Skip to main content

Kilasan

KILASAN: SMRT didenda S$3 juta atas kelemahan operasi, penyenggaraan hingga cetus gangguan EWL; MOH perbetul maklumat salah mengenai bedah siasat, undang-undang vaksinasi COVID-19; MOE singkatkan kursus guru program PDGE dari 16 kepada 12 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jun 2025 07:26PM Dikemas Kini : 03 Jun 2025 10:52PM

3 BERITA PALING MENDAPAT PERHATIAN:

SMRT akan didenda S$3 juta atas kelemahan operasi, penyenggaraan hingga cetus gangguan Laluan Timur-Barat

Kakitangan SMRT bekerja keras pada tengah-tengah malam untuk baiki kerosakan pada landasan. (Gambar Fail: CNA)

Pengendali pengangkutan awam SMRT akan didenda S$3 juta atas kelemahan-kelemahan yang membawa kepada insiden dan gangguan MRT selama enam hari berikutnya di Laluan Timur-Barat (EWL) pada September 2024.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

MOH perbetul maklumat salah mengenai bedah siasat, undang-undang vaksinasi COVID-19

Seorang wanita dengan botol kecil berlabel "Vaksin COVID-19" dan picagari perubatan dalam ilustrasi ini diambil pada 10 Apr 2020. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (3 Jun) menjelaskan dan menolak dua dakwaan palsu yang tersebar di media sosial berhubung hasil bedah siasat COVID-19 dan undang-undang vaksinasi di Singapura.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Program latihan guru possiswazah NIE bakal disingkatkan 4 bulan: Desmond Lee

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee bercakap semasa temu bual dengan wartawan. (Gambar fail: CNA/Wallace Woon)

Program possiswazah 16 bulan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) untuk guru-guru yang sedang menjalani latihan akan disingkatkan kepada kursus selama 12 bulan, menurut pengumuman Menteri Pendidikan Desmond Lee pada Selasa (3 Jun).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita