ALAM MELAYU: Istilah Dari SG Dalam Kamus Rumpun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apakah sumbangan orang Melayu Singapura dalam membina kosa kata rumpun? Dalam suasana Bahasa Inggeris yang dominan di Singapura, masih ada juga istilah berfaedah dari kota raya ini.
Antara kebimbangan Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (@ Dr MAS atau Cikgu Ariff, 1924 - 2016) ialah ‘kebekuan’ suasana Bahasa Melayu Singapura (BMS) sehingga menjumudkan daya cipta.

Suasana ini tentulah bertentangan dengan zaman abad ke-14 Masihi – ketika pulau ini menjadi pusat tamadun Melayu dengan usaha ‘menyalin’ dan menterjemah kitab-kitab agama dari India seperti Ramayana, menurut kajian Prof Teuku Iskandar (1924 - 2012). Sementara, antara 1830 hingga 1960 pula, Singapura menjadi pusat kecendekiaan serantau, terutama dalam bidang perfileman sehingga penerbitan seperti ‘kitab kuning’ (kitab agama Islam yang dicetak pada kertas berwarna kuning pucat).
Segalanya berubah sejak Singapura merdeka apabila Bahasa Inggeris menjadi kian penting sebagai bahasa kerja dan bahasa rasmi. Mujurlah, watan ini masih dilengkapi dengan Dasar Dwibahasa dan kehadiran media Melayu dan kegiatan persuratan. Maka itu, masih berlaku proses ‘daya cipta’ (kreativiti) yang melahirkan antara lain istilah atau perkataan baharu.
CORAK HIDUP
Menulis dalam buku ‘Yang Terukir’ (rampaisari esei sempena SG50 pada 2015, terbitan Majlis Bahasa Melayu Singapura), perunding cara (mantan editor) akhbar Berita Harian-Berita Minggu (BHBM), Mohd Guntor Sadali (1952 - 2022) menceritakan bagaimana perkataan atau istilah baharu dikemukakan oleh pihaknya.

Menurutnya, kepesatan pembangunan mendesak akhbar itu menampilkan istilah untuk mencerminkan makna perkataan Inggeris. Misalnya, apabila bas kendalian seorang pemandu (driver, kemudian dipanggil ‘captain’) sahaja tanpa kelindan (bus conductor) dimulakan, istilah Inggerisnya ialah ‘one-man-operated (OMO) bus’. Sukar mencari istilah sesuai dalam Bahasa Melayu Singapura (BMS). Mujur, tercetus ungkapan ramai iaitu ‘bas tabung’ kerana bas ini menggunakan tabung yang diisi tambang dan mengeluarkan tiket bas.
MAJLIS BAHASA
Selepas merdeka, Singapura mempunyai Jawatankuasa Ejaan Rumi yang kemudian dikenali sebagai Jawatankuasa Bahasa Melayu. Sejak 1992 pula, ia dinaik taraf sebagai Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) yang dipengerusikan oleh Hj Sidek Saniff (ketika itu Menteri Negara).

Selain mengadakan dua kegiatan utama iaitu Bulan Bahasa dan Anugerah Persuratan, MBMS pernah mewujudkan Jawatankuasa Istilah (JIBMS) yang dianggotai para wakil dari media berbahasa Melayu (radio, televisyen dan akhbar).
Mewakili Berita Harian, saya pernah menjadi ‘setiausaha’ tidak rasmi JIBMS iaitu menghubungi Encik Ahmad Thani Ahmad (1938 - 2025; editor berita Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC), Encik Hashim Yusof (ketua bahagian Melayu Radio, SBC), Encik Yatiman Yusof (Setiausaha Parlimen) dan penasihat Cikgu Muhammad Ariff Ahmad (@ Pendeta Dr MAS, 1924 - 2016) dalam membincangkan sejumlah istilah.
Lama sebelum adanya JIBMS, Dr MAS sering dirujuk untuk memutuskan istilah sesuai sepadanan dengan istilah Inggeris. Misalnya, ‘kolong flat’ (void deck) dan ‘lelapang’ (open space) merupakan antara istilah yang diajukannya dan diterima umum. Istilah ‘ground breaking’ pernah diajukan sebagai ‘pembetonan’ tetapi tidak diterima ramai dan kini digunakan terjemahan harfiah iaitu ‘pecah tanah’.
Namun, sering juga ada istilah ditampilkan tanpa musyawarah kerana keadaan amat mendesak. Misalnya, istilah ‘survival’ pernah diterjemahkan sebagai ‘kelangsungan’. Berita Harian telah menggunakan ‘penakatan’ (atas saranan saya) yang tiada dalam Kamus Dewan (sumber utama rujukan BMS).

