ALAM MELAYU: Beraya. Busana. Berbudaya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pakaian tradisional Melayu masih lagi menyerikan suasana hari perayaan.
Apakah rahsianya? Mohd Raman Daud menyelongkar syarat dan lambangnya.
Macam tak beraya tanpa Baju Melayu (BM) bagi lelaki dan Baju Kurung (BK) atau kebaya bagi wanita.
Begitulah tanggapan kawan-kawan sebaya saya yang berusia senja atau sudah berpangkat ‘datuk’. Mereka sudah melalui zaman seluar ketat batang paip (1960-an) zaman Pop Yeh Yeh, berambut panjang dengan jeans dan kemeja-t (zaman Hippie), zaman seluar batang loceng (bell bottom) tetapi akhirnya kembali mengagumi baju kurung.
Tapi bagaimana dengan anak muda hari ini?
Melihat pada penjualan pakaian Melayu warisan atau tradisional di bazar atau media sosial, tampaknya generasi muda kita pun tidak ketinggalan. Lega di hati.
Ini menunjukkan di sebalik suasana binaan pencakar langit dan kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI), warisan Melayu di Singapura (SG) masih terpelihara. Hal ini wajar dibanggakan.
Namun tunggu dahulu – diharap ada kumpulan pakar di Taman Warisan Melayu (TWM), Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) atau salah satu daripada tiga Jabatan Pengajian Melayu iaitu di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dapat mengesahkan tanggapan ini secara saintifik menerusi tinjauan dan sebagainya.
JATI DIRI
Pakaian tradisional Melayu bukan sekadar fesyen. Ia melambangkan jati diri dan kesantunan budaya. Demikian pendapat cendekia tersohor dari Johor, Mejar Mohd Said Sulaiman (1876 - 1955, foto) dalam buku ‘Pakai Patut Melayu’ (UKM, 2008).

Menurut Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (1924 - 2016) yang pernah menemui tokoh ini dalam sebuah majlis di Restoran Islamic pada awal 1950-an: “Beliau bertugas dengan Askar Timbalan Johor dan memang prolifik sebagai pendukung Pakatan Belajar dan Mengajar Bahasa Melayu.
Badan ini dinaungi keluarga diraja Johor dan telah menghasilkan pelbagai buku termasuk kamus. Antara istilah ciptaannya ialah ‘setiausaha’ untuk terjemahan ‘secretary’.”
Konsep dan sejarah pakaian warisan Melayu turut dikaji Puan Azah Aziz (1928 - 2012) lewat bukunya, ‘Rupa dan Gaya’ (2006); Salikin Sidek, ‘Busana Pengantin Melayu Tradisional (2011); Dr Siti Zainon Ismail, ‘Pakaian Cara Melayu, (2009) dan Zubaidah Shawal, ‘Busana Melayu’ (1994).
EVOLUSI BAJU KURUNG
Asalnya, orang Melayu, baik lelaki dan perempuan lebih sering memakai ‘sarung’ untuk menutup bahagian pusat hingga ke lutut atau buku lali (lelaki) dan dari dada hingga ke kaki (perempuan). Ini memandangkan cuaca panas dan lembab di rantau Asia Tenggara.
Jadi, bagaimana muncul baju kurung (BK)?
Menurut para pakar, BK telah melalui perjalanan panjang dari zaman bersarung sahaja, zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15M sehingga keluarga diraja Johor-Riau. Dr MAS akur akan hal ini.
Asal Usul Diraja: Pada asalnya, BK dipopularkan oleh Tun Hassan, temenggung (ketua pengawal keselamatan) di Melaka. Sultan Mansur Shah pada waktu itu menitahkan agar wanita Melayu memakai pakaian yang lebih sopan (menutup dada), berbanding hanya berkemban dengan kain sarung. Hal ini dicatatkan dalam ‘Sulalatus Salatin’ @ 'Sejarah Melayu' susunan Tun Seri Lanang (1565 - 1659).
Namun BK juga menyerap pengaruh sejagat iaitu unsur-unsur desain dari China, India, dan Timur Tengah. Dikatakan gaya potongan longgar BK itu menyerupai ‘djallabiyah’ dari Mesir.
BK memakai gaya Teluk Belanga (1866) atas arahan Sultan Abu Bakar (1833 - 1895), penguasa Johor yang istananya pernah di Singapura. Ciri utamanya ialah leher bulat tanpa kolar dengan satu butir kancing (lambang: Tuhan Maha Esa) sebagai paparan jati diri Johor-Riau.

