KILASAN: SG, Jepun meterai kerjasama rangsang sektor tenaga; TAA agih $1.8 juta, jumlah terkumpul sekitar 40% daripada sasaran; Khidmat bas rentas sempadan SG-Malaysia akan dikurangkan selepas Aidilfitri
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
SG, Jepun meterai kerjasama rangsang kolaborasi sektor tenaga
Singapura dan Jepun akan meningkatkan kerjasama dalam sektor tenaga di bawah rangka kerja kerjasama yang baru ditandatangani, yang bertujuan untuk membantu kedua-dua negara berusaha mencapai matlamat sifar bersih masing-masing.
TAA agihkan $1.8 juta, jumlah terkumpul masih sekitar 40 peratus daripada sasaran
Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun ini menyaksikan jumlah permohonan tertinggi iaitu sebanyak lebih 4,600 keluarga.
Buat pertama kalinya juga tahun ini, permohonan bagi bantuan TAA dibuat secara hibrid - yakni secara perseorangan atau secara online di portal sepadu.sg.
Pengendali perkhidmatan bas rentas sempadan menyatakan, mereka akan mula mengurangkan perjalanan ulang-alik ke Malaysia selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Ini termasuk mengoptimumkan laluan perjalanan dan mengurangkan jumlah waktu bertolak sebagai antara cara-cara mengurangkan kos tanpa menaikkan harga tiket.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.