Sekitar awal tahun 2000-an, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bercadang mengeluarkan fatwa tentang ‘surrogate mother’. Ungkapan itu diterjemahkan oleh Berita Harian sebagai ‘ibu titip benih’. Ia disambut baik oleh Mufti Syed Isa Semait (1938 - 2025) sebagai “bertepatan”.
Apabila mantan Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, diumumkan sebagai ‘Minister Mentor’ pada 2004, istilah ‘Menteri Pembimbing’ digunakan kerana terasa lebih santun dengan budaya Melayu dan bukan ‘Menteri Mentor’ iaitu terjemahan harfiah.
UNIT ISTILAH
Dalam proses pembakuan bahasa (standardisation of language) – dari penetapan ejaan dan nahu, penentuan istilah, sehingga perkamusan – kepakaran amat diperlukan. Demikian menurut mendiang Prof Yang Quee Yee (1931 - 2024) yang ‘belajar sendiri’ (autodidak) dan dibantu isterinya, Puan Chan Maw Woh, untuk menghasilkan sejumlah kamus Mandarin-Melayu dan Inggeris.

Hakikatnya, pakar seperti Dr MAS dan Prof Yang sudah tiada lagi. Siapakah yang bakal menggantikan mereka?
Walaupun Singapura bukanlah ‘pemain utama’ dalam soal bahasa dunia, termasuk Bahasa Melayu, kepakaran masih tetap diperlukan.
MBMS beruntung kerana kini terdapat tiga ‘jabatan’ Bahasa Melayu iaitu di Universiti Nasional Singapura (NUS), Institut Pendidikan Nasional Universiti Teknologi Nanyang (NIE-NTU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). Mentelah MBMS difahamkan masih menghantar wakil sebagai pemerhati dalam sidang berkala Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) iaitu badan serantau yang ‘memutuskan’ aspek-aspek kebahasaan menurut piawai.
Sekalipun bidang kuasa MBMS belum ke taraf menghasilkan kamus BMS, namun ia boleh membantu dalam menetapkan daftar istilah tempatan dan menyiapkan senarainya dengan kerjasama Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC).
KHIDMAT AI
Bantuan kecerdasan buatan (AI) memang amat menonjol dewasa ini. Terjemahan dapat dilakukan dengan begitu cepat walaupun nuansa atau kehalusan makna perlu diteliti agar menepati maksud asal. Namun bak pesan Prof Yang: mesin bukan manusia. Hakikatnya, manusia yang pakar atau berilmu yang menetapkan masukan dan erti perkataan dalam mesin.

Singapura tentu boleh memupuk para pakar baharu sebagai pewaris Dr MAS dan Prof Yang. Ini boleh dilakukan dengan mengenal pasti calon berpotensi, misalnya dari kalangan guru Bahasa Melayu atau juru terjemah di mahkamah, sehinggalah menyediakan dana mencukupi yang disalurkan menerusi biasiswa atau geran.
Misalnya sudah ada Endowmen Pengajian Melayu Dr MAS di NIE-NTU yang boleh diperuntukkan demi tujuan ini.

Seyogia, sejumlah perkataan Singlish (Bahasa Inggeris versi Singapura) telah lama ditimba dari masa ke masa ke dalam Kamus Inggeris Oxford (OED). Dasar dan sikap para editor OED dalam ‘menyerap’ perkataan Inggeris dari seluruh dunia, telah membantu dalam mengembangkan, memperkasa dan menobatkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia.
Erti pokok pangkalnya: kita perlu segera memastikan kehadiran ilmuwan dalam pelbagai bidang demi memacukan kemajuan pesat mutakhir. Tapi usah lupa ehwal bahasa juga menuntut tindakan bijak, wajar lagi saksama.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.