KILASAN: RLAF kumpul lebih S$2.1 juta bagi mangsa gempa Turki, Syria; Inflasi teras SG kekal tidak berubah 5.5% pada Feb; M'sia perkenal dasar baru dalam usaha mansuh hukuman mati mandatori
Gambar: MUIS
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
RLAF kumpul lebih S$2.1 juta bagi mangsa gempa Turki, Syria
Jumlah lebih S$2.1 juta itu merupakan yang tertinggi yang pernah dikumpulkan oleh RLAF dalam usaha kemanusiaan bagi bencana alam sejauh ini.
Inflasi teras SG kekal tidak berubah 5.5% pada Feb
Inflasi teras kekal tidak berubah kerana inflasi perkhidmatan lebih rendah secara amnya diimbangi oleh inflasi lebih tinggi bagi runcit dan barangan lain serta elektrik dan gas.
M'sia perkenalkan dasar baru dalam usaha mansuh hukuman mati mandatori
Tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baru adalah hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.