ALAM MELAYU: Elak Jadi Nusa Ekabahasa
Anggaran Waktu Membaca:
Simposium Bahasa Ibunda ke-14 diadakan pada 1 Ogos 2026. (Gambar: Facebook/Desmond Lee)
SINGAPURA: Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan 2026 Perdana Menteri Lawrence Wong bukan sahaja menggariskan dasar dan perancangan nusa dalam menghadapi cabaran hari muka, bahkan penegasan tentang jati diri menerusi bahasa.
Mohd Raman Daud mencerakinkan ikatan nusa ini dengan pelbagai bahasa.
Memang fasih.
Begitulah penilaian seorang sahabat saya mengenai kelakonan tribahasa Perdana Menteri Keempat Singapura, Encik Lawrence Wong, 54 tahun, pada Rapat Umum Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Malah video beliau cukup popular di ruang maya.
Beliau bertutur lancar Bahasa Inggeris sebagai bahasa utamanya sejak di bangku sekolah, dan petah juga berbahasa Mandarin yang mencuit hati kalangan hadirin Cina.

Walaupun bukan keturunan Baba Peranakan (seperti PM Pengasas Lee Kuan Yew dan anaknya, PM Lee Hsien Loong) dan baru belajar Bahasa Melayu, sebutan Bahasa Kebangsaannya jelas dan tidak begitu pelat.
PRINSIP JELAS
Secara ringkas, PM Wong telah menegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (BK) dalam acara rasmi, menyanyikan ‘Majulah Singapura’ sehingga ‘bahasa perintah’ pasukan beruniform negara.
Sambil menjelaskan kehadiran Singapura (SG) di lautan berbahasa Melayu Asia Tenggara, beliau menggalakkan warga Singapura agar mempelajari BK. Seyogia cendekia ulung SG, Prof Kishore Mahbubani pernah menyeru peri pentingnya warga SG fasih BK sebagai antara ciri jati diri bangsa.

Berbahasa menunjukkan bangsa. Dalam konteks SG, PM Wong menegaskan peri penting menguasai lebih daripada satu bahasa. Cakap mudahnya, warga SG tidak wajar sekadar ekabahasa untuk menakat di persada antarabangsa.
Sambil menyebut perihal filem Teochew, ‘Dear You’ yang pecah panggung dan popular di sini, PM Wong juga mengumumkan kelonggaran untuk masyarakat majoriti Cina kembali berbahasa suku kaum atau dialek. Namun, beliau juga mengingatkan bahawa suasana Bahasa Inggeris yang dominan turut menjejas penggunaan Bahasa Mandarin di rumah.

Hakikat bahawa Mandarin berjaya diamalkan oleh masyarakat Cina di sini memanglah suatu pencapaian yang luar biasa. Ia bermula sejak teringat ‘Kempen Bertutur Mandarin' dan Kurangkan Dialek’ yang dilancarkan oleh PM Lee Kuan Yew pada 1979.
Pada mulanya dalam kalangan kaum majoriti Cina, kempen itu terasa meminggirkan bahasa nenek moyang mereka iaitu dialek seperti Hokien dan Kantonis. Bahkan, ada segelintir kaum Cina seperti Baba Peranakan (termasuk kawan-kawan sekerja saya di Times House) ketika itu yang berasa kekok sehingga mendorong mereka berhijrah sejauh Kanada dan Australia.
IMBANGI BAHASA DAN KAUM
Hakikatnya, soal bahasa memang amat peka hatta di pelosok dunia mana pun, apatah lagi di nusa kecil seperti Singapura. Ia pernah dan boleh dipolitikkan pada masa hadapan. Namun, sejauh ini cara pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) menanganinya memang unik iaitu antara mengambil kira kedudukan SG yang rentan di Alam Melayu, memelihara kerukunan atau harmoni antara kaum dan keperluan menakat dengan berjaya walaupun tanpa hasil bumi.

Dari aspek bahasa dan jati diri, PM Wong telah mengaitkannya pula dengan aspek rumus jaya kadar dan imbangan penduduk yang ada. Ia perlu terus dikekalkan, hujahnya. Ciri-ciri kebersamaan Singapura dapat dipelihara selagi ada anak jati (kelahiran) watan untuk meneruskan kesinambungan. Dan para penghijrah yang ingin menjadi warga SG perlu gigih dan jujur mendukungnya.
Itulah sebabnya dasar pemerintah menerima penghijrah dan menggalakkan kelahiran perlu diseimbangkan. Ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi satu proses berpanjangan sejak zaman pimpinan Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew sehingga seterusnya.
ASEAN DAN DUNIA
Di ASEAN dan dunia, Bahasa Inggeris tetap menjadi bahasa utama perhubungan. Pernah ada seruan agar ASEAN menggunakan Bahasa Melayu/Indonesia sebagai pengantar selain Bahasa Inggeris, namun ia hanya tinggal gagasan sahaja.

Dalam kalangan negara ASEAN, Inggeris menjadi kian dominan sehingga adakalanya membayangi bahasa kebangsaan negara masing-masing terutama di kota raya, menurut kajian seperti Pew International. Singapura, Filipina dan Malaysia dianggap negara ASEAN yang terbaik dari segi penggunaan Bahasa Inggeris.
Tinjauan menunjukkan bahawa dasar pragmatik Singapura tentang bahasa merupakan antara kekuatan daya saingnya. Bagi para pelabur antarabangsa pula, sikap pragmatik beginilah yang dianggap lebih utama daripada sikap kebangsaan melulu dalam menangani penggunaan bahasa.
Dengan kebangkitan China sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, Bahasa Mandarin menjadi kian penting. Malah kajian kebahasaan antarabangsa menunjukkan bahawa Mandarin merupakan bahasa kedua paling penting selepas Bahasa Inggeris.
Tidaklah hairan, sesetengah penduduk di benua Afrika, misalnya, gigih mempelajari Mandarin kerana China merupakan pelabur terbesar di rantau itu. Di Malaysia, kian ramai anak Melayu belajar di sekolah aliran Cina atas kesedaran untuk berjaya dalam bidang pekerjaan.
KEFASIHAN
Fasih beberapa bahasa, menurut kajian kesihatan, merancakkan akal dan membolehkan seseorang menguasai pelbagai ilmu. Waima pada zaman kecerdasan buatan (AI), penterjemahan semakin mudah - halakan telefon ke arah pembicara, terjemahan spontan boleh diperoleh walaupun ketepatan maksud atau nuansa mungkin timbul.

Demi penakatan, warga SG perlu menilai kepentingan berbahasa untuk hidup berjaya. Inilah pandangan pragmatik yang cuba digemakan PM Wong. Sebagaimana warga SG yang lain, orang Melayu misalnya, memang perlu memelihara bahasa ibundanya, tetapi perlu fasih Inggeris dan mungkin satu atau dua bahasa lain seperti Mandarin atau Arab (demi menghayati agama Islam).
Untuk dapat berbahasa dengan berkesan, suasananya perlu diwujudkan di tempat kerja (Inggeris), di rumah (bahasa ibunda) dan kumpulan tertentu (bahasa ketiga).
Ini tentulah memerlukan disiplin diri yang tinggi. Ia sukar tetapi alah bisa, tegal biasa. Contoh yang baik ialah para pelajar madrasah setempat yang berjaya menjadi pembahas/pemidato terbaik dalam Bahasa Arab di peringkat antarabangsa, tetapi mereka juga boleh berbahasa Melayu dan Inggeris.

Pokoknya, untuk jadi orang Singapura, rumus penakatannya ialah elakkan diri daripada menjadi insan yang hanya bergantung kepada satu bahasa sahaja (ekabahasa). Ingatlah naratif ‘Hikayat Hang Tuah’: bahawasanya Laksamana menguasai 12 bahasa!
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.