Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Undang-undang baru beri Polis SG lebih kuasa dakwa keldai wang dan penjual butiran Singpass; HDB perhalusi proses beli rumah & agih geran; Pendekatan dakwah perlu diperhalusi bagi tangani cabaran rumit masa kini

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Undang-undang baru beri Polis SG lebih kuasa dakwa keldai wang dan penjual butiran Singpass; HDB perhalusi proses beli rumah & agih geran; Pendekatan dakwah perlu diperhalusi bagi tangani cabaran rumit masa kini

Gambar: CNA/Aqil Haziq Mahmud

Diterbitkan : 09 May 2023 07:38PM

3 Berita Paling Mendapat Perhatian:

Polis kini boleh dakwa keldai wang, individu jual maklumat Singpass kepada penipu

Related article image
Gambar: CNA/Aqil Haziq Mahmud

Pengguna Singpass yang mendedahkan maklumat log masuk Singpass mereka akan dianggap melanggar undang-undang jika mereka menerima sebarang keuntungan daripada perbuatan itu; tahu pendedahan tersebut mungkin akan menyebabkan kerugian yang salah terhadap seseorang; atau tidak mengambil "langkah yang munasabah" untuk mengetahui identiti dan lokasi fizikal orang yang diberikan maklumat tersebut.
 

KLIK UNTUK BERITA PENUH

HDB perhalusi proses beli rumah; pengagihan geran, penilaian pendapatan diselaras

Related article image
(Gambar fail: Gaya Chandramohan/CNA)

Pendapatan pemohon flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dinilai dalam tempoh 12 bulan dan bukan 3 atau 6 bulan lagi; geran perumahan akan dikongsi antara pemohon dan penghuni seisi rumah, tidak kira sama ada mereka merupakan rakyat SG atau Penduduk Tetap (PR).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Pendekatan dakwah perlu diperhalusi di tengah pelbagai cabaran rumit masa kini

Related article image
Gambar: MUIS

Keterbatasan pemahaman yang gagal menilai keterikatan isu atau realiti semasa akan menyebabkan kepincangan dalam menghidupkan ajaran agama. Lantaran itu, peranan asatizah semakin genting dalam keadaan masa kini yang semakin mencabar dan rumit dan peranan itu hanya dapat dijayakan dengan baik jika asatizah terus membina kekuatan rohani dan membangunkan keupayaan intelek dan pemikiran, kata Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita