan dengan orang lain atau suasana. Ia boleh bersifat menceriakan, tenang atau menakutkan dan sebagainya.
Kakak Nadim pula, Dang Anom, telah dipaksa menjadi gundik yang amat disukai raja. Akibatnya permaisuri telah memfitnahnya sehingga raja menghukumkan sula ke atasnya.
Dek amat sedih lagi malu oleh tindakan raja, Sang Rajuna Tapa telah membuka pintu kubu yang membolehkan tentera musuh dari Majapahit menyerang Singapura.
Berbeza dengan nasib Nadim, tuah Rayyan telah dijulang pemerintah wilayah Riau. Pemberian ‘biasiswa’ (Rp20 juta = S$1,600) kepadanya merupakan tindakan bijaksana lagi wajar dengan memastikan persekolahannya terus berjaya lagi lancar.
Watak Hang Tuah sering dinilai antara mitos dan hakikat sejarah. Menurut budayawan Riau, Dr Tenas Effendy (1936-2015), antara kalimat ‘sakti’ Hang Tuah adalah:

Tuah sakti hamba negeri,
Eka hilang dua terbilang;
Patah tumbuh hilang berganti,
Tak ‘kan Melayu hilang di bumi.
Eka hilang dua terbilang;
Patah tumbuh hilang berganti,
Tak ‘kan Melayu hilang di bumi.
Kurangkan Artikel
Membaca ‘Hikayat Hang Tuah’, terpapar erti ‘sakti’ Laksamana Melaka ini dari sejak kecil (seperti Rayyan) sehingga menjadi tokoh sesepuh (orang tua yang amat dihormati).
Namun selain filem ‘Hang Tuah’ (1956, lakonan P Ramlee), tampak tiada usaha untuk merungkai kisah atau aura Laksamana Melaka itu.
Lain pula di China, terdapat filem trilogi Wong Fei-hung (lakonan Jet Li; ahli kung fu yang memperjuangkan maruah negeri China) atau wati China, ‘Mulan’ yang sudah menjadi filem kartun Disney.
India pula menampilkan aura Gandhi, bapa kemerdekaannya menerusi filem Hollywood (dengan judul sama, lakonan Ben Kingsley) arahan Sir Richard Attenborough.
ILMU DAN AKHLAK
Dalam kajiannya mengenai para tokoh yang ‘merubah’ dunia menerusi buku terkenalnya, The 100’, Michael J.Hart merumuskan bahawa ‘aura’ pemimpin terletak pada wataknya sebagai insan berakhlak tinggi dan juga ilmunya.
Sudah menjadi adat bahawa negara bangun dan jatuh. Imej atau aura Korea Selatan melonjak sebagai negara berdaya perusahaan dan berbakat menerusi lagu ‘Gangnam Style’ sehingga persembahan kumpulan semua lelaki atau perempuan menjadi pujaan ramai generasi muda sejagat.
Perhatian dunia kian tertumpu kepada China yang kian hebat pencapaian teknologi sejak dasar keterbukaannya bermula pada 1978. Bolehkah auranya menyaingi Amerika Syarikat? Cendekiawan Kishore Mahbubani yakin China boleh bangkit hebat seperti dalam zaman silam dahulu.
Nama Melayu akan mengharum di seluruh dunia menerusi ‘bakat’ dan ‘ciptaan’ luar biasa yang ‘sakti’ tetapi berlandaskan ketinggian akhlak dan ilmu. Remaja seperti Rayyan perlu terus diasah bakatnya untuk menjadi contoh kepada belia rantau ini.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.