KILASAN: Rang Undang-Undang cuti bapa 4 minggu diluluskan; Lebih 1,000 rakyat SG dimasukkan semula ke dalam Daftar Pengundi susuli kesilapan elektronik; 131 kes pegawai dikenakan tindakan disiplin atas diskriminasi tempat kerja dalam tempoh 5 tahun lalu

(Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Cuti sama rata bagi ibu bapa, budaya kerja lebih baik digesa sedang rang undang-undang cuti bapa 4 minggu diluluskan

Cuti bapa bergaji yang diberikan Pemerintah akan digandakan daripada dua kepada empat minggu bagi bapa kepada anak rakyat Singapura yang dilahirkan dari 1 Januari tahun depan.
Lebih 1,000 rakyat SG dimasukkan semula ke dalam Daftar Pengundi susuli kesilapan elektronik

Lebih 1,000 rakyat Singapura sudah dimasukkan kembali ke dalam Daftar Pengundi. Ini selepas mereka secara silap dimasukkan ke dalam senarai individu tidak layak mengundi pada Pilihan Raya Presiden 2023 meskipun mereka sudah mengundi sebelum ini.
131 kes pegawai dikenakan tindakan disiplin atas diskriminasi di tempat kerja dalam tempoh 5 tahun lalu: MHA

Jabatan Home Team dan ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menyiasat 310 kes diskriminasi di tempat kerja dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.