KILASAN: Sektor telko 'sasaran nilai tinggi' penggodam, firma SG digesa segera tangani risiko AI; Jemaah haji SG terima Kad Nusuk sebelum tiba di Tanah Suci; Jasad warga Indonesia ditemui susuli letusan Gunung Dukono, 2 warga SG masih belum ditemui
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam bercakap kepada media di Yishun Ring Road pada 9 Mei 2026. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)
This audio is generated by an AI tool.
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Sektor telko 'sasaran nilai tinggi' penyerang siber, firma SG dinasihat segera tangani risiko AI: Shanmugam
Para pelaku ancaman canggih yang berterusan (APT) semakin mengambil kesempatan daripada kecerdasan buatan (AI) untuk mempertingkatkan serangan mereka, dengan sektor telekomunikasi (telko) Singapura menjadi "sasaran bernilai tinggi" untuk diserang, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam pada Sabtu (9 Mei).
Jemaah SG buat kali pertama terima Kad Nusuk sebelum tiba di Tanah Suci; PM Wong ucap selamat tunaikan ibadah haji
Perdana Menteri Lawrence Wong melahirkan harapan agar jemaah haji Singapura tahun ini dapat melakukan "perjalanan yang selamat dan dapat menunaikan ibadah rukun kelima itu dengan penuh bermakna".
Letusan Gunung Dukono: Mayat mangsa pertama disahkan, dipercayai warga Indonesia
Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu (9 Mei) mengesahkan kematian seorang pendaki yang terperangkap menyusuli letusan Gunung Dukono pada Jumaat, sambil menambah bahawa mangsa merupakan rakyat Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.