ALAM MELAYU: Memacu Tekad Gotong-Royong
Sejauh manakah semangat ‘gotong-royong’ orang Melayu masih relevan hari ini dan pada hari muka? Mohd Raman Daud mencerakin unsur masyarakat ini dalam kerangka SG60.
Anggaran Waktu Membaca:
![ALAM MELAYU: Memacu Tekad Gotong-Royong ALAM MELAYU: Memacu Tekad Gotong-Royong](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--lM7nyiTo--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/12/04/5_tahun_m3_suatu_kejayaan.jpg?itok=5RArSjyn)
SINGAPURA: Sejauh manakah semangat ‘gotong-royong’ orang Melayu masih relevan hari ini dan pada hari muka? Mohd Raman Daud mencerakin unsur masyarakat ini dalam kerangka SG60.
Apakah kekuatan orang Melayu?
Demikian antara pertanyaan saya kepada Almarhum Hj Abu Bakar Maidin (1926-2013) yang pernah dijulang “tokoh veteran” atau “Bapa” khidmat masyarakat. Beliau telah membangun Jamiyah Singapura (dari 1970 sehingga detik wafatnya) sehingga dikenali di persada Dunia Islam. Ini berlaku pada awal 1990-an.
Jawapannya ringkas: “Gotong-royong.”
Mengapa?
“Orang kita umumnya kurang serba-serbi. Hampir tiada hartawan, bahkan tiada bank pun, serta banyak masalah. Tapi kerana gotong-royong, kita dapat jayakan banyak kebajikan. Pun kita juga perlukan bantuan bukan orang Melayu yang bersimpati pada kita,” jawabnya serius sambil merenung jauh. Baginya, gerakan berpersatuan merupakan inti pati gotong-royong (bahasa Jawa: jalinan kerjasama)
AZAM BERSAMA

![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--cTGF2Tld--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/11/10/whatsapp_image_2024-11-10_at_7.22.54_pm.jpeg?itok=6cA7nNYo)
Sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan watan (singkatnya SG60) tahun ini, setakat mana badan Melayu masih bertahan dalam mencerminkan kerelawanan (volunteerism), yang merupakan unsur utama gotong-royong?
Menurut laman SG101, kerelawanan di Singapura merosot dari paras tinggi 35 peratus (tahun 2016) ke 29 peratus (2023). Hal ini membimbangkan kerana kadar penuaan kian tinggi dan kadar kelahiran pula merosot. Ertinya, kadar pergantungan rakyat kian membebankan.
Tekad gotong-royong generasi muda kita pula, pada hemat Hj Hussaini Abdullah, yang pernah lama memimpin Pertapis, dikatakan rendah:
“Secara rambang, saya lihat sikap gotong royong ini pada generasi muda kini tidak menggalakkan. Mereka tampak tidak begitu peka dengan keadaan sekeliling. Semangat ini tampak datang kadang-kadang sahaja, itu pun kerana ada orang yang berpengaruh ataupun orang tua-tua berpengetahuan dan berpengaruh mengajak mereka untuk melakukan usaha berfaedah secara beramai-ramai. Namun secara persendirian atau peribadi sikap untuk menolong, ambil berat atau untuk merelakan diri buat kerja-kerja gotong royong muda-mudi kita amat tipis sekali.”
Sering kemajuan orang Melayu menjadi sorotan termasuk dalam bahas di Parlimen. Hal ini berlaku kerana ‘kedudukan istimewa’ masyarakat Melayu sebagai minoriti (kini 13.6 peratus berbanding 15 peratus dalam 1970-an daripada seluruh penduduk). Ini termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Sorotan pada orang Melayu bukanlah baru. Ia sudah berlaku sejak zaman British. Lungsurilah internet saja – berjejer ‘tempelan’ (stigma) pada masyarakat Melayu yang dikatakan masih “terbelakang” dek pelbagai faktor seperti lemah pendidikan sehingga dikatakan “malas” atau kurang daya saing. Padahal agak lama juga kita bersemboyankan “masyarakat cemerlang” yang kian terbukti pencapaiannya.
KESEDARAN PEMBANGUNAN
Kebangkitan kesedaran orang Melayu untuk maju mungkin dicetuskan oleh Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir (1796-1854) yang tajam menyelar kelemahan rumpun Melayu.
Sebagai pelabuhan termaju di Asia Tenggara sejak zaman British, Singapura pernah menjadi pusat kecendekiaan Melayu serantau antara 1850 sehingga 1960 dengan kehadiran industri percetakan sehingga zaman emas perfileman. Tetapi mengapa masyarakat Melayu dikatakan “bermasalah” (problematic: menukil makalah panjang Dr Suriani Suratman, 2004) berbanding kaum-kaum lain?
Persoalan inilah yang cuba digarap oleh gerakan akar umbi Melayu di kota kosmopolitan ini sejak awal. Antara detik terpenting ialah terbentuknya Kesatuan Melayu Singapura (KMS: badan separa siasah pertama di rantau Melayu, 1926-1960) di Istana Kampung Gelam oleh para elit ketika itu, pimpinan wartawan Mohd Eunos Abdullah (1876-1932).
Sebelum KMS, dikatakan sudah terdapat sebilangan badan Melayu yang dibangkitkan azam untuk menyedarkan masyarakat seperti Persekutuan Jawa Al Masakin (diasaskan pada 1901 tetapi didaftarkan pada 1963).
KMS memang tegas menuntut hak Melayu daripada British. Cara lunak lagi budiman Encik Eunos merupakan kuncinya. Antara pencapaiannya ialah mewujudkan Petempatan Melayu di Kaki Bukit dan mendirikan sekolah khas untuk melatih anak Melayu dari segi pekerjaan.
Kejayaan KMS menjadi inspirasi kepada banyak pertubuhan Melayu di Singapura dan Malaya. Namun selepas Perang Dunia II dan zaman menuntut kemerdekaan, KMS kian lemah pucuk pimpinan dan pupus, menurut William R. Roff dalam bukunya, The Origins of Malay Nationalism (1967).
GERAKAN MAJU PADU

![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--y7HCnvLh--/c_crop,h_673,w_1198,x_0,y_1/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/06/04/majlis_pusat_main.png?itok=HczyTJWz)
Sesudah merdeka, masyarakat Melayu Singapura menyaksikan munculnya badan induk atau payungan iaitu Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura (MP) pada 1969 – selepas setahun tertubuhnya Majlis Ugama Islam Singapura, sebuah badan berkanun untuk menguruskan ehwal masyarakat Islam di negara ini.
Pada detik inilah, menurut fail Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924-2016) yang juga pengerusi tetap MP, terdapat sekitar 200 buah badan Melayu yang memohon untuk menjadi ahli kerabat. Mereka ghairah dek semboyan ‘Maju Padu’ MP. Namun hanya diterima lebih 40 badan mapan (sudah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar).
MP muncul dengan gema gong Seminar Penyertaan Melayu Dalam Pembangunan Negara yang pertama (1970) melibatkan pakar bukan Melayu seperti Dr S. Vasoo dari Universiti Singapura dan G.G. Thomson dari Universiti Nanyang.
Bak ayam tambatan, MP tangkas sebagai suara Melayu dan penganjur pelbagai kegiatan penting – dari mencarikan pekerjaan, merangsang penduduk sejauh Kampung Berih di ‘hulu’ Singapura sehingga mengadakan kelas bimbingan Jawatankuasa Pelajaran Bersama, Bulan Bahasa Melayu (1981) dan dua Pesta Budaya Melayu (1983 dan 1985) serta Kongres Ekonomi Masyarakat Islam (Kemas, bersama dua badan lain).
Selain MP dan puluhan kerabatnya, memang telah muncul juga beberapa pertubuhan ‘bertenaga’ seperti Angkatan Karyawan Islam (AMP) pada 1990 iaitu sesudah konvensyennya. AMP pernah dikatakan menyaingi Yayasan Mendaki (diasaskan pada 1981).
Namun seperti KMS, MP akhirnya melemah, terpukul oleh masalah pecah amanah dan saman hutang yang menamatkan hayatnya pada 2024.
SUASANA TERKINI

![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--XnUo69z8--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2022/07/05/4pm-logo.jpg?itok=2qIy9-2Z)
Selain Jamiyah, memang ada badan Melayu/Islam yang lasak dan berkembang canggih seperti Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM: sejak 1948), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS: 1952), Muhammadiyah (1957), Perdaus (1964), Lembaga Biasisiwa Kenangan Maulud (LBKM: 1965) dan Pertapis (1969), Mereka berjaya melalui penggantian mulus pucuk pimpinan dan pengurusan profesional, termasuk menggajikan ketua pegawai eksekutif.
AMP menerusi sayap kajiannya, RIMA, pernah meninjau sikap masyarakat Melayu/Islam yang masih “rendah iltizam” dari segi menggalas amanah relawan yang gigih. Sering faktor “sibuk” atau “tiada waktu” dijadikan dalih. Ini amat memprihatinkan.
Mantan pemimpin AMP, Mohd Nizam Ismail (Karyawan: Mei 2024) menegaskan bahawa orang Melayu, terutama yang profesional, perlu bersikap peduli pada masyarakat kerana inilah sebahagian daripada harga dirinya.
Baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Muslim, Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, menulis di akhbar The Straits Times mengenai kejayaan rangkaian padu MENDAKI-MUIS-MESRA atau M³. Ia telah menggembleng ramai relawan termasuk peguam hingga doktor dan meluas jangkauan bantuan untuk masyarakat. Syabas!

![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--mdbqZYEe--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/11/13/1731501972-image.jpg?itok=H3B9Tv_k)
Tentulah kita yakin bahawa pertubuhan Melayu yang ada, mungkin sekitar 20 yang aktif, akan terus gigih menampilkan ‘gotong-royong’ yang perlu dilestari dan suburkan. Bersamalah kita paparkan kesungguhan sebagai sebuah masyarakat yang teguh citra sehingga luput segala tempelan masa lalu.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
![](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--eTc-lWu7--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/berita-migration/raman-daud_1.png?itok=quYsmrgL)
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.