Kemudian BK mengambil gaya cekak musang (kolar Mandarin/Cina) iaitu kolar tegak dengan lima lubang butang, yang secara simboliknya sering dikaitkan dengan lima Rukun Islam.
Evolusi moden ke atas BK bermula pada tahun 1970-an. Daripada sekadar fabrik kapas, BK mula menggunakan Swiss voile.
Selanjutnya muncul gaya ‘kurung moden’ pada dekad 1980-an dan 1990-an yang mempunyai potongan mengikut bentuk badan (dart), lengan loceng, dan hiasan manik.
BK untuk lelaki lazimnya dipanggil ‘Baju Melayu’. Tetapi kekal nama ‘Baju Kurung’ untuk wanita. Secara amnya, lelaki memakai BK sebagai baju atas dengan seluar manakala wanita memadankannya dengan sarung.
Ada pendapat bahawa BK berasal dari Sumatra Barat, Sulawesi Selatan, Maluku dan Pulau Sangir.
KONSEP KURUNG
Budayawan besar Riau, Dr Tenas Effendy (1936 - 2015), berpendapat konsep ‘kurung’ bermakna dikawal adat nan kawi iaitu adat bersendikan Syarak iaitu menutup aurat – menutup bahagian badan yang ‘haram’ (larangan) dipandang. Ia mesti longgar (tanpa menonjolkan bentuk badan) dan tidak jarang. Inilah susila berpakaian Islam.

Menurut Dr Tenas, BK biasa terdiri daripada kemeja longgar dengan garis leher bulat, walaupun terdapat varian yang didatangkan dengan kolar. Pakaian ini biasanya dipakai sebagai baju atasan di atas sarung (untuk wanita) atau seluar (untuk lelaki). Kadangkala, lelaki juga memakai baju kurung di atas sarung.
Menurut para sarjana, BK lelaki lazimnya hanya tiga saku sahaja – kocek atas melambangkan Tauhid (Keesaan Tuhan) dan dua kocek di bawah ialah Fikah (kanan) dan Tasauf (kiri) iaitu tiga bidang yang perlu dipelajari setiap Muslim sebagai teras jati diri agamanya.
BK sering dipakai ke majlis rasmi, termasuk solat (terutama Jumaat atau Hari Raya) di masjid. BK untuk rasmi-rasmian diperbuat daripada kain mahal seperti sutera atau broked untuk wanita atau satin untuk lelaki. Sementara BK sebagai pakaian seharian diperbuat daripada kapas.
Untuk majlis formal, BK digandingkan dengan sarung yang diperbuat daripada bahan yang serupa untuk memastikan warna dan corak yang sepadan.
Bagi wanita Melayu, BK lazimnya digandingkan dengan sarung lebar yang sampai ke buku lali, manakala bahagian atasnya sendiri mempunyai lengan panjang yang hanya menampakkan tangan pemakai. Ini selaras dengan kod berpakaian Islam, yang mewajibkan wanita Islam menutup aurat mereka, atau bahagian badan yang tidak boleh dilihat di khalayak ramai.

PERIBADI PEMAKAI
Kain Melayu terdiri daripada badan, pengapit kepala dan kaki kain. Menurut Dr Tenas:
Khusus songket lelaki, menurut Dr Tenas, lelaki bujang memakai songket di atas lutut tetapi lelaki sudah berkahwin memakainya di bawah lutut.
Demikianlah indahnya perihal Baju Melayu/Baju Kurung. Jika ertinya diserap dan diamalkan generasi muda Melayu, warisan ini dapat kekal zaman berzaman.

- Jika kepala kain dipakai di belakang (punggung) bermakna pemakainya SUDAH BERKAHWIN.
- Jika kepala kain di depan, bermakna pemakai itu JANDA.
- Jika kepala kain di bahagian kiri atau kanan, bermakna pemakainya itu DARA atau TERUNA.
- Jika samping dipakai di atas lutut bererti masih bujang dan di bawah lutut, bererti sudah berumah tangga.
Khusus songket lelaki, menurut Dr Tenas, lelaki bujang memakai songket di atas lutut tetapi lelaki sudah berkahwin memakainya di bawah lutut.
Demikianlah indahnya perihal Baju Melayu/Baju Kurung. Jika ertinya diserap dan diamalkan generasi muda Melayu, warisan ini dapat kekal zaman berzaman.
Selamat berbusana warisan demi Hari Raya!
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984 - 2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980 - 1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.