KILASAN: Putin enggan bertemu Zelenskyy di Turki bagi rundingan damai; 120 maut dalam serangan terbaharu Gaza, Hamas tegas mahu bantuan dibenar masuk ke Gaza; India, Pakistan saling tuduh gagal kawal senjata nuklear
Presiden Amerika Donald Trump, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: AP/Aurelien Morissard, Pavel Bednyakov)
Rundingan damai dijangka tidak berlaku; Putin enggan bertemu Zelenskyy di Turki
ISTANBUL/ANKARA:Vladimir Putin dari Rusia menolak cabaran untuk bertemu secara bersemuka dengan Volodymyr Zelenskyy di Turki pada Khamis (15 Mei), sebaliknya menghantar delegasi peringkat kedua ke rundingan damai yang dirancang, manakala presiden Ukraine berkata menterinya pertahanannya akan mengetuai pasukan Kyiv.
120 maut dalam serangan terbaharu Gaza; Hamas tegas mahu bantuan dibenar masuk 'syarat minimum' rundingan
WILAYAH PALESTIN: Pasukan penyelamat Palestin melaporkan seramai 120 orang maut pada Khamis (15 Mei) akibat serangan Israel ke atas Gaza, di mana sebuah pertubuhan yang disokong Amerika menyatakan ia bercadang untuk mula menghulurkan bantuan menjelang akhir bulan ini.
India, Pakistan saling tuduh gagal kawal senjata nuklear masing-masing
Kedua-dua negara itu juga menyeru dunia supaya memantau senjata negara jiran masing-masing hanya beberapa hari selepas konfrontasi ketenteraan paling serius antara kedua-dua negara dalam tempoh dua dekad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.