ALAM MELAYU: Formula Pupuk Sasterawan Taraf Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak menyertai Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) pada 2012, Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) gigih mengangkat karya dan sasterawan setempat ke persada rantau. Namun, cukupkah usaha ini? Mohd Raman Daud meneropong laluan hari muka sastera Singapura (SG).
Bertemakan ‘Sastera Memimpin, Kebudayaan Terjamin’, berlangsunglah acara singkat Hari Mastera di Singapura, pada 15 Ogos lalu di Taman Warisan Melayu. Terasa sederhana sekali.
Ia dimulai dengan ucaptama oleh cendekia, Hj Maarof Salleh, disusuli ulasan oleh guru ‘Arif Budiman’, Cikgu Muhammad Andi bin Mohammed Zulkepli; lantunan beberapa sajak (iringan gitar) dan akhirnya pengangkatan 10 Sahabat Sastera yang hampir semua adalah guru Bahasa Melayu (BM).

Pengerusi MBMS, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, menegaskan peri penting sastera dalam membina budaya. Timbalannya, Dr Azhar Ibrahim Alwee, mengingatkan para hadirin bahawa tahun depan ialah genap seabad tahun kelahiran penyair Dr Masuri Salikun (@ Masuri SN, 1927 - 2005) dan perlunya kecergasan untuk menyemarakkan sastera.
Cukupkah itu sahaja?
NILAI SASTERA
Sejak zaman bahari, peranan sasterawan (dahulu pernah disamakan sebagai ‘ahli nujum’), memang terbatas. Sastera bernilai tinggi terhad dalam lingkungan istana sahaja. Untuk jelata, ada sajian yang dipanggil ‘sastera rakyat’ - sesi bercerita yang disulami pantun, syair dan sebagainya oleh para penglipur lara untuk menghiburkan para petani dan keluarga mereka.
Namun, dalam zaman mencapai kemerdekaan, sastera menjadi ‘wahana’ (alat penyampai) luas untuk mengobarkan citra berani dalam jiwa rakyat demi menentang penjajah.
Sayangnya selepas itu, sastera rumpun Melayu bak beku, tidak bermaya.
Maka itulah, tercetus idea Abdul Aziz Deraman (1948 -), ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1994 - 2004), agar digilap dan diangkat kesusasteraan menerusi kerjasama serantau iaitu Majlis Sastera Asia Tenggara (singkatannya: ‘Mastera’ - saranan Cikgu Muhammad Ariff Ahmad pada 1994).

DUKUNGAN
Hari ini, subjek sastera diajarkan di kebanyakan sekolah menengah dan menengah atas di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Namun komponen sastera jarang diajarkan sebagai subjek tunggal dengan waktu khas bagi semua pelajar. Sebaliknya, ia diserap ke dalam mata pelajaran bahasa (seperti Bahasa Indonesia/Bahasa Melayu) dan sebahagian kecil sebagai subjek elektif (pilihan) khusus dengan peratusan anggaran di bawah 5% hingga 10% daripada keseluruhan waktu kredit kurikulum nasional.
Ertinya, sastera tidaklah ‘sepenting’ subjek Sains atau Matematik. Hal ini pernah diratapi oleh kalangan penyair besar Indonesia termasuk Taufiq Ismail (1935 - ). Di Singapura pula, Suratman Markasan (1930 - 2024) terkenal dengan himbauannya agar bahasa dan sastera Melayu terus disuburkan.

Selagi trend pendidikan dunia yang pragmatik itu lebih mementingkan sains dan teknologi atau yang berteraskan pekerjaan atau keperluan ekonomi, sastera akan terpinggir.
MEMUPUK SASTERAWAN
Sebelum ada nama ‘sasterawan’ (sejak 1950-an), sudah lama wujud nama ‘pengarang’ atau ‘penulis’.
Menurut Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924 - 2016): “Lazimnya, sasterawan itu mencari makan sebagai wartawan dan guru bahasa.”

Abdul Samad Ismail (@ Pak Samad, 1925 - 2008), pengasuh akhbar milik orang Melayu sepenuhnya, iaitu ‘Utusan Melayu’ (UM) telah cuba menerapkan ‘dasar pengambilan’ wartawan bahawa “sesiapa ingin jadi wartawan, perlu juga menjadi penulis sastera atau kreatif”.
Hasilnya, UM pernah mempunyai sejumlah penulis kreatif yang berbakti besar kepada kesusasteraan Melayu.
Menurut wartawan ternama Indonesia, Rosihan Anwar (1922 - 2011), proses yang serupa berlaku juga di Indonesia.
Ada juga segelintir sasterawan yang muncul dari jurusan bukan sastera. Misalnya, Jose Rizal (1861 - 1896), ‘Bapa Kemerdekaan Filipina’ terlatih sebagai doktor mata.

