Skip to main content

Iklan

Iklan

Kit ujian COVID-19 Duke-NUS pertama seumpamanya dapat kelulusan FDA AS

Ia boleh membantu menilai vaksin-vaksin yang berpotensi, meningkatkan proses mengesan kontak dan menilai penularan COVID-19 dalam kalangan penduduk. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kit ujian COVID-19 Duke-NUS pertama seumpamanya dapat kelulusan FDA AS

Gambar fail Universiti Nasional Singapura.

Diterbitkan : 09 Nov 2020 10:33PM Dikemas Kini : 09 Nov 2020 10:35PM

SINGAPURA: Sebuah kit ujian COVID-19 yang dihasilkan di Singapura boleh mengesan sama ada seseorang itu pernah dijangkiti COVID-19.

Kit itu juga menjadi yang pertama seumpamanya diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).

FDA memberikan kebenaran untuk menggunakan kit ujian itu yang dinamakan sebagai cPass.

Menurut FDA, keupayaan kit ujian tersebut untuk mengesan antibodi boleh membantu penyelidik mendapatkan maklumat tentang kesannya terhadap pesakit.

Kit ujian itu dihasilkan Sekolah Perubatan Duke-NUS dan sudah diberikan kebenaran awal Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk digunakan.

Ia boleh membantu menilai vaksin-vaksin yang berpotensi, meningkatkan proses mengesan kontak dan menilai penularan COVID-19 dalam kalangan penduduk.  

Sumber : CNA/NF/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan