Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Trump keluarkan kata akhir kepada Iran, terima perjanjian tamatkan perang atau hadapi serangan lebih hebat; Iran teliti cadangan damai Amerika bagi tamatkan perang; Parlimen lulus usulan SG tidak seharusnya alami pertumbuhan tanpa pekerjaan

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Trump keluarkan kata akhir kepada Iran, terima perjanjian tamatkan perang atau hadapi serangan lebih hebat; Iran teliti cadangan damai Amerika bagi tamatkan perang; Parlimen lulus usulan SG tidak seharusnya alami pertumbuhan tanpa pekerjaan

Presiden Donald Trump. (Gambar: AP/Jacquelyn Martin)

3 Berita Paling Mendapat Perhatian

Trump beri kata akhir kepada Iran untuk terima perjanjian atau berdepan pengeboman lebih dahsyat

Related article image
Presiden Donald Trump. (Gambar: AP/Jacquelyn Martin)

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (6 Mei) mengeluarkan kata akhir kepada Iran supaya menerima perjanjian bagi menamatkan peperangan atau berdepan semula dengan serangan bom yang lebih hebat dari Amerika Syarikat.

"Jika Iran bersetuju dengan apa yang ditetapkan, maka kempen ketenteraan 'Epic Fury' akan berakhir," tulis Encik Trump di platform Truth Social miliknya.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Iran teliti cadangan damai Amerika untuk tamatkan perang, namun tuntutan utama masih belum selesai

Related article image
Peta menunjukkan Selat Hormuz. (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Iran menyatakan pada Rabu (6 Mei) bahawa mereka sedang meneliti cadangan damai daripada Amerika Syarikat.

Menurut beberapa sumber, cadangan itu bertujuan menamatkan peperangan secara rasmi, walaupun isu-isu utama seperti program nuklear Iran dan pembukaan semula Selat Hormuz masih belum selesai.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Parlimen sebulat suara sokong usul SG tidak harus alami pertumbuhan tanpa pekerjaan di tengah peralihan AI

Related article image
Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo

Parlimen sebulat suara meluluskan usulan pada Rabu (6 Mei) yang menegaskan bahawa Singapura tidak seharusnya mengalami pertumbuhan tanpa pekerjaan dalam peralihan kecerdasan buatan (AI), dengan ketua buruh Ng Chee Meng menyifatkannya sebagai “kata sepakat yang jelas” bahawa kesan terhadap pekerja perlu ditangani secara bersama.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita