KILASAN: SG, Amerika 'setuju henti rundingan' jadikan Guam pangkalan jet pejuang F-15SG RSAF; SG akan hantar bantuan kemanusiaan ke-9 ke Gaza; Ninja Van berhentikan 12% kakitangan SG
Jet pejuang F-15SG Angkatan Udara Republik Singapore. (Gambar: Facebook/MINDEF)
3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN
Singapura, Amerika gantung rancangan tempatkan jet RSAF F-15SG di Guam
Rancangan untuk menempatkan l2 jet pejuang F-15SG Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam dihentikan, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) pada Selasa (12 Ogos).
SG akan hantar bantuan kemanusiaan ke-9 ke Gaza
Singapura akan menghantar bantuan kemanusiaan kesembilan ke Gaza, yang terdiri daripada bekalan perubatan dan makanan.
Ninja Van berhentikan 12% kakitangan SG
Penyedia logistik Ninja Van memberhentikan kira-kira 12 peratus daripada pekerjanya di Singapura. Sebagai maklum balas kepada pertanyaan Mediacorp, syarikat itu pada Selasa (12 Ogos) menyatakan bahawa langkah pemberhentian ini “tidak dibuat secara mudah”.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.