KILASAN: Presiden Tharman seru 'masyarakat diutamakan bukan individu' sedang SG perbaharui strategi ekonomi; Lebih 1,500 vape dirampas di sempadan SG sedang ICA tingkat pemeriksaan; WHO tarik balik status darurat kesihatan global bagi mpox
Presiden Tharman Shanmugaratnam.
3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN
Presiden Tharman seru 'masyarakat diutamakan bukan individu' sedang SG perbaharui strategi ekonomi
Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Jumaat (5 Sep) menggesa rakyat Singapura supaya mengamalkan sikap "masyarakat diutamakan, bukan individu" dan mengutamakan manfaat bersama sedang negara ini melangkah ke fasa baharu transformasi ekonomi.
Lebih 1,500 vape dirampas di sempadan SG sedang ICA tingkat pemeriksaan
Lebih 1,500 vape dan komponennya dirampas oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam tempoh empat hari pertama selepas hukuman lebih berat terhadap vape dikuