KILASAN: Proses pemerolehan tapak 38 Oxley Road selesai susuli pewartaannya sebagai monumen negara; Polis akan turunkan had maksimum mata demerit sebelum lesen digantung daripada 24 kepada 18 mata; Mahkamah Syariah rintis usaha pengantaraan bersama
38 Oxley Road, hartanah milik Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, 3 Nov 2025. (Gambar fail: CNA/Wallace Woon)
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
38 Oxley Road kini milik pemerintah selepas diwartakan monumen negara
Pemerintah Singapura sudah menyelesaikan proses pemerolehan dan mengambil alih tapak di 38 Oxley Road, rumah kepada Perdana Menteri pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, menurut pengumuman pihak berkuasa pada Jumaat (31 Jul).
Lesen memandu akan digantung jika dikenakan 18 mata demerit berbanding 24 di bawah peraturan lebih ketat
Jumlah maksimum mata demerit yang boleh dikumpulkan seseorang pemandu sebelum lesen memandunya digantung buat kali pertama akan dikurangkan daripada 24 mata dalam tempoh dua tahun kepada 18 mata bagi tempoh yang sama, berkuat kuasa 1 Januari 2027.
Mahkamah Syariah rintis usaha pengantaraan bersama, perkukuh sokongan buat pasangan bercerai dengan konflik tinggi
Individu yang mengendalikan sendiri kes perceraian serta keluarga yang berdepan konflik berpanjangan boleh menerima sokongan lebih menyeluruh menerusi pendekatan baharu Mahkamah Syariah Singapura (SYC).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.