Skip to main content

Kilasan

KILASAN: SG akan bina benteng pantai, naik taraf prasarana tangani kenaikan paras air laut; Pemerintah timbang 'tindakan lebih tegas' terhadap pemilik, peruncit AMD tidak patuh piawai; Jumlah kes penipuan, kerugian merosot dari Jan-Jun 2025

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: SG akan bina benteng pantai, naik taraf prasarana tangani kenaikan paras air laut; Pemerintah timbang 'tindakan lebih tegas' terhadap pemilik, peruncit AMD tidak patuh piawai; Jumlah kes penipuan, kerugian merosot dari Jan-Jun 2025

Paparan artis bagi benteng pantai di Kawasan Pesisiran Selatan. (Imej: PUB)

Diterbitkan : 30 Aug 2025 07:59PM Dikemas Kini : 30 Aug 2025 08:08PM

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

Bina benteng pantai, naik taraf infrastruktur sedia ada antara langkah lindungi tenggara SG daripada kenaikan paras air laut

Gambar fail Marina Barrage. (Gambar: PUB)

Untuk melindungi kawasan rendah di Changi dan Kawasan Pesisiran Selatan (Greater Southern Waterfront) daripada banjir, satu kajian mencadangkan pembinaan struktur perlindungan pantai, dengan pembinaannya akan dimulakan pada tahun 2030-an, umum agensi air negara PUB pada Sabtu (30 Ogos).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Pemerintah pertimbang 'tindakan lebih tegas' terhadap pemilik, peruncit AMD tidak penuhi piawaian

Menteri Negara bagi Ehwal Dalam Negeri Goh Pei Ming bercakap kepada media di luar Program Plus Responder (RRP) di Kelab Masyarakat Joo Chiat pada 30 Ogos 2025. (Gambar: Mediacorp)

Dengan peningkatan kes kebakaran di premis kediaman sejak kebelakangan ini, pemerintah sedang menimbangkan "tindakan lebih tegas" terhadap pemilik dan peruncit alat mobiliti aktif (AMD) yang tidak mematuhi piawaian, serta langkah-langkah untuk meningkatkan perlindungan keselamatan kebakaran, kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Goh Pei Ming pada Sabtu (30 Ogos).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Jumlah kes penipuan SG, kerugian merosot dari Jan-Jun 2025

Gambar fail mesej scam pada telefon bijak. (Gambar: iStock)

Jumlah kes penipuan yang dilaporkan di Singapura merosot selepas meningkat sejak beberapa tahun lalu. Menurut perangkaan pertengahan tahun yang dikeluarkan oleh polis pada Sabtu (30 Ogos), terdapat 19,665 kes dalam separuh pertama 2025 - turun 26 peratus berbanding 26,563 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita