ALAM MELAYU: Hari Batik, Warisan Menjentik, Puitika Dilurik
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA:
Memakai batik bertambahlah cantik
Tua dan muda berseri menarik
Sesuai cuaca basah dan terik
Jiwa berseni pastinya berputik
Kita beruntung hidup di Nusantara kerana sentuhan seni dan budaya terus berdenyut dan disebut-sebut. Dalam banyak-banyak warisan budaya kita yang sangat dikenali, disambuti dan dihargai ialah batik.
Batik hari ini menjadi lambang kebudayaan yang paling ikonik di Nusantara, khasnya di Indonesia. Kain batik adalah produk kesenian yang dicipta untuk kegunaan seharian, ataupun dalam upacara keistimewaan.
Batik paling menonjol sebagai kain yang dilurik corak dengan tulisan tangan atau cap, dan sekali gus ia menjadi penanda budaya kepada orang yang memakainya.
Dengan memakai batik, kita boleh dianggap “formal” dan “berbudaya” dalam sesuatu acara. Memakai batik, bukan setakat suatu pemilihan gaya pakaian, tetapi juga memperlihatkan kecenderungan budaya seseorang. Dengan berpakaian batik mungkin dapat menandakan seseorang itu akrab atau serasi dengan kebudayaan Nusantara. Atau sahaja suatu pemilihan peribadi.
Di saat batik mendapat penerimaan besar hari ini, kita juga maklum segelintir terasa sukar menerima batik sebagai pakaian kerana corak batik yang dianggap “mencolok.” Mungkin satu sisi pilihan peribadi, namun di sisi yang lain belum ada pendedahan dan pemahaman tentang batik.
Malah dalam kalangan penjual dan pengumpul batik, tarikan pada batik itu terkadang ada unsur yang sukar dijelaskan. Bukan kita boleh tertarik dengan sesuatu batik, malah batik itulah yang telah terpikat dengan kita agar kita nanti mendapatkannya. Itulah kononnya.
Hari Batik Direncana
Menarik untuk disebut di sini akan usaha untuk menggalakkan apresiasi kepada batik telah dimulakan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS) sejak tahun 2018 untuk memperkenalkan warisan batik di Nusantara.
Tahun ini Hari Batik disambut pada 2 April, sambil mengambil keberkatan Syawal. Sejumlah batik dari Indonesia dipanjangkan di sekitar lantai enam di Bangunan AS8 yang menempatkan Pengajian Melayu. Tahun ini suatu acara forum mengenai batik telah diadakan selain memperkenalkan lukisan batik oleh Encik Tumadi. Lukisan batik ini dikomisi khas sempena ulang tahun Persatuan Pengajian Melayu yang ke-30 tahun.
Sejak beberapa tahun lalu, koleksi batik oleh Dr Suriani Suratman dan Dr Azhar Ibrahim dipamerkan sewaktu Hari Batik agar para siswa dapat mengenali dan mengapresiasi batik dengan lebih dekat. Koleksi batik, khasnya daripada Dr Suriani antaranya diwariskan daripada Almarhumah ibunya Cikgu Saerah Taris. Semoga ke depan Hari Batik sebegini dapat menyuburkan warga kampus dalam memakai, malah mengkaji tentang batik.
Nilai Batik
Dari pemerhatian kita kepada batik, akan kita mendapat manfaat daripada beberapa segi. Maksudnya dengan akrab kepada batik memungkinkan kita terdedah kepada enam perkara berikut:
Pertama, dari batik dapat kita menelusuri sejarah budaya. Mengenali dan mendalami hal batik dapat membawa kita kepada sejarah budaya yang telah berlangsung di rantau kita. Contoh bagaimana batik telah berevolusi dan menyebar. Daerah mana di rantau ini yang batik lebih menyerlah daripada jenis tenunan lain.
Kedua, dari batik dapat kita tahu perihal estetik – seni dan gaya, ragam dan langgam yang ada pada lukisan atau cop batik. Motif yang dilurik bisa menjadi lambang tertentu, atau pesan alamat agar yang faham dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat. Ragam corak yang datang dari alam selalunya menjadi penanda dan motif yang kuat. Tatkala kita pandai membaca dari alam dan budaya, di situ juga dapat kita buat tafsiran dalam corak ragam yang dihasilkan dalam batik.

Ketiga, dari perekaan, pembuatan dan pemakaian batik dapat kita mengaitkannya dengan dunia busana fesyen yang cepat berkembang dan beredar. Dari sejarah fesyen serantau, dapat kita memahami bagaimana rekaan batik yang terbangun di Jawa, kemudian berkembang di merata Nusantara.
Keempat, kealaman dan kesenian itu saling terjalin dalam batik yang membuat kita sedar betapa alam benar-benar berkait rapat dengan manusia berseni. Tebarkan kain batik, akan dapat kita mengenal pasti alam dan perlambangan kebudayaan yang ada dalam masyarakat, ataupun secara spesifik, dari khazanah budaya nenek moyang kita.
Kelima, kelaziman dan adat resam, bagaimana batik digunakan dalam pelbagai upacara adat istiadat, atau majlis keramaian. Daripada upacara dan majlis sebegini, dapat kita ketahui kini batik bisa sahaja menjadi pakaian untuk majlis rasmi negara, bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia dan Singapura.
Keenam, ketukangan dalam menghasilkan batik itu sendiri, suatu proses yang bukan mudah. Perajin batik, khasnya batik tulis yang asli adalah pencipta batik tanpa skema corak yang standard, melainkan canting yang bergerak di tangan adalah hasil daripada daya imaginasi dan ingatan si perajin semata. Menghasilkan batik tulis itu melukis sebenarnya. Maka wajarlah disebut perajin batik tulis seperti ini sebagai seniman.
Batik Jawa Menjuara
Di Indonesia, batik sangat ikonik atau terkait rapat dengan kebudayaan Jawa. Kesenian dan pembuatan batik terbangun dengan baik di Jawa, malah di Solo dan Jogyakarta, ia mendapat naungan keraton. Menerusi batik yang dihasilkan di sana dapat kita menelusuri falsafah hidup orang Jawa.
Malah gerakan nasionalisme Indonesia yang awal bermula dari pedagang peribumi batik yang sedar akan pentingnya mereka bersatu dalam menjaga kepentingan politik dan ekonomi di bawah penjajahan Belanda. Telusurilah sejarah Sarekat Dagang Islam, akan kita ketemui pedagang batik yang kesedaran politik mereka nanti memberi warna kepada nasionalisme Indonesia.
Hari ini batik telah dan semakin menyerlah sebagai lambang keIndonesiaan. Pandangan Kusni Asa dalam bukunya 'Mosaic of Indonesian Batik' (2014) sangat menggambarkan keberadaan batik pada bangsa Indonesia sepanjang zaman:
“Seni batik, sesuai dengan sejarah pertumbuhannya lahir dari “kecerdasan lokal” (local genius), ketika bangsa Indonesia mendambakan suatu tatanan kehidupan yang bersendikan ajaran nilai-nilai keluhuran. Pada periode tersebut, fungsi batik menjadi salah satu sarana ritual, di mana simbol-simbol yang bernilai spiritual disampaikan melalui pola ragam hias batik…Keberadaan batik menjadi penting sebagai sebuah strategi budaya. Di satu sisi, batik menjadi penting sebagai sebuah strategi budaya. Di satu sisi, batik merupakan sarana pencerahan rohani, di sisi lain menjadi legitimasi budaya. Melalui ragam hias yang sudah dibakukan akan menjadi identitas di mana kedudukan batik menjadi status simbol.”
Canting Batik, Cantik Budaya
Cerita batik, sejarah batik dan pengalaman berbatik, mengingatkan kita dengan kata hikmah A Samad Said, sasterawan ulung Malaysia yang menyebut:
“Berkhayal membenih, berfikir menjernih.” Batik adalah hamparan seni yang boleh membawa kita menjelajah ke cakerawala keindahan, kelaman dan kepuspaan hidup.
Disimpulkan sepintas: Batik menjentik estetika kita di mana alam menjadi latarnya. Batik mengingatkan kita hasil seni ketukangan perajin yang menghasilkan batik tulis dengan segala kepandaian dan ketekunan serta pemerhatiannya kepada kehidupan dengan cermat.
Berbatik ertinya mendukung seni, memanjangkan warisan, memperagakan pakaian yang kelak mencelikkan diri kita dan orang lain kepada budaya Nusantara. Inilah yang boleh kita sebut, batik memberi literasi budaya.

Batik Jiwa Rakyat
Dari batik terhampar cita rasa rakyat, cerita alam, catatan semasa dan pastinya cantingan khusus sang perajin. Batik itu adalah kesenian dan ketukangan sekali gus.
Batik boleh dipakai sebagai kain “basahan”, bisa juga untuk jemputan kahwin atau kondangan. Juga untuk acara rasmi negara.
Batik yang dipakai mempunyai fungsi sosial, khasnya dalam masyarakat Jawa tradisional. Bukan sahaja tergantung kepada warna dan corak batik, tetapi juga cara ia dipakai.
Itulah yang boleh kita terkesan apabila mengaitkan batik dengan seorang tokoh besar dari Nusantara, yakni Raden Adjeng Kartini.
Raden Kartini (1879-1904), salah seorang bangsawan Jawa di hujung abad-19, terkenal dengan pengajuan emansipasi untuk perempuan, pernah menegaskan pentingnya meraih kemajuan moden yang datang dari Barat. Namun yang perlu didakap ialah “jiwa membutuhkan suasana alam dan ketenteramannya.”

Di Indonesia pada setiap 21 April, akan diraikan Hari Kartini. Kartini yang juga antara barisan Pahlawan Nasional di Republik Indonesia, juga wajar dikalungkan sebagai Srikandi Batik untuk dunia.
Kartini Berseni, Batik Diwarisi
Kartini bangga dengan kesenian batik yang dihasilkan oleh rakyat Jawa. Kesenian yang telah mendarah daging membuatkan batik mereka hidup dan berseri. Jiwa seni sahaja tidak mencukupi sekiranya ia tidak terlengkap dengan kemahiran mencanting batik.
Andaian Orientalis adalah bangsa peribumi tidak memiliki kesenian, kecuali ketukangan (craft) sahaja. Dari penulisan Kartini, beliau mahu menggambarkan bahawa rakyat Jawa sudah selamanya akrab dengan seni. Ditulis sebegini:
“Seni gambar rupa-rupanya sudah warisan bagi Jepara, kacung-kacung kecil, bocah-bocah pengangon kerbau, pandai sekali menggambar wayang baik di pasir, di tembok-tembok maupun di jembatan-jembatan, pada tangan-tangannya.”
Pramoedya Ananta Toer, dalam bukunya 'Panggil Aku Kartini Saja' (2003) menyorot tentang Raden Kartini yang peduli dan menekuni batik, selain kerja tangan rakyat Jawa lainnya seperti ketukangan ukiran kayu.
Kartini dalam hidupnya memberikan penghargaan besar kepada hasil kerajinan rakyat Jawa di Jepara. Kerajinan yang paling tinggi diapresiasi Kartini adalah batik. Malah beliau sempat menulis sebuah naskah berjudul “Handschrift Japara” dalam Bahasa Belanda. Naskah itu telah memperkenalkan kerajinan rakyat Nusantara, termasuk batik, kepada dunia luar.

Pramoedya menjuluki Kartini sebagai “pembatik dan ahli batik.” Beliau memuji Kartini, dan adik-beradik perempuannya yang sanggup membatik sendiri, sesuatu yang membezakan mereka daripada bangsawan lain pada zamannya:
“[Mereka] sebenarnya secara praktis telah tanggalkan kebangsawanannya, dan menjadi pekerja biasa di dalam kabupaten: membatik, mengurus kebun, menjadi koki,” dan lain-lain.
Ternyata buku yang ditulis Kartini itu bukan sahaja mengiktiraf dan menghargai kerja seni rakyat yang menghasilkan batik atau kerajinan yang lain, tetapi juga untuk menegaskan “seni rakyat adalah salah satu alat untuk mencapai kemakmuran rakyat.” Batik bukan hanya untuk berseni estetika, tetapi juga dapat darjat rakyat agar kesejahteraan ekonominya meningkat.
Menurut Pramoedya, sejak penulisan Kartini tentang batik, ia telah membuka mata Orientalis Belanda untuk memberikan perhatian kepada batik, selain hasil ketukangan rakyat Jawa yang lain. Malah Ratu Belanda pernah memuji karya ini kerana Bahasa Belanda yang baik, apalagi ia ditulis oleh seorang peribumi.
Yang terpenting, tambah Pramoedya:
“Kecintaan Kartini pada semua ini tidak lain daripada manifestasi kecintaannya peka rakyatnya.”
Batik itu Puitik
Menerusi batik, Kartini merasa dekat bukan sahaja dengan alam tetapi juga dengan rakyat terbanyak. Baginya ungkapan rakyat yang alami dan luhur adalah kesenian tersendiri:
“Bangsa yang masih memiliki cita-rasa pada puisi, barang yang paling indah dan paling juwita dalam kehidupan manusia, bangsa itu tidaklah mungkin rendah kebudayaannya. Semua yang agung dan indah dalam hidup adalah puisi. Cinta, kesungguhan, kesetiaan, kepercayaan, kesenian, -- semua yang meningkatkan jiwa, yang memuliakan dan memperindah budi-pekerti ialah puisi. Rakyat Jawa dan puisi sangat erat berkaitan.”
Puisi atau lebih umum puitika rakyat Jawa ini tertuang dalam batik. Malah ada keterkaitan antara pemikiran dan puisi. Menurut Kartini:
“Pikiran adalah puisi, pelaksanaan seni! Tapi mana bisa ada seni tanpa puisi? Segala yang baik, yang luhur, yang keramat, pendeknya segala yang indah di dalam hidup ini, adalah puisi!”
Lain perkataan, batik adalah puisi berseni yang menjentik. Ia mengagumkan kita dari dalam, ia mempesonakan selera mata, ia menakjubkan jiwa rasa. Ia menyuburi pemikiran kita dengan keranggian berseni. Dari batik juga tercarik kebanggaan kita kepada leluhur terdahulu.
Sesungguhnya batik merupakan kesenian yang berwarisan. Pakailah keindahan kerana itu adalah segi-segi yang mendekati kesempurnaan. Batik pasti dapat mencorakkannya.
MENGENAI PENULIS

Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.