KILASAN: Trump isytihar perang Iran akan berakhir 'tidak lama lagi', timbang ambil alih Selat Hormuz; Ocean Infinity tamatkan pencarian MH370 di Lautan Hindi tanpa penemuan baharu; Johor usul 12 tempat perhentian utama untuk teksi rentas sempadan SG
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Perang Amerika, Israel dan Iran: Trump isytihar perang Iran 'hampir selesai', timbang ambil alih Selat Hormuz
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berpendapat bahawa perang menentang Iran "hampir selesai" dan Washington "sangat jauh ke hadapan" daripada jangka masa anggaran awalnya selama empat hingga lima minggu, menurut temu bual CBS News dengannya pada Isnin (9 Mac).
Ocean Infinity tamatkan pencarian MH370 di Lautan Hindi tanpa penemuan baharu
Syarikat penerokaan laut dalam, Ocean Infinity menamatkan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi tanpa menemui sebarang maklumat atau data baharu yang berkaitan dengan pesawat yang hilang itu, lapor BERNAMA.
Johor usul 12 perhentian 'utama' untuk teksi rentas sempadan Singapura, mungkin perlu pasang sistem penjejak
Kerajaan negeri Johor mengusulkan 12 perhentian "utama" di mana teksi rentas sempadan Singapura boleh turunkan penumpang, sedang pihak berkuasa menimbangkan untuk mewajibkan kenderaan-kenderaan tersebut dipasang dengan sistem penjejak lokasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.