ALAM MELAYU: Memupuk Insan Fasih Aneka Bahasa
Anggaran Waktu Membaca:
Simposium Bahasa Ibunda ke-14 diadakan pada 1 Ogos 2026. (Gambar: Facebook/Desmond Lee)
SINGAPURA: Kian luas peluang untuk berbahasa ibunda di Singapura. Ini terpapar pada ucapan dasar Menteri Pendidikan Desmond Lee, baru-baru ini.
Dalam dunia yang kian menonjolkan penggunaan Bahasa Inggeris dan juga kecerdasan buatan (AI), Mohd Raman Daud mengupas haluan bahasa nusa ini.
Seorang guru Bahasa Melayu tampak cukup ceria mengikuti pengumuman Menteri Pendidikan Desmond Lee mengenai peluasan pilihan pembelajaran bahasa di Singapura.

Secara ringkas, inilah teras Program Elektif Bahasa Melayu (LEP) dan Program Khas Bahasa Melayu (MSP) yang akan diperkembang mulai tahun 2027. Antara lain, Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) menjadi pusat kelima MSP yang menyokong pelajar bukan Melayu untuk belajar Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa ketiga.
Dalam pada itu, Program Elektif Bahasa Cina (CLEP) dan Tamil (TLEP) juga diperluas di peringkat menengah dan prauniversiti. Langkah ini membuka lebih banyak laluan bagi pelajar mendalami bahasa dan budaya dalam konteks Singapura, rantau dan sedunia.
POLITIK BAHASA
Seyogia, soal bahasa boleh memecahbelahkan negara. Ini sudah tercatat dalam sejarah dunia. Bahkan ia masih terjadi di banyak rantau seperti di Eropah sehingga Afrika.
Pernah ketika ditanya tentang potensi India untuk setanding menjadi kuasa besar ekonomi, Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew bertanya kembali -- apakah India mempunyai satu bahasa untuk seluruh lebih satu bilion rakyatnya?

Politik bahasa di Singapura juga pernah keruh dan bergelora. Selepas Perpisahan daripada Malaysia, barisan kabinet pengasas tegas memilih Inggeris sebagai bahasa kerja -- bukan Bahasa Melayu yang sudah menjadi Bahasa Kebangsaan dan bukan juga Bahasa Mandarin (Cina) yang menjadi bahasa majoriti rakyat. Keputusan itu ternyata ‘menyelamatkan’ masa depan Singapura.
Dengan adanya Dasar Dwibahasa yang padu, bahasa-bahasa ibunda telah terpelihara dan menjadi pemantap budaya bagi masyarakat majmuk Singapura. Model Singapura kian dicontohi sejumlah negara.
Namun, kita tentu tidak sekadar berbangga sahaja. Sebabnya, antara daya saing sesebuah negara tentulah rakyatnya yang berakhlak dan berilmu tinggi lagi ‘lentur’ dalam pelbagai bidang. Antara ‘ciri lentur’ itu ialah kebolehan berkomunikasi lebih daripada satu bahasa.

Switzerland merupakan negara pertama yang menjadi model kemajuan untuk Singapura pada tahun 1970-an. Dalam beberapa aspek, Singapura telah menyamai dan juga mengatasi negara di banjaran Alps atau di jantung Eropah itu. Namun, kita masih belum lagi sehebat rakyat Swiss yang majmuk dan fasih pelbagai bahasa, termasuk Inggeris. Ini bersandarkan ukur tara laporan le News (15 Ogos 2025), dari Switzerland.
AI DAN PELUANG EKONOMI
Di rantau ini, pengalaman Malaysia menunjukkan ramai ibu Melayu sanggup menghantar anak mereka belajar di sekolah aliran Cina kerana inginkan anak mereka meraih peluang ekonomi yang lebih baik. Kadarnya terus naik dari 6.99 sehingga 9.01 peratus antara 2023 hingga 2026 menurut The Malaysia Press (1 Julai 2026).

Namun trend ini bukanlah terasing.
Menurut kajian para sejarawan seperti Dr Kernial Singh Sandhu, Kerajaan Melaka pernah menyaksikan lebih 200 bahasa dituturkan di kota Melaka. Tetapi bahasa rasminya ialah Bahasa Melayu sebagai lingua franca (bahasa pengantar utama).
Maka itu, dalam ehwal Singapura sebagai hab kewangan dan perdagangan sejagat, suasana antara Melaka (abad ke-15M) dengan Switzerland sudah pun berlaku. Bahasa kerja tetap Inggeris, tetapi bahasa-bahasa lain dapat muncul dan digunakan.
Hab urusan kewangan dan perdagangan memanglah memerlukan khidmat pegawai urusan yang tahu beberapa bahasa atau jurubahasa tertentu untuk membantu pelanggan dari pelbagai bangsa. Mentelah dengan kehadiran atau ‘bantuan’ teknologi canggih kecerdasan buatan (AI), maka soal salah terjemahan tidak lagi menjadi masalah.

BUKAN UNTUK LULUS PEPERIKSAAN
Memang untuk menguasai SATU bahasa sahaja memanglah sukar, apatah lagi memilik dwibahasa atau tribahasa dan selanjutnya. Insan aneka bahasa (polyglot) memang luar biasa.
Dalam lipatan sejarah rumpun Melayu, yang diketahui ialah Jose Rizal (1861 - 1896), Bapa Kemerdekaan Filipina, dikatakan dapat bertutur 22 bahasa. Agus Salim (1884 - 1954), antara bapa pendiri Indonesia, dikatakan menguasai sembilan bahasa.

Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (@ Cikgu Ariff, 1924 - 2016) pernah berpesan bahawa akal manusia boleh menyerap pelbagai bahasa demi penakatannya. Beliau sendiri dipaksa belajar Bahasa Jepun semasa Pendudukan Tentera Dai Nippon di rantau ini, termasuk Singapura (1942 - 1945).
Selang puluhan tahun kemudian, sebuah bas pelancong Jepun tersendat di kawasan rumah teresnya di Thomson Road, beliau menyapa mesra para pelancong itu. Mereka tercengang dan kemudian tunduk memberikan penghormatan kerana bahasa yang digunakannya ialah Bahasa Jepun tinggi (klasik)!
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA
Dewasa ini, anak cucu kita memang sukar belajar Bahasa Melayu tanpa menggunakan Bahasa Inggeris. Mengapa?
Ini kerana begitu dominan atau hebat pengaruh suasana berbahasa Inggeris. Ini hakikat menyengat.

Namun, alah bisa tegal biasa.
Pokoknya, pesan Cikgu Ariff, hidupkan dalam hati anak kita betapa pentingnya bahasa ibunda tanpa dipaksa. Pandangan ini turut diajukan Dr Mohd Aidil Subhan, pakar bahasa kita, dalam menangani suasana merangsangkan penggunaan bahasa ibunda di rumah dan dalam masyarakat Melayu.

Maka itu, ujar Cikgu Ariff, ajarkan anak cucu kita bahawa menguasai bahasa ibunda yang baik adalah antara pasport hidup di rantau Kepulauan Melayu Asia Tenggara.
Malah galakkan dia menguasai Bahasa Inggeris untuk menakat dan bekerja, Bahasa Arab untuk memahami Islam dan kitab suci.
Amalan pragmatik inilah yang dikatakan ‘(arif ber)bahasa menunjukkan bangsa’.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.