KILASAN: SG suntik dana S$66 juta kaji tenaga nuklear; Masjid baharu Tengah di Forest Drive, Masjid Darussalam naik taraf S$10.3 juta; Pendekatan SG tentukan tarikh, waktu ibadah umat Islam dipuji, wajar dicontohi negara lain
3 BERITA PALING MENDAPAT PERHATIAN
Penyelidikan tenaga nuklear di SG terima suntikan dana S$66 juta
Institusi utama dalam penyelidikan tenaga nuklear menerima suntikan dana sebanyak S$66 juta sempena pelancaran bangunan baharunya di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Jumaat (11 Jul).
Masjid baharu Tengah di Forest Drive; kerja peningkatan $10.3 juta bagi Masjid Darussalam
Sebuah tapak tanah di Forest Drive sudah dikenal pasti sebagai lokasi bagi pembangunan masjid baharu bagi kemudahan penduduk kawasan Tengah. Ini diumumkan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim di luar lawatannya ke Masjid Darussalam hari ini (11 Jul).
Pendekatan SG tentukan tarikh & waktu ibadah bagi umat Islam dipuji, wajar dicontohi negara lain
Pendekatan Singapura dalam menentukan tarikh dan waktu ibadah bagi orang Islam seperti waktu solat dan permulaan bulan Ramadan dan Aidilfitri dipuji ahli Falak terkemuka dunia, Mohammad Shawkat Odeh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.