ALAM MELAYU: Isteri Hang Jebat “Lahir” di Kampong Gelam
Anggaran Waktu Membaca:
Kampong Gelam merupakan nadi fikir dan semangat orang Melayu. (Gambar: Wikipedia; Instagram/masjidsultan; NHB)
SINGAPURA: Bagaimana 30 tahun dari sekarang akan keadaan di Kampong Gelam (@ Kampong Glam)? Kekalkah imejnya sebagai ‘nadi fikir’ masyarakat Melayu/Islam Singapura? Mohd Raman Daud meninjau trend ke arah masa depannya.
Sekitar 1955. Di 745 North Bridge Road.
Cikgu Ariff (Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad, 1924 - 2016) yang baru pulang dari sekolah, menaiki tangga pejabat Royal Press. Kehadirannya disambut ceria oleh dua orang guru pesara dan ketika itu menjadi perunding cara kepada syarikat filem Shaw Brothers.

Mereka ialah Mahmud Ahmad (1906 - 1976) dan sahabatnya (yang kemudian menjadi besannya) iaitu penyiar radio (asalnya guru juga), Buyong Adil (1907 - 1976). Mereka sedang rancak membincangkan lakon layar (skrip filem) ‘Hang Tuah’ yang bakal dirakamkan secara warna-warni oleh syarikat Shaw Brothers - filem warna ketiga dan bersifat ‘mega’ (gah), menggunakan teknologi Eastman Color.
Selepas berbasa-basi, Cikgu Buyong yang terkenal sebagai ahli sejarah, bertanya:
“Kami puas semak beberapa ‘Hikayat Hang Tuah’ dan ‘Sejarah Melayu’, tapi tak jumpa siapa nama isteri Hang Jebat. Cikgu (Ariff) tahu siapa namanya?”
Jawab Cikgu Ariff: “Oh begitu. Saya namakan Dang Anom saja.”
Cikgu Mahmud: “Macam mana boleh dapat nama itu?”
Cikgu Ariff: “Isteri Hang Tuah bernama Dang Merduwati. Memandangkan isteri Hang Jebat masih muda, saya berikan nama Dang Anom. ‘Anom’ dari Bahasa Jawa bermakna ‘muda’.”

CENDEKIA BERTEMU
Dipendekkan cerita, nama Dang Anom diterima. Bahkan ada nama Sekolah Dang Anom di Melaka.
Tetapi muncul juga nama ‘Dang Wangi’ sebagai nama isteri Hang Jebat.
Peristiwa Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung amat ‘genting’ dalam epik lama itu kerana ia menjadi lambang pertentangan gagasan atau konsep ‘raja adil, raja disembah; raja zalim, raja disanggah’.
Pertemuan cendekia merupakan antara ciri dinamis di kawasan Kampong Gelam. Di sinilah terakam sejarah zaman pusat percetakan dan penerbitan serta gerakan pembaharuan Melayu antara 1850 hingga 1960.
Ringkasnya, Kampong Gelam merupakan nadi fikir dan semangat Melayu.

Kekalkah imejnya itu sekitar 30 hingga 50 tahun dari kini?
Demikian soalan cepu emas. Bagi usahawan percetakan, Hj Abdul Aziz bin Abu Talib bin Ally, 75 tahun, imej Kampong Gelam perlu direkayasa iaitu tidak boleh dibiarkan sahaja tetapi diatur agar seimbang antara pemeliharaan warisan Melayu-Islam dan keperluan niaga.
Beliau cukup arif tentang hal ini kerana pembangunan Masjid Sultan telah melibatkan moyang, datuk dan bapanya dan kini dirinya sendiri. Ini terpapar dalam buku memperingati dwiabad masjid negara itu, ‘The Grand Mosque of Singapore’ (2025).

“Masa kecil dulu selain belajar, saya disuruh ayah menaip manuskrip untuk para pengarang seperti Harun Mohd Amin (@ Harun Aminurashid, 1908 - 1986), Buyong Adil (1907 - 1976), Mahmud Ahmad (1906 - 1976) sehingga Cikgu Muhammad Ariff Ahmad (1924 - 2016),” ceritanya.
Pejabat Royal Press yang diasaskan ayah dan dua pamannya, iaitu Umar dan Abdullah, pada 1924, berada di tingkat 2 (tingkat 1 untuk mesin cetak) di deretan bangunan sebelum Perang Dunia Kedua di 745-747 North Bridge Road.
Kini ia disewakan kepada Islamic Restaurant.
“Saya bersua dengan tokoh-tokoh penting termasuk dari persuratan Melayu ketika itu, antara lain ialah Cikgu Shaharom Hussain (1919 - 2008), guru dan pengarang terkenal dari Johor, dan Arena Wati, orang Bugis. Pendek kata, pejabat kami seperti pusat pertemuan cendekia Melayu,” tambah Encik Abdul Aziz yang kini mempunyai firma percetakan di Johor Bahru.
‘RUMAH PM BRITISH’
Kampong Gelam pernah menyaksikan pembentukan pertubuhan separa siasah pertama Melayu di rantau ini iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dirintis oleh Mohd Eunos Abdullah (1876 - 1932) dan rakan-rakannya di Istana Kampong Gelam. KMS aktif sebelum Perang Dunia Kedua dan dikatakan ‘terkubur’ pada 1960.

Memang terdapat beberapa kumpulan cendekia Melayu yang aktif tetapi ‘tidak berdaftar’ seperti kumpulan yang sering berhimpun di rumah teres, 10 Bussorah Street, yang didiami keluarga Othman Kalam (1903 - 1955).
“Pakcik” Othman (sempena rancangan kanak-kanak siaran Radio Malaya Singapura) memang cukup terkenal. Beliau merupakan wartawan mapan dengan beberapa akhbar termasuk ‘Majlis’ dan kemudian dilamar bekerja sebagai juruhebah.
Kerjaya terakhirnya sebagai ketua penyiaran bahagian Melayu. Rumahnya mendapat julukan sebagai “10 Downing Street” iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri British.
Ketika berlaku rusuhan kaum berdarah Nadra pada Disember 1950, antara tempat ‘selamat’ ialah Masjid Sultan. Menerusi pengumuman radio, “Pakcik Othman” telah menyeru para pemuda Melayu agar bertenang dan patuh kepada peraturan.

KEHILANGAN
Di sebalik suasana rancak perbandaran Singapura sebagai hab antarabangsa sejak merdeka, tradisi kecendekiaan Melayu di sini tampak merundum. Mengapa?
Hal terkait dengan suasana seluruh rantau ini. Dahulu Singapura memiliki daya saing ampuh untuk memikat ramai bakat rumpun Melayu serantau untuk mengisi perusahaan percetakan, filem dan muzik.
Mulai 1960-an hal ini tidak berlaku lagi. Dua pusat serantau iaitu Kuala Lumpur dan Jakarta telah membangunkan daya saing masing-masing, terutama mengekalkan bakat anak nusa dan menarik bakat luar.

Hal ini juga terkait dengan kesan ‘trauma’ perpisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia yang membawa kepada kemerdekaannya pada 9 Ogos 1965.
Sejak itu, sejumlah bakat kelahiran Singapura seperti penggubah/penyanyi M Nasir, turut tertarik untuk berkarya di Seberang Tambak.
Memang sukar untuk mengembalikan zaman percetakan kerana teknologi berubah dan petempatan industri berada di luar Kampong Gelam.
Tetapi bolehkah suasana cendekiawan Melayu diserlahkan kembali menerusi kehadiran dua institusi. Pertama, Taman Warisan Melayu (TWM, sejak 2004, yang asalnya bangunan Istana Raja Melayu) dan, kedua tentulah Masjid Sultan Singapura yang mula dibina sebelum wakil Kompeni Hindia Timur British, Thomas Stamford Raffles (1781 - 1826), menjejakkan kakinya di Singapura pada 1819?

Sejauh ini tidak terdapat ‘pelan induk’ untuk merangsang hal ini secara rekayasa yang serius lagi bersungguh-sungguh. Apa yang ada sekadar siri kegiatan berkala seperti ‘Cendekiawan Lestari’ anjuran TWM yang menampilkan para tokoh setempat dan Nusantara untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.
Oleh itu, amat perlu usaha gigih demi menarik penyertaan ramai - dari siswa sehingga tokoh pemikir terkenal untuk mengisi “kekosongan” tadi.
Memang mustahil untuk menjelmakan kembali zaman rindu atau nostalgik sesi sembang Cikgu Ariff dan rakan-rakannya. Namun setidak-tidaknya Kampong Gelam wajar terus menarik golongan profesional dari saintis, peguam, doktor sehingga asatizah serta sasterawan untuk bertemu dan membicarakan hasil kerja mereka, kreatif dengan membuat gagasan baharu demi dan untuk masyarakat.
Ia bertempat baik di TWM mahupun di auditorium Masjid Sultan atau di ruang terhad toko buku Wardah. Ia boleh dipancarkan menerusi wadah Zoom atau YouTube untuk dikongsi oleh seluruh dunia.

Suasana pengisian ilmu berlatarkan deretan kedai makan dan pakaian serta laungan azan dari Masjid Sultan, itulah Kampong Gelam dalam zaman lini (selepas kini).
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.