KILASAN: SG mesti tumpu perhatian kepada pertahanan, trend peperangan baharu; Pemerintah sokong 13% pendapatan tambang pengendali bas sekolah & pengangkutan khidmat jagaan; Pendaftaran Korban SalamSG sudah dibuka, lagi 2 masjid sertai korban tempatan
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong berinteraksi dengan MAJ Dimir Pot (kedua dari kiri) dari Skuadron 128, Markas Kenderaan Bersenjata Tanpa Pemandu (UAV), RSAF, dan ME3 Karthikeyan (pertama dari kiri) dari Skuadron 801, Markas UAV, RSAF, semasa lawatan ke Kem Mandai Hill pada 9 April 2026. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
SG mesti tumpu perhatian kepada pertahanan jika aturan global lumpuh, sesuaikan diri dengan trend peperangan baharu: PM Wong
Singapura perlu memberi perhatian khusus kepada pertahanan jika aturan global mula runtuh, sekalipun negara ini sedang membina daya tahan merentasi tenaga, makanan dan bahagian lain dalam rantaian bekalan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis (9 Apr).
Pemerintah sokong 13% pendapatan tambang pengendali bas sekolah & pengangkutan khidmat jagaanaya
Pemerintah akan memberikan sokongan sementara kepada pengendali pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan untuk pelajar sekolah, orang kurang upaya (OKU), warga emas, dan pesakit.
Pendaftaran Korban SalamSG sudah dibuka, lagi dua masjid sertai korban tempatan
Pendaftaran bagi ibadah korban tahun ini dibuka mulai hari ini (9 April) hingga 22 Mei, dengan dua masjid baharu ditambah bagi pilihan korban tempatan, menurut SalamSG Korban, sebuah jawatankuasa di bawah MUIS dalam kenyataannya pada Khamis (9 April).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.