ALAM MELAYU: Men'jamu'kan Lahir dan Batin
Anggaran Waktu Membaca:
Jamu dipercayai digunakan sejak zaman prasejarah. (Gambar hiasan: Canva)
SINGAPURA: Hampir setiap bangsa punya perubatan tradisionalnya. Orang Melayu dengan ubat periuk atau jamunya serta ilmu urut.
Apakah potensi ‘jamu’ menepati mutu perubatan moden? Mohd Raman Daud menyusuri warisan rumpun ini.
Mutakhir ini generasi muda Melayu Singapura (SG) (terpapar dalam video BERITA Mediacorp) kian berminat untuk memanfaatkan jamu, dari ‘bedak sejuk’ sehingga ‘air kunyit’ (turmeric shot) yang popular di media sosial.

Istilah ‘jamu’ dikatakan berasal daripada gabungan dua perkataan Jawa ‘jampi’ dan ‘usodo’ yang menampung makna ubat, doa dan juga ‘rumus’ sakti. Jamu (adakala disebut ‘ubat periuk’) dipercayai sudah digunakan sejak zaman prasejarah. Di negara terbesar rantau ini, Indonesia, terdapat Hari Jamu pada setiap 27 Mei, bermula sejak 2008.
BAHAN ALAMI
Ukiran (relief) Candi Borobudur dan buku ‘Serat Centhini’ (abad ke-18M) menunjukkan jamu dinilai sebagai seni pengubatan menyeluruh atau holistik.
Antara lain, ia mempunyai dua aspek amalan. Pertama, penggunaan adunan bahan semula jadi yang tumbuh subur di rantau ini seperti kunyit, halia, moringa (daun kelor), temu lawak, kunyit asam, akar cerita dan sebagainya. Kedua, amalan urut sehingga ikatan seperti ‘bengkung’ untuk wanita baru bersalin, serta jampi serapah yang kini ‘digugurkan’ dan digantikan dengan doa.

Antara catatan moden dan agak menyeluruh mengenai jamu Indonesia terpapar dalam buku Susan-Jane Beers, ‘Jamu - the Ancient Indonesia Art of Herbal Healing’ (Tuttle, 2001). Menurutnya, tradisi jamu di Indonesia dinilai ‘muda’ tetapi berpotensi setara perubatan kuno Ayurveda di India (dipercayai 10,000 tahun) atau perubatan tradisional Cina (TCM) yang lebih 5,000 tahun.
Hakikatnya, di Indonesia dan kalangan masyarakat terutama yang berdarah Jawa di rantau ini, jamu bak ‘basahan’ hidup. Misalnya, kajian sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (2015) mendapati wanita berdarah Jawa, terutama di Sabak Bernam, Selangor – mereka lebih cenderung mengamalkan jamu berbanding suku kaum Melayu yang lain.

KEYAKINAN
Keyakinan rumpun Melayu pada pengubatan herba atau ramuan tradisional lahir daripada kesepaduan sejarah panjang, lingkungan alam yang kaya tumbuh-tumbuhan, dan sistem kepercayaan yang menempatkan keseimbangan tubuh sebagai pusat kesihatan.
Rumpun Melayu, termasuk Orang Asli (proto-Malays), sudah arif menggunakan tanaman ubat jauh lebih lama sebelum kedatangan perubatan moden yang diperkenalkan oleh penjajah Barat. Ilmu tentang akar, daun, kulit kayu, dan rempah diwariskan dari insan yang digelar dukun (pengubat tradisional), bidan (wanita yang ahli dalam membantu wanita bersalin; midwife) dan tabib (istilah Arab bagi ‘doktor’ yang menggunakan kaedah alamiah) atau dalam kalangan orang tua-tua.
Oleh itu, jamu bukan sekadar “ubat”, tetapi sebahagian jati diri rumpun Melayu. Lingkungan Alam Nusantara memang terbukti kaya dengan tanaman ubat. Bahan jamu seperti kunyit, halia (Jawa: jahe), serai, mengkudu (buah nona), temu lawak, dan pegagan (juga disebut ‘penggaga) dikatakan melimpah-ruah di rantau ini.
Misalnya, pegagan tidak perlu ditanam kerana ia tumbuh melata dan merambat di lereng bukit dan parit. Sebuah firma Swiss memanfaatkan pegagan untuk suplemen pencergas otak (brain booster).

Bahan-bahan tadi, terutama serai, mudah ditanam di rumah, termasuk flat, dengan hanya menyediakan wadah seperti pasu. Inilah yang dianggap sebagai ‘keberlimpahan’ dalam menemukan bahan untuk menghasilkan jamu sebagai amalan rutin.
Dalam budaya Melayu, konsep kesihatan difahami sebagai keseimbangan antara tubuh, emosi, dan alam. Maka itu, ramuan herba dianggap dapat menghangatkan atau mendinginkan tubuh, melancarkan darah, membuang “angin” dan memperbaiki tenaga (semangat) dalam tubuh.
Konsep ini serupa dengan Ayurveda di India dan TCM di China - semuanya berteraskan keseimbangan, bukan hanya menilai pada gejala (simptom). Ini mungkin kesan ‘falsafah ketimuran’ yang menegaskan peri pentingnya mencapai ‘suasana harmoni’ dengan alam, ujar Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (@ Dr MAS, 1924 - 2016) kepada saya dalam akhir 1990-an.

Lazimnya, penggunaan jamu sering terhubung dengan upacara adat, persiapan menikah, pantang larang (terutama ibu hamil dan bersalin) sehingga perawatan harian (menjaga stamina dan kecantikan).
Dahulu hanya apabila keadaan menjadi sukar dikawal, barulah orang Melayu terpaksa berubat dengan doktor atau ke hospital.
Memandangkan pada zaman baru merdeka, perubatan moden seperti hospital masih terbatas, maka tidaklah hairan para bidan Melayu pernah diminta bekerjasama dengan ‘bidan’ (jururawat) dari jabatan kesihatan pemerintah. Hal ini antara lain terpapar dalam makalah jurnal ‘Sari’ (1998) berjudul ‘Taraf Kesihatan Wanita Melayu Sebelum Merdeka’ oleh dua penyelidik Noraziah Ali dan Shaharuddin Ahmad.
TAHAP KEMAJUAN
Apabila Islam tersebar di rantau ini sejak abad ke-8M, muncul pengubatan Islam (Tib An-Nabi) yang mengandungi ajaran perubatan Arab dan Farsi. Misalnya, amalan bekam (cupping) dan selar (menggunakan besi panas dan kapur) dikatakan telah diperkenalkan oleh Wali Songo (para pendakwah abad ke-15 hingga 16M) di Jawa.

Ilmu pengubatan Melayu menjadi ‘kesepaduan’ iaitu campuran kearifan tempatan (local wisdom) dengan pengaruh India, Arab-Farsi dan budaya pesisir Nusantara. Banyak kitab pengubatan Melayu seperti kitab ‘Tajuk Muluk’ menampilkan rumusan jamu dengan doa/ruqyah – menunjukkan perpaduan ilmu dan aspek kerohanian.
Tradisi jamu terus berkembang dalam zaman Keraton Mataram sehingga lahir amalan penjualan jamu dipanggil ‘Jamu Gendong’ (Abad 17 - 19M) iaitu sebahagian jamu yang asalnya khas di istana (keraton) kini dijaja oleh wanita yang menggalas raga berisi jamu untuk jajaan.
Dalam zaman penjajahan Belanda di Jawa (Abad ke-19 hingga 20M), khususnya, berlaku pemodenan ke atas pengeluaran produk jamu kerana menyedari potensi besar dari segi ekonomi untuk eksport dunia. Maka lahirlah perusahaan jamu dengan entiti syarikat seperti Nyonya Meneer (1919), Jamu Jago (1918) sehingga Sido Muncul (1940).
Nama Indonesia memang seiras dengan jamu yang diangkat sebagai bidang ilmu yang kian dirapikan secara saintifik. Kini terdapat tiga kategori jamu iaitu tradisional, ubat herba berpiawai (melalui uji pra-klinik) sehingga yang dilabelkan ‘Fitofarmaka (telah diuji secara klinik setara ubat moden).
Jamu kian diserapkan ke dalam konsep sihat dan sejahtera (wellness) dengan produk siap untuk dimakan, disejukkan sehingga disajikan di kafe jamu, dieksport ke pelbagai ceruk dunia terutama yang mempunyai ramai asal penduduk Nusantara seperti di Belanda (Netherlands).

Tamsil: seorang sahabat mengadu yang puterinya sering menderita gatal ruam walau puas berubat. Ketika puterinya bakal menduduki peperiksaan besar universiti, saya syorkan jamu ‘akar cerita’. Ternyata ia mujarab.
Institut Perubatan Biodiversiti SingHealth Duke-NUS (dilancarkan pada 2021) dilaporkan gigih menyelidik herba tempatan dan serantau untuk meneroka potensi pengubatan alamiah.
Jadi, manalah tahu suatu hari nanti, Singapura bakal menjadi pengeluar ubat herba saintifik. Bahkan boleh terdiri kafe jamu di sini. Wajar pemasar jamu tempatan seperti Al-Barakah menilai potensinya.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.