Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Program Khas Bahasa Melayu diperluas, Maktab Rendah Kebangsaan jadi pusat kelima mulai 2027; 84 calon terima Biasiswa PhD A*STAR tahun ini; PRN Negeri Sembilan: kiraan undi sudah bermula

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Program Khas Bahasa Melayu diperluas, Maktab Rendah Kebangsaan jadi pusat kelima mulai 2027; 84 calon terima Biasiswa PhD A*STAR tahun ini; PRN Negeri Sembilan: kiraan undi sudah bermula

Peluasan tersebut membolehkan lebih ramai pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga mereka. (Gambar: Hidir Ezat)

Diterbitkan : 01 Aug 2026 08:04PM Dikemas Kini : 01 Aug 2026 08:05PM

3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian

Program Khas Bahasa Melayu diperluaskan, Maktab Rendah Kebangsaan jadi pusat kelima mulai 2027

Related article image
Reruai baca berita Mediacorp yang dikendali oleh unit berita Melayu, Tamil dan Cina. (Gambar: Hidir Ezat)

Lebih banyak peluang akan disediakan bagi para pelajar yang mahu mendalami pembelajaran bahasa ibunda. Ini dengan Program Elektif Bahasa diperluaskan pada tahun hadapan (2027). Bagi bahasa Melayu, Program Khas Bahasa Melayu (MSP) akan diperluaskan dengan pusat kelima di Maktab Rendah Kebangsaan (NJC).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Penerima biasiswa siswazah A*STAR, Shalihin Faizal lanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang semikonduktor

Related article image
Penerima biasiswa siswazah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), Muhammad Shalihin Faizal, 26 tahun, berhasrat memacu pembangunan teknologi cip generasi baharu serta menyumbang kepada kemajuan industri semikonduktor Singapura. (Gambar: A*STAR)

Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa beliau akan menjadi yang pertama dalam keluarganya yang akan berjaya menamatkan pengajian di universiti. Kini, ia bukan sekadar satu realiti bagi Muhammad Shalihin Faizal bahkan anak keempat daripada enam adik beradik itu melakar satu lagi pencapaian apabila dipilih menerima Biasiswa siswazah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) dalam bidang semikondutor.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

PRN Negeri Sembilan: Proses kira undi sudah bermula

Related article image
(Gambar: BERNAMA)

Pengiraan kertas undi awal dan biasa yang dikeluarkan kepada individu yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, bermula pada petang Sabtu (1 Ogos).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita