ALAM MELAYU: Amalan Puasa Rentas Kemanusiaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ramadan menjelang dan sorotan dunia kembali kepada umat Islam selaku antara pengamal terbesar puasa wajib. Mohd Raman Daud menyingkap perihal puasa antara insan.
Umat Islam sedunia kembali berpuasa pada Ramadan ini selazimnya sejak lebih 1,400 tahun lalu (bermula tahun Hijriah kedua atau 624M).

Kebesaran Ramadan terpapar sebagai satu-satunya bulan disebut khusus dalam Quran yang juga menceritakan bahawa puasa turut diamalkan oleh umat-umat terdahulu. Hal ini terbukti benar dalam catatan tamadun manusia dalam kajian para sejarawan ternama termasuk Arnold Toynbee (1889-1975).
TAKRIF
Puasa adalah amalan menahan atau membatasi diri, seperti daripada makan minum, mengawal nafsu seperti hubungan seks sehingga perilaku. Namun, puasa boleh bermotif agama, budaya, kesihatan (demi ambil darah dan sebagainya) dan kesamarataan (merasai derita mereka yang miskin lagi lapar) sehinggalah politik (berlapar untuk protes aman ‘satyagraha’ oleh Mahatma Gandhi, ‘bapa India merdeka’).
Dalam Alam Melayu, memang terdapat amalan ‘puasa’ sejak zaman animisme sehingga masuknya agama Hindu, Buddha, Islam dan lain-lain ke rantau ini. Begitu dapatan alim besar, Prof Hamka (nama penuh Haji Abdul Malik Karim Amrullah, 1908 - 1981).

Kalangan kita mungkin terfikir ‘puas’ (memenuhi keinginan) lawannya ‘puasa’. Rupa-rupanya tidak. ‘Puas’ dari kosa kata Melayu. Tapi, ‘puasa’ dari bahasa Sanskerta iaitu ‘upa’ + ‘wasa’ (juga dieja ‘upavasa’) iaitu ‘upa’ bermakna berdiam/menahan diri daripada kenikmatan duniawi. Tujuan utamanya: membina rohani dengan mengawal nafsu demi mencapai ‘wasa’ iaitu mendekatkan diri kepada ‘Yang Maha Kuasa atau Yang Maha Agung’.
Baik ‘Kamus Dewan’ mahupun ‘Kamus Besar Bahasa Indonesia’, puasa diberi dua jalur makna iaitu pertama, menahan diri daripada nikmat dunia; dan kedua, sebagai amalan agama (Islam).

Puasa juga dikaitkan dengan amalan ‘bertapa’ iaitu berdiam sendirian sambil melaksana pelbagai amalan rohani di tempat terpencil seperti gua dan hutan demi akrab kepada Tuhan. Kononnya, petapa (pengamal ‘tapa’) dikatakan memiliki ilmu ‘ghaib’ atau sakti iaitu dapat melihat di luar kuasa mata manusia biasa dan boleh menyembuhkan pesakit.
UMAT TERDAHULU
Islam pernah dianggap ‘agama baharu’ kerana sebelumnya sudah ada umat-umat terdahulu. Antara lain, umat Yahudi berpuasa di Yom Kippur, yang merupakan hari kesepuluh dari bulan ketujuh dalam kalendar Yahudi untuk selama 25 jam berterusan, dimulai sebelum suria terbenam. Dalam puasa ini, mereka tidak makan, minum, bekerja, memandu kenderaan, berbelanja, dan menghindari kesenangan zahir. Selama tempoh itu, hidup akan diisi dengan beribadah.
Bagi umat Nasrani atau Kristian pula, terdapat puasa Lent pada Jumaat Agung (Good Friday) iaitu detik peringatan wafatnya Jesus. Kristian Orthodoks Yunani (Greece) melakukan puasa 40 hari sebelum Natal (Hari Krismas) dan 48 hari sebelum Paskah (Easter Day). Puasa ini dilakukan dengan menahan diri dari makanan tertentu, seperti telur, daging, dan alkohol. Ada lagi pula, puasa Daniel dilakukan kalangan umat Kristian iaitu amalan puasa tidak makan daging tetapi vegan iaitu sayuran, buah, gandum, dan biji-bijian – lazimnya dilakukan sepanjang 21 hari selama setahun.
Dalam tradisi Buddha, puasa dipanggil ”Vassa” yang biasanya diamalkan para sami. Secara umum, umat Buddha ‘berpuasa’ sepanjang tahun dalam mengelakkan pemakanan seperti daging, keju, susu, dan alkohol. Namun, ada beberapa perbezaan dalam berbagai tradisi agama Buddha. Theravada berpuasa tiga bulan (12 jam sehari) pada musim hujan. Vajrayana di Tibet melakukan puasa selama dua hari penuh sebagai sebahagian daripada perayaan Nyungne. Pada saat berpuasa, pelakunya bahkan dilarang berbicara (rujuk Huston Smith, ‘The World’s Religions’).
Dalam Hindu, puasa atau upawassa dilakukan pada hari-hari besar tertentu, seperti Maha-Shivaratri dan puasa sembilan hari pada festival Navaratri. Puasa pada Shivaratri juga diamalkan di Bali iaitu amalan tanpa makan dan minum dimulai sejak suria terbit sampai terbenam. Pada Hari Nyepi, umat Hindu Bali juga berpuasa sejak fajar hingga fajar berikutnya.
PENCERAHAN ISLAM
Dalam Islam, selain puasa ‘fardu’ (wajib) dalam Ramadan untuk orang Islam yang berupaya, juga terdapat puasa sunnat di luar bulan Ramadan demi meraih kesolehan atau mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam bahasa Quran, matlamat puasa agar pelakunya mencapai darjat takwa atau menjadi muttaqin (Quran 2:183) iaitu menjadi insan yang patuh pada hukum agama dan kemanusiaan demi meraih kebenaran dan kebaikan bersama. Demikian huraian Prof M Quraish Shihab yang dipetik oleh NU Online.
Menurut Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (Dr MAS, 1924 - 2016), memang ada amalan puasa tertentu dalam Alam Melayu dalam rangka mensucikan atau memperbaiki atau mempertingkat diri. Contohnya, dalam ‘Hikayat Hang Tuah’, sebuah epik yang dikarang dalam abad ke-16M sesudah kejatuhan Kesultanan Melaka, terpapar cerita Adiputera, seorang petapa yang mengajarkan pelbagai disiplin ‘kawal diri’ kepada Hang Tuah dan empat sahabatnya yang kemudian menjadi hulubalang Melaka.
Misalnya di Jawa, menurut sarjana Amerika, Clifford Geertz (‘The Religion of Java’, 1964), puasa merupakan upacara atau ritual yang banyak dilakukan masyarakat dari pelbagai tingkat atau darjat demi tujuan ‘bina semangat’ untuk kekuatan dan keamatan (intensiti) rohani. Melalui ritual puasa, seseorang dikatakan dapat meningkatkan kesaktian atau kekuatan jiwa (spiritual). Para raja Jawa dilaporkan mengamalkan puasa yang amat tertib lagi mencabar seperti patigeni iaitu berbuka dengan minum air dari batang pohon, bersendirian dan senantiasa beribadah.

Saya masih teringat akan wawancara saya dengan almarhum Hj Buang Masadin, presiden Persatuan Bawean Singapura, yang merupakan antara segelintir pengamal puasa patigeni (dari bahasa Jawa bermakna: memadamkan api iaitu nafsu) di sini. Beliau telah melakukannya sebagai sebahagian ketertibannya selaku ‘pengubat’ rohani. Flatnya di Potong Pasir dikunjungi pesakit dari pelbagai kaum.
Jelas Dr MAS, Islam telah mencerahkan apa yang benar (haq) dan tidak benar (bathil) dalam amalan budaya rumpun Melayu. Pesannya:
“Maka itu, kalangan orang Melayu yang cenderung kepada amalan kerohanian, menilai puasa sebagai suatu basahan hidup. Bukan sahaja dalam Ramadan, mereka juga sering berpuasa asal ada kesempatan agar sihat zahir dan batin. Namun, lakukan berpada-pada supaya seimbang dalam hidup demi kebahagiaan dunia dan akhirat.”

Selamat menunaikan puasa dalam Ramadan!
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Mohd Raman Daud ialah mantan wartawan kanan Berita Harian (1984-2016), mantan penulis tetap skrip drama televisyen Perbadanan Penyiaran Singapura (1980-1984), pengarang, aktivis masyarakat, editor sejumlah buku termasuk adikarya Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad, NILAM. Beliau juga antara anggota pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Setiausaha Jawatankuasa Dana MAS @ LBKM
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.