Di Singapura, sasterawan Isa Kamari (1960 - ) bekerjaya sebagai jurubina (arkitek) dan Hassan Hasaa'ree Ali (1979 -) merupakan pensyarah kejururawatan, tetapi kian terkenal sebagai penulis cereka sains.
MERAKYATKAN
Saya masih ingat wawancara dengan Encik Abdul Aziz Deraman (kini memimpin Persatuan Peradaban Melayu di Kelantan) pada 1990-an, yang menaruh harapan besar bahawa satu masa nanti sastera Melayu akan lebih merakyat sebagai aspek budaya yang penting sehingga meningkat mutunya dan diangkat ke persada antarabangsa. Sudahkah tercapai visinya?
Hakikatnya, sejak wujudnya Mastera pada 1995 sehingga kini, belum ada lagi pencapaian yang bertaraf antarabangsa. Pernah nama Pramoedya Ananta Toer (1925 - 2006) disebut-sebut sebagai calon paling berpotensi.

Sayangnya, pencalonannya dikritik pedas oleh kalangan tokoh sastera Indonesia yang menilainya ‘tali barut’ komunis. Terkini, terdapat gerakan di Indonesia untuk mencalonkan Taufiq Ismail dalam senarai penerima Hadiah Nobel bagi Sastera (anjuran Sweden), mudah-mudahan.
DINAMIKA
Menurut Hj Maarof, sasterawan hendaklah tulus lagi berani atas dasar akhlak luhur dan ilmu untuk mengetengahkan permasalahan dan huraian secara benar dan baik demi kemaslahatan masyarakat.
Pandangannya disokong oleh Cikgu Andi yang menegaskan peri perlunya pelajar dilatih berfikiran kritis untuk membina sastera yang menampung budaya yang teguh.
Memanglah agak sukar untuk menterjemah seruan yang agak ‘abstrak’ (mujarad) ini kerana sastera bersifat penyampaian naratif bersifat dalam puisi atau prosa yang berisi idea dalam bahasa indah yang menarik dinamika masyarakat.
Demi menyokong sastera, selain Pesta Buku Melayu yang lazimnya pada cuti sekolah September ini, perlu ada interaksi berterusan antara penulis dengan pembaca atau peminat sastera.
Sambutan Hari Mastera baru-baru ini, hanya sekadar satu peluang sahaja. Singapura belum mempunyai sebuah pusat berdedikasi untuk menyajikan kegiatan sastera-seni yang rancak seperti Taman Ismail Marzuki di Jakarta.
Mungkin ada baiknya, pengelola Taman Warisan Melayu memikirkan sudut bagi penulis dan peminat sastera berhimpun untuk membaca puisi, membedah novel atau puisi atau sebagainya. Ini dilakukan di sela-sela program sastera musiman atau khas dengan kerjasama badan persuratan setempat seperti ASAS’50.
Sementara di Wisma Geylang Serai pula tersedia sudut buku Melayu termasuk sastera, iaitu karya penulis tempatan.
Di Indonesia, Hari Sastera ditetapkan pada 3 Julai iaitu hari kelahiran sasterawan perintis dan pejuang kemerdekaannya, Abdoel Moeis (Abdul Muis) (1886 - 1959) yang terkenal dengan novel ‘Salah Asuhan’.
Di Malaysia, sudah ada Hari Sastera yang dijayakan bergilir oleh 13 negerinya tetapi belum ditempelkan pada mana-mana sasterawannya.
Bagaimana Singapura yang kecil tampungan bakat sasteranya?
Mungkin Hari Sastera Melayu Singapura ialah 8 Ogos - sempena hari lahir Harun bin Mohd Amin (@ Harun Aminurashid, 1907 - 1986), pengarang paling prolifik, anak Telok Kurau dan antara perintis sastera Melayu moden. Apakah pandangan anda?

Pokoknya, Singapura yang kerdil lagi tanpa hasil bumi, telah terbukti berperanan besar dalam dinamika ekonomi dunia.
Apakah rumus ini dapat diterapkan untuk kesusasteraan kita?
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.