KILASAN:Dr Balakrishnan akan sampaikan Kenyataan SG di Perhimpunan Agung PBB pada 27 Sep; Palang Merah SG hulur dana S$1.2 juta bagi pelarian Palestin di Mesir; Jumlah peserta Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran cecah paras rekod tahun ini sejak 1968
Dr Vivian Balakrishnan berucap di UNGA 2023. (Gambar fail: Mediacorp)
3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN
Dr Balakrishnan akan sampaikan Kenyataan SG di Perhimpunan Agung PBB ke-80
Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan menyampaikan kenyataan Singapura di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu (27 Sep). Badan antarabangsa itu akan mengadakan rundingan peringkat tinggi selama seminggu mulai Isnin (22 September).
Palang Merah SG hulur dana S$1.2 juta bagi pelarian Palestin di Mesir
Palang Merah Singapura (SRC) menyalurkan dana hampir S$1.2 juta kepada Bulan Sabit Merah Mesir, iaitu bantuan yang ditujukan bagi pelaran Palestin di Mesir.
Jumlah peserta Majlis Tilawah dan Tahfiz Al-Quran cecah paras rekod tahun ini sejak 1968
Bilangan peserta yang menyertai Majlis Tilawah, Tahfiz, Tadabbur Al-Quran (MTTTQ) mencatatkan jumlah rekod tahun ini. Jumlah tersebut naik sebanyak 60 peratus bagi kategori Tahfiz dan 20 peratus untuk kategori Tilawah berbanding tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.