ALAM MELAYU: Dikir Barat Membangun, Masyarakat Berbudaya
Anggaran Waktu Membaca:
ALAM MELAYU: Dikir Barat builds a cultured society
- Dikir barat, which originated in Pattani-Kelantan and came to Singapore in the 1970s, is now part of the local Malay cultural heritage and continues to evolve creatively.
- This art form relies on teamwork, lyrics, powerful vocals, movements, traditional musical instruments, as well as the spontaneity of the Tukang Karut and Tok Juara.
- In Singapore, dikir barat is active in schools, colleges and IHLs, including at the Dikir Barat Festival at the Malay Heritage Centre on Jul 11.
- With the Malay language, low costs and moral values, dikir barat fosters identity, mutual cooperation and social awareness, while producing community cultural advocates.
- Dikir barat, berasal dari Pattani-Kelantan dan masuk ke Singapura pada 1970-an, kini menjadi warisan budaya Melayu setempat yang terus berubah secara kreatif.
- Seni ini bergantung pada kerja berkumpulan, lirik, vokal lantang, gerakan, alat muzik tradisional serta spontaniti Tukang Karut dan Tok Juara.
- Di Singapura, dikir barat aktif di sekolah, maktab dan IHL, termasuk Festival Dikir Barat di Pusat Warisan Melayu pada 11 Julai.
- Dengan bahasa Melayu, kos rendah dan nilai moral, dikir barat memupuk identiti, gotong-royong, kepedulian sosial serta melahirkan penggerak budaya masyarakat.
SINGAPURA: Pembangunan kesenian yang estetikanya ampuh dan menyeluruh akan menjadikan kegiatan dan produk seni itu sesuatu yang cemerlang, berguna dan hidup.
Seni yang hidup adalah seni yang boleh menggerakkan kita menjadi cergas dan bersemangat selain membolehkan kita menghargai warisan sejarah dan budaya, dan membaluti kita dengan rasa keriangan dan keindahan pada hal-hal yang estetik.
Seni harus dapat membangunkan keperibadian dan ikatan kemasyarakatan. Pastinya seni menjadi lambang identiti sesuatu kelompok atau masyarakat.
Asal-Muasal Dikir Barat
Dikir barat adalah persembahan kolektif rakyat yang berasal daripada daerah Pattani-Kelantan. Hari ini dikir barat adalah sebahagian daripada warisan budaya bagi masyarakat Melayu Singapura.

Dikir barat mula masuk ke Singapura pada tahun 1970-an, dan sejak itu ia berevolusi, malah berubah secara kreatif di republik ini.
Sebagai sebuah persembahan yang terpadu kolektif, baik dari tema mahupun struktur perkumpulannya, ia agak mudah terhimpun, tanpa ritual adat ataupun pantang larang itu dan ini. Menarik diperhatikan makna dikir barat itu sendiri:
“Perkataan dikir barat adalah hasil dari kombinasi dua perkataan, iaitu dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian karut itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun dan syair. Jadi dikir barat, dikir karut, dikir pantun dan dikir syair merujuk kepada perkara yang sama. Walau bagaimanapun, di Kelantan permainan ini lebih dikenali sebagai dikir barat dan di Pattani sebagai dikir karut.”
Dikir barat memerlukan gabungan kreatif penulis lirik, koreografi gerakan, dan suara vokal yang kuat dan lantang.
Setiap pemainnya mesti selesa bekerja dalam kumpulan. Kekentalan kumpulan inilah yang menentukan kepaduan suara dikir tersebut. Juga mesti ada kemampuan memainkan alat muzik tradisional yang akan melatari irama dikir tersebut.
Anggota kumpulan dikir barat sebenarnya diinisiasi dalam kegiatan kebudayaan, sehingga dalam kalangan anggota kumpulan dikir akan dipilih mana yang akan menjadi awak-awak, pemukul rebana dan marakas, dan pencanang gong, sedang yang lebih berpengalaman dan berbakat akan menjadi Tukang Karut dan Tok Juara.

Pada mulanya, lantunan dikir barat adalah sesuatu yang dekat dengan apa yang dilalui dalam masyarakat, selain meluahkan tanggapan dan respons mereka terhadap sesuatu perkara.
Dikir barat sering membawa suasana yang bertempik dengan suka ria, dan bergempita dengan sorak dan tepukan.
Sering kali ia melibatkan “kegegaran” semangat baik yang mempersembahkan, dan mereka yang menjadi khalayak.
Sebagai bentuk kesenian yang sudah mapan, dikir barat memiliki segi-segi berikut:
Pertama, ia harus disertai secara kolektif dalam aksi dan semangat. Ia bukan seni solo atau individualis. Kemampuan untuk bergerak dalam sesebuah kelompok menjadi penentu besar. Lantaran itu, perkumpulan ini menzahirkan sikap gotong-royong atau kesediaan “merewang”.
Kedua, kemampuan dan kebiasaan dalam dunia muzik Melayu tradisional, peka dengan rentak dan paluan Melayu, yang boleh sahaja terjelma daripada rentak asli, dangdut, hindustan, gambus dan lain-lain.

Termasuklah di sini kemampuan bernyanyi dengan lantang dengan gerakan dan tepukan mengikut dendang, bersamaan dengan stamina suara dan pergerakan.
Ketiga, spontan. Walaupun lirik dikir barat digubah dan disusun rentaknya, ia juga memerlukan kespontanan pihak Tukang Karut dan Tok Juara.

Bila mereka akrab berpantun dan bermadah secara spontan, ia akan menghidupkan persembahan itu. Tambah pula jika ia mampu bersenda gurau.
Keempat, sisi amatur. Dipakai istilah ini sebagaimana yang dikonsepsikan oleh Edward Said. Amatur yang dimaksudkan jangan disalahertikan sebagai setakat percubaan atau rendah kualiti.
Sisi amatur ini adalah keupayaan kreatif yang lebih anjal dan berani meneroka benda yang baharu. Malah ia tidak terikat dengan pola yang baku. Kemampuan untuk berubah dan mengolah inilah yang membuat bentuk persembahan ini dinamik, dan setiap satu kumpulan dikir barat akan berusaha untuk mencipta ciri dan daya mereka yang tersendiri.
Ini membawa kita kepada persoalan 'accessibility' -- akses yang membenarkan dikir barat boleh disertai sesiapa saja, asalkan ada minat, waktu, stamina berlatih dan membuat persembahan.
Menyertai kumpulan dikir barat memerlukan keakraban menjalin persahabatan. Inilah sisi seni dalam kebersamaan, bukan kerana sijil profesionalisme mahupun kelayakan. Asalkan berminat dan tekun dan sedia “bermain” itulah inti kepada dikir barat.

Berbudaya Dalam Cakerawala Bahasa
Satu daya tarikan dikir barat adalah persembahannya menggunakan Bahasa Melayu (BM).
Dalam konteks bahasa ibunda harus bersaing dengan budaya global dan budaya popular, kegiatan dikir barat yang memakai Bahasa Melayu, menjadikannya suatu upaya budaya yang unik.
Apabila menyertai sebuah kumpulan budaya seperti dikir barat, maka pemainnya semua akan menggunakan Bahasa Melayu. Dalam konteks Singapura, ini adalah kesempatan untuk menggunakan Bahasa Melayu atau bahasa ibunda.
Warisan seni yang terungkap dalam bahasa ibunda menjadi nilai tambah dan keistimewaan tersendiri. Perkara ini pernah diperhatikan oleh Prof Ghulam Sarwar, yang mengatakan bahawa pendedahan seni dan pelatihannya dalam bahasa ibunda akan membuat kita menghormati budaya kita sendiri.

Dikir Barat & KeSingapuraan
Hari ini kita patut berasa bangga bahawa kumpulan dikir barat terus subur dan bergerak aktif dalam kota yang kosmopolitan seperti Singapura.
Mungkin puluhan kumpulan dan ribuan pemain masih menjadi anggota kumpulan dikir barat.
Yang menarik di Singapura, dikir barat berkembang dalam kalangan anak muda yang masih bersekolah. Beberapa dekad yang lalu, dikir barat sangat disambut di peringkat maktab rendah sehinggakan dalam pertandingan tahunan.
Kini hampir setiap institut pengajian tinggi (IHL) memiliki kumpulan dikir barat masing-masing. Malah inilah platform seni budaya yang paling ramai melibatkan penyertaan para remaja Melayu di Singapura. Ini satu petanda baik.

Dari semasa ke semasa, pertandingan dikir barat diadakan dengan penyertaan dan persaingan yang sengit. Tahun ini, Festival Dikir Barat buat julung-julung kalinya diadakan di Pusat Warisan Melayu (MHC) yang berlangsung pada 11 Julai lalu.
Kerana para pelajar terlatih untuk mengurus perkumpulan dan mengadakan persembahan kepada awam, maka kumpulan dikir juga beradaptasi sehingga menjadi kumpulan seni yang cepat bergerak dan terus bersedia menyertai bermacam-macam program dan undangan.
Dinamika sosiobudaya di Singapura pastinya membuat persembahan dikir barat lebih pantas, padat dengan pesanan moral dan sosial berserta pengungkapan lirik yang berirama.
Malah di Singapura wujud kumpulan-kumpulan dikir barat yang disertai oleh remaja perempuan, sesuatu yang asalnya tidak pernah berlaku di Kelantan atau Pattani.

Tambah menarik, persembahan dikir barat sudah mula diikuti sebagai kegiatan oleh beberapa sekolah di Kepulauan Riau. Tertangga Indonesia yang terdekat ini, pastinya terilham dari penyiaran persembahan dikir barat dari stesen televisyen Singapura.
Inilah satu sisi menarik untuk menunjukkan bahawa suatu produk budaya boleh bergerak dalam orbit budaya yang lain.
Dikir Barat dan Norma Budaya
Sejak ia diperkenalkan pada tahun 1970-an, dikir barat mendapat sambutan hangat, dengan interaksi sosial di sekolah dan maktab. Dengan modal biaya yang agak rendah, ia menjadi pilihan utama untuk kegiatan bersifat kebudayaan.
Dikir barat adalah gema seni yang melantunkan cita-cita dan aspirasi masyarakat, menganjurkan ilmu dan pendidikan, menyerukan kepedulian moral, semangat gotong-royong, akur dengan ajaran agama serta halus dalam nafas berbudaya dan berseni.
Inilah juga yang terakam dalam ungkapan Melayu dengan nasihat jitu dan padu:
“Apabila hendak membuat lagu
Syarak dan adat tempat bertumpu
Isinya bagus iramanya merdu
Tidak membawa aib dan malu”
“Di dalam pantun ada penuntun
Di dalam syair ada buah fikir
Di dalam lagu ada ilmu
Dengan syarak harus sejudu
Dengan adat harus menyatu.”
Dikir barat memupuk tertib dan sifatnya yang mendidik dengan kata-kata yang terungkap indah, menjadikan ia suatu bentuk budaya yang selesa untuk pelbagai segmen dalam masyarakat Melayu.
Segala bentuk kebudayaan Melayu harus menepati atau tidak terkeluar daripada garisan norma dan estetika yang bermakna. Sebagaimana diujarkan dalam ungkapan lama:
“Apa tanda seni bermaruah
Isinya elok lahirnya indah.”
“Di dalam lagu ataupun tari
Sopannya nampak seninya tinggi.”
Hari ini dikir barat dipersembahkan dengan kemas dan indah, baik dari penampilan, gerakan, alunan dan paling penting lantunan lirik yang mesti bermakna dan menjiwa. Sebagai suatu upaya budaya, dikir barat menampilkan apa yang boleh disebut sebagai “indah dan endah.”
Dengan dikir barat, kita berbudaya, kita menghargai keindahan, kita juga endah akan persekitaran kita. Dikir barat menjanakan keindahan dan kepedulian.
Dikir Barat Membangun Budaya
Dalam dimensi sosiologi, unsur-unsur yang terdapat dalam masyarakat akan membentuk dan mempengaruhi fenomena kebudayaan. Namun demikian, praktik kebudayaan juga boleh mempengaruhi dan membawa kesan kepada ahli masyarakat itu sendiri.
Inilah sisi dikir barat yang menyumbang kepada kesedaran, kemahiran dan keasyikan pada hal-hal kesenian dan kebudayaan.
Pesanan dan nasihat yang terkandung inilah yang sewajarnya menjana idea, empati dan imaginasi.
Dalam konteks ini, dikir barat sebagai bentuk kesenian, yang pada anggotanya harus terus menguat dan memberikan pengalaman luas - mungkin dapat terlahir sekumpulan pekerja budaya yang sangat penting dalam menggerakkan perubahan transformatif dalam masyarakat.

Sebenarnya inilah yang dapat kita lihat daripada sejumlah pemimpin kumpulan dikir barat yang hari ini tampil sebagai orang kuat di banyak pertubuhan budaya dan kemasyarakatan.
Inilah berkat daripada kehidupan berbudaya secara kolektif, berseni dan bertaut dengan warisan dan kemodenan hari ini.
MENGENAI PENULIS

Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura. Dr Azhar juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Warisan Melayu.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.