ALAM MELAYU: Kepimpinan Cemerlang, Bangsa Terbilang
Anggaran Waktu Membaca:
Datuk Muhammad Salleh bin Perang. (Gambar: KHAS PENDUDUK KOTA TINGGI/Facebook)
- Datuk Muhammad Salleh bin Perang ialah salah seorang bangsawan paling berbakat dan gigih dalam usaha membangunkan negeri Johor.
- Beliau telah menulis Tarikh Datuk Bentara Luar (1928) iaitu sebuah dokumen yang penting sebagai suatu kesaksian seorang bangsawan yang tekun berkhidmat kepada Raja dan negerinya.
- Datuk Bentara telah menghasilkan peta negeri Johor, menjadikan anak negeri yang pertama menghasilkan peta moden untuk Johor.
- Penulisan beliau Tarikh Datuk Bentara Luar adalah suatu kesaksian zaman, sebuah khazanah berharga untuk persuratan Melayu.
SINGAPURA: Besar hikmahnya kalau kita dapat belajar daripada tokoh-tokoh ulung dalam lembaran sejarah. Dari lembaran sejarah masyarakat Melayu, antara tokoh-tokoh berwibawa ialah Datuk Bentara Luar Muhammad Salleh bin Perang yang kerja baktinya wajar dibilang.
Pemodenan Johor sebagai sebuah negeri Melayu yang mula diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim telah memperlihatkan suatu upaya politik dan perancangan pentadbiran yang bersungguh-sungguh.
Johor moden tidak akan terbangun bukan sahaja kerana pandangan jauh Raja-Raja yang memerintah, tetapi juga kemampuan para bangsawannya yang menjadi pentadbir yang cekap dan cekal.
SIAPA ITU DATUK MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG?
Datuk Muhammad Salleh bin Perang ialah salah seorang bangsawan paling berbakat dan gigih dalam usaha membangunkan negeri Johor. Banyak sumbangan yang dapat kita belajar daripada tokoh ini. Antaranya, melakarkan peta moden untuk Johor, membuka Batu Pahat, memajukan Muar sehingga terdiri Bandar Maharani, menggalakkan persembahan ghazal dalam kalangan rakyat dan membuka ladang-ladang kepada pengusaha asing sehingga Johor maju terbangun.

Beliau telah menulis Tarikh Datuk Bentara Luar (1928) iaitu sebuah dokumen yang penting sebagai suatu kesaksian seorang bangsawan yang tekun berkhidmat kepada Raja dan negerinya. Beliau yang lahir pada 1841 di Telok Blangah, Singapura datang daripada nasab pembesar Melayu yang telah lama setia berkhidmat kepada penguasa Johor.
Keturunan beliau bermula dengan Datuk Panglima Perang Lajat bin Abdul Rahim, menjadi orang kuat pada zaman Sultan Abdul Jalil di Kota Tinggi, yakni di zaman kerajaan Johor Tua. Pada zaman Temenggong Abdul Rahman di Singapura, Encik Awang bin Datuk Panglima Perang ialah pengiring setia Temenggong, yang kemudian sama-sama berpindah dari muara Sungai Singapura ke Telok Blangah dan Pantai Chermin setelah British memperluaskan lojinya di Singapura. Keluarga Temenggong memerintah Johor dari Telok Blangah sehingga 1855 apabila Johor Bahru mula dibuka.
Nenda Datuk Bentara, yang bergelar Panglima Perang Mohamed Saleh bin Awang berkhidmat dengan Temenggong Ibrahim. Ayahanda Datuk Bentara yakni Encik Perang bin Mohammed Salleh, terus bekhidmat dengan keluarga Temenggong.
Datuk Bentara Luar Mohamed Salleh sendiri mula berkhidmat sebagai seorang guru di Kampong Gelam. Beliau kemudian diangkat menjadi kerani kepada Encik Long, seorang Menteri Besar kepada Temenggong Ibrahim. Atas kebolehan beliau, Temenggong Abu Bakar mengambil Mohammed Salleh untuk berkhidmat di Johor Bahru.
Muhammad Salleh (atau Datuk Bentara Luar, gelaran terkenal yang disandang beliau) memperlihatkan kecemerlangan dalam berkhidmat kepada Kerajaan Johor. Beliau seangkatan dengan anak Munshi Abdullah, yakni Munshi Muhammad Ibrahim (lahir 1840), yang menerima pendidikan di Telok Blangah. Munshi Ibrahim pula dilantik sebagai Datuk Bentara Dalam oleh Kerajaan Johor.

Membaca riwayat hidup dan kerja bakti Datuk Bentara Luar Muhammad Salleh bin Perang, membawa kita merenung betapa penting kepimpinan yang boleh melaksanakan amanah dan tugas dengan cemerlang. Pendidikan sang pemimpin itu justeru penting, namun dalam konteks Datuk Bentara Luar, dapat kita kesani suatu sikap keperwiraan kebangsawanan atau 'noblesee oblige' yakni kebangsawanan yang terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Datuk Bentara Luar yang menulis riwayat hidup dan catatan peristiwa yang beliau telah melalui dalam berkhidmat kepada Raja-Raja Johor. Teks ini sudah diteliti oleh Amin Sweeney, diterbitkan dengan judul "Reputations Live On: An Early Malay Autobiography", terbitan 1980 oleh University of California Press. Menurut Sweeney, inilah autobiografi Melayu yang selayaknya dikalungkan dan bukan pula yang sering dilekatkan pada Hikayat Abdullah.
LEGASINYA TERCATAT DALAM SEJARAH
Ada tiga perkara yang membuat peminat sejarah Johor mengenangi beliau. Pertama, beliau adalah antara orang terpercaya dalam kerajaan khasnya sewaktu pemerintahan Sultan Abu Bakar. Dalam hirarki Jemaah Menteri, beliau menduduki jawatan kedua terpenting selepas Menteri Besar. Beliau telah mengiringi Sultan Abu Bakar ke China dan Jepun pada 1873. Perjalanan ini sangat cermat dicatit dalam bahagian ketiga Tarikh beliau itu.
Kedua, beliau telah diamanahkan untuk membuka dan memajukan Muar dan Batu Pahat. Di Muar, beliau telah ditugaskan untuk menyelesaikan persengketaan politik, sehingga ditundukkan beberapa pembesar daerah yang mulanya tidak mahu akur dengan perintah Sultan Johor. Inilah peristiwa yang disebut sebagai Perang Jementah pada 1879.
Ketiga, Datuk Bentara telah menghasilkan peta negeri Johor, menjadikan anak negeri yang pertama menghasilkan peta moden untuk Johor. Beliau belajar membuat peta daripada Tuan Langley, Mejar McCallum dan Encik Yahya Awaludin. Pemetaan negeri pastinya adalah salah satu kepandaian yang harus ada sewaktu sesebuah negeri itu dalam proses perancangan pembangunan dan pengurusan pentadbiran.

Selain Muar dan Batu Pahat, Bandar Penggaram telah dibuka oleh Datuk Bentara pada 1893. Pada 1888, beliau mengasaskan pembukaan Bandar Maharani di Muar. Di pelbagai daerah Johor, beliau menggalakkan dibina parit-parit oleh penduduk setempat, dengan membenarkan mereka menamakan parit-parit atas nama mereka sendiri. Pembukaan bandar dan daerah permukiman ini sekali gus merancakkan ekonomi Johor.
Dari Tarikh yang beliau tulis ini, terakam perakuan beliau betapa beliau ialah orang yang terpercaya di mata Sultan Abu Bakar. Baginda Sultan sendiri yang mengamanahkan beliau membuka dan menjaga Batu Pahat. Beliaulah yang terlibat dalam perundingan menetapkan sempadan Johor dan Pahang. Beliau juga yang telah dipilih untuk menyelesaikan perbalahan antara Tengku Alam dengan Istana Johor.
Seperti Munshi Abdullah, beliau seorang yang tidak canggung berurusan dengan kelompok lain. Datuk Bentara Luar belajar Bahasa Cina sehingga boleh bertutur dan menulis. Apatah lagi beliau banyak menguruskan hal-hal Surat Sungai di mana peladang Cina giat membuka kawasan perkebunan di merata Johor. Beliau boleh berbahasa beberapa dialek Cina seperti Teochew. Pengetahuan Bahasa Cina ini penting kerana Kerajaan Johor waktu itu menggalakkan pembukaan ladang-ladang kepada pemodal Cina.
Datuk Bentara Luar malah minat membaca hikayat Cina klasik yang terkenal yakni Sam Kok yang baginya kaya dengan teladan kepimpinan. Beliau juga belajar bermain alat-alat muzik Cina, selain membuat lukisan Cina. Beliau pernah melukisnya di atas kipas dan kemudian dihadiahkan kepada sahabat-sahabatnya di Singapura dan China. Di Batu Pahat, beliau memperkenalkan tarian naga Cina yang dimainkan oleh penduduk Melayu daerah itu. Pada 1899 Hari Keputeraan Sultan Ibrahim, kumpulan tarian naga Melayu ini telah mengambil bahagian.
KARYA-KARYA HEBAT
Yang terpenting adalah penulisan beliau yang terkumpul sehingga diterbitkan pada 1927 oleh Encik Mohamed Hj Alias yang telah diamanahkan untuk menerbitkan empat jilid kesemuanya. Ia dicetak oleh Al-Attas Press di Johor Bahru. Namun hanya satu yang terbit kerana selepas penerbitan yang pertama, ia tidak berapa diperkenan oleh Istana Johor.
