ALAM MELAYU: Ayuh Segarkan ASAS’50
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ketika watan ini menyambut SG60 tahun lalu, Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS’50) berusia tiga suku abad. Baru-baru ini, ketika menyambut ulang tahun ke-75, terpapar senario agar badan warisan watan ini segera menyerap tenaga muda.
Suasana di ruang POD aras 16 Bangunan Perpustakaan Negara (NLB) ketika menyambut 75 tahun usia Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS’50) pada pagi Sabtu, 10 Januari lalu, terasa amat sederhana, nostalgik dengan paparan slaid zaman lalu dan para tokoh yang telah berpulang.
Ia serentak dengan pelancaran antologi puisi-cerpen 245 halaman, ‘Aksara Tinta’ yang menghimpunkan karya 38 penulis. Atur cara menampilkan ucapan Ketua I, Suraidi Sipan, 75 tahun, yang antara lain mengumumkan kembalinya majalah ‘Sasterawan’ selepas lama menghilang. Ini diikuti ulasan penyelaras antologi, Abdul Samat Ali dan lantunan puisi. Bermula pukul 10.20 pagi dan tamat sekitar 11.40 pagi.

Tiada tetamu kehormat bagi majlis yang dihadiri lebih 30 tetamu itu. Terasa aneh. Padahal ASAS’50 turut disebut dalam ucapan mercu Perdana Menteri Lee Hsien Long ketika meraikan Dwiabad Singapura (SG), 1819-2019 (pada 28 Jan 2019) sebagai antara badan warisan yang penting. Mengapa?
QUO VADIS
Ungkapan Latin ‘quo vadis’ sering digunakan media setempat pada 1960-an dan 1970-an. Maknanya dalam konteks media ialah ‘pergi ke mana’ atau ‘ke arah mana?’ sesebuah gerakan – dari politik sehingga kemasyarakatan.
ASAS’50 adalah antara badan penulis langka di Dunia Melayu. Selepas pembentukannya pada 6 Ogos 1950, berderetan muncul badan persuratan di Semenanjung Malaysia sehingga Borneo (termasuk Brunei).
Dalam suasana bergelora dekad 1950-an atau selepas Perang Dunia II, ASAS’50 telah menggemakan pembelaan ke atas rakyat, terutama yang miskin, dalam rangka menuntut kemerdekaan daripada penjajah; membela hak penulis dari segi penerbitan dan bersuara menerusi pena yang tajam tentang isu-isu masyarakat.
Sejarah ASAS’50 sudah terakam tetapi belum lengkap perinciannya. Ini termasuklah dalam catatan tesis-tesis yang belum terbit, buku persuratan, jurnal sehingga laman Internet. Namun, terdapat juga catatan ‘simpang-perinang’ (menukil sasterawan Harun Aminurashid, 1907-1986), misalnya yang menyatakan ASAS’50 kononnya ditubuhkan di Kuala Lumpur!

Padahal, atas visi dan usaha gigih Cikgu Muhammad Ariff Ahmad (@ MAS, 1924-2016) bersama para penulis Singapura, termasuk Cikgu Masuri Salikun (@ Masuri SN, 1926-2005) dan Abdul Majid Hussin (@ Hamzah Hussin, 1927-2007), maka Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS’50) didirikan di laman rumah sewa MAS di 24-H Henderson Road (Kampung Tiung).
Ketika itu, 19 ahli pendirinya.
Sejak itu, nama ASAS’50 mengharum terutama berikutan polemik sengit mengenai permutu (kini disebut ‘cogan kata’ atau slogan) yang dianggap ideologi (fahaman) antara ‘Seni Untuk Masyarakat’ (SUM) yang dicetuskan Asraf Hj Abdul Wahab, wartawan ‘Utusan Melayu’ berdepan dengan ‘Seni Untuk Seni’ (SUS) oleh Hamzah Hussin, wartawan ‘Melayu Raya’.
MENGHARUM
Selaku Ketua I, MAS telah memutuskan agar ASAS’50 menerima SUM sebagai seruannya yang lantang di pelbagai pelantar (platform) di Radio Malaya, akhbar dan majalah, persembahan pentas sehingga tiga Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (1952 di Singapura; 1954 di Seremban, dan 1956 di SG dan Johor Bahru).
Walaupun kecil dari segi anggota dan sering kesempitan, ASAS’50 tabah menyuarakan tuntutan dan nasihat, termasuk memorandum kepada pemerintah. Ia dipercayai kerana para penggeraknya mengharum sebagai tokoh masyarakat sehingga dianugerahi gelaran ‘doktor persuratan kehormat’ seperti Dr MAS, Dr Masuri sehingga Dr Usman Awang (Tongkat Warrant, tokoh Malaysia; bukan ahli pendiri tetapi ahli ASAS’50 yang dihormati).
Sesudah SG merdeka pada 1965, ASAS’50 terpukul dek kesan ‘balik kampung’ kalangan ahli kuatnya yang berasal dari Semenanjung.
Namun ia tetap menakat menerusi pembaharuan seperti Perkampungan Sastera 1973 yang mencetuskan gagasan pengiktirafan penulis menerusi ‘Hadiah Sastera’.
Malah demi ‘mengembalikan’ suasana muhibah serantau menerusi sastera, ia telah merintis Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) pada 1977. Sejak itu, PSN diadakan menurut giliran negara setiap dua tahun di rantau ini. Seyogia, istilah ‘Nusantara’ ketika itu dinilai amat peka dek kesan Konfrontasi (1963-1966) yang dicetuskan Presiden Sukarno dari Indonesia.
PENA MUDA
Pada majlis tadi, ketika para ahli jawatankuasa kerja (JKK) ASAS’50 bergambar, terpapar hakikat peri perlu kehadiran pimpinan muda menerajui badan yang sudah berbakti besar kepada watan ini.
Saya teringat pada 1999, Prof Vladimir I. Braginsky (1945-2024), ketua Jabatan Melayu Sekolah Pengajian Afrika dan Ketimuran Universiti London, sedang ziarah di kawasan Kampong Gelam. Untuk persiapan Dialog Selatan, Cikgu Ariff dan Cikgu Masuri dan beberapa ahli JKK ASAS’50 berlegar menanti masa untuk bermesyuarat di bilik bangunan sisi Masjid Sultan. Saya menyapa beliau dan memperkenalkan rakan-rakan. Beliau sempat bersama kami untuk beramah-tamah.
Katanya: “Bagus, ASAS’50 masih aktif lagi. Saya ingat Ariff dan Masuri sudah tiada lagi,” berderai tawa kami.
Para ahli JKK ASAS’50 kini pimpinan Ketua Satu, Suraidi Sipan (duduk kedua dari kanan) yang purata usia lewat 60-an tahun.

Hakikatnya, ASAS’50 pernah beberapa kali menyerap ‘darah muda’ termasuk daripada kumpulan penulis yang aktif tetapi tidak berdaftar seperti PASS dan Gelorasa pada awal 1970-an sehingga Kupuja (pada 1980-an).
Hanya sebuah badan penulis muda yang kekal hingga kini iaitu KAMUS (Kumpulan Angkatan Muda Sastera) yang ditubuhkan pada 1990-an tetapi juga mengalami masalah menarik ahli muda.
Memang terdapat kritikan pedas seperti menuduh pimpinan ‘orang lama’ ASAS’50 enggan melepaskan jawatan dan sebagainya. Hal ini pernah dinyatakan oleh MAS sebagai tidak berasas kerana “tiada yang kekal di dalam dunia” dan peri perlunya ‘patah tumbuh, hilang berganti’.
Pernah pada suatu ketika, ASAS’50 diterajui Cikgu (kini Dr) Mohd Pitchay Gani Mohd Abdul Aziz bersama beberapa rakan mudanya. Namun pimpinan mereka tidak bertahan lama. Juru selamat ASAS’50 dari zaman peralihan Cikgu Ariff kepada Cikgu Suratman Markasan (1930-2024) dan sehingga kini ialah guru pesara Abdul Samat Ali, 77 tahun, yang sering menggagahi diri walaupun sakit-sakitan. Beliau pernah meluahkan hasrat agar ada yang sanggup menggantikannya.

Sejak dahulu, orang Melayu kita memang cenderung berpersatuan. Daripada sekitar 200 badan Melayu yang ingin menjadi kerabat ketika penubuhan badan induk, Majlis Pusat (MP) Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu pada 1969, hanya 40 diterima kerana sudah berdaftar. Mereka itu termasuklah ASAS’50. Kini jumlahnya tinggal hitungan jari. MP pula bubar dek saman pada 2024.
Makalah ini sekadar suatu peringatan bahawa untuk mengekalkan lejangan kemajuan watan ini, termasuk dalam bidang persuratannya, peremajaan amat perlu demi kelanjutan bermakna. Jelaslah, gerakan sukarela pertubuhan akar umbi seperti ASAS’50 masih perlu disegarkan dan disuburkan secara profesional. Dalam zaman teknologi canggih, proses ini tidak boleh digantikan dengan robot sekalipun.
MENGENAI PENULIS

Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.