Bukan sahaja karya ini padat dengan fakta sejarah, singgungan beliau jelas memperlihatkan wataknya yang tidak suka berlebih-lebih, kematangan berfikir dan menyematkan kata-kata hikmah. Beliau berasa beruntung kerana bertemu bekerja dengan orang-orang berbangsa yang wataknya baik dan sering membicarakan soal kemajuan yang harus ditujukan kepada rakyat terbanyak. Kepada Na Tien Piet sahabat beliau yang juga wartawan dari Pemberita Betawi, beliau berbahagi kesenangan beliau ini.
Disebutnya sebegini: Sekiranya kita bergaul dengan orang yang berbangsa dan berbudi mulia itu, laksana seorang yang duduk di kedai minyak wangi, walaupun ia dapat ia beli, namun wangian yang masuk ke lubang hidungnya akan menjadikan ia terasa senang. Begitulah beliau mensyukuri nikmat yang telah dilimpahkan Tuhan kepada beliau.
Namun yang paling jelas terakam dalam Tarikh ini, adalah pengakuan taat setia beliau kepada Sultan Johor. Beliau beranggapan pelucutan jawatan sehingga beliau dipencenkan berpunca daripada fitnah. Tiada pernah beliau ingkar atau tidak setia kepada penguasa Johor. Beliau akhirnya ditamatkan perkhidmatan pada 1912, pada umur 71 tahun.
Malah kesetiaan beliau kepada negerinya digambarkan sedemikian: Hubungan beliau dengan negeri Johor seumpama laut dan ombak, ataupun laksana Johor itu pohon yang besar, dan beliau adalah pohon ranting yang melilitnya. Beliau sudah tahu akan selok-belok negeri ini, dari ia diasaskan sampai ia maju, dan beliau sendiri mencapai kedudukan yang tinggi.
Dalam Tarikh ini, Datuk Bentara menceritakan riwayat hidupnya secara sederhana kepada Na Tien Piet, yang kemudian menjalin persahabatan baik dengan beliau. Beliaulah nanti yang akan memperkenalkan Tien Piet kepada Sultan Abu Bakar.
Kepada Tien Piet, beliau mengatakan betapa eloknya beliau tiada berlebih-lebih membilang tentang dirinya sendiri kerana mengingatkan kekata hikmah oleh Lukman al-Hakim yang mengatakan agar manusia itu harus insaf bahawa betapa mata itu bisa melihat seluruh tubuhnya, namun mata itu tidak bisa melihat hidung betapa ia terletak sebelah mata. Maka itu manusia harus awas akan kekurangannya sendiri.
Sesungguhnya wajar apabila Datuk Bentara Luar disebut sebagai “Arkitek Pembangunan Negeri Johor". Hari ini jasa beliau terakam sebagai kenangan kepada Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang yang terletak di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor. Nama beliau juga diabadikan pada Masjid Jamek Datuk Bentara Luar di Muar. Beliau wafat pada 21 Julai 1915 dan dimakamkan di Perkuburan Mahmoodiyah di Johor Bahru.
Penulisan beliau Tarikh Datuk Bentara Luar adalah suatu kesaksian zaman, sebuah khazanah berharga untuk persuratan Melayu. Sebagaimana disebut Encik Mohamed Haji Alias, penyusun Tarikh, Datuk Bentara Luar ini ialah orang pandai yang tahu akan ilmu alam negerinya, tangkas sebagai pahlawan dalam peperangan, berkemahiran menulis, berpantun bersyair, dan pandai pula bermain muzik dan seni persembahan.
Tabik bagi seorang bangsawan yang menabur budi untuk negerinya, sekali gus menitipkan kepada anak bangsa sebuah karya yang menjadi tanda dan kesaksian sejarah yang sangat berharga. Hanya yang berbudi itu yang abadi. Sebagaimana pernah disebut dalam ungkapan Melayu lama yang telah dikumpulkan oleh Pak Tenas Effendy, membayangkan perilaku kepimpinan yang memiliki sifat tahu hidup, maka akan ditinggalkan nama baik di kemudian hari. Beginilah diseru:
“Meninggalkan budi yang terpuji
Meninggalkan contoh yang senonoh
Meninggalkan teladan yang sepadan
Meninggalkan nama yang mulia
Meninggalkan petua yang berfaedah
Meninggalkan kaji yang berisi
Meninggalkan pusaka yang berharga
Meninggalkan anak yang dipinak
Meninggalkan harta yang berguna
Meninggalkan dunia dengan bekalnya.”
MENGENAI PENULIS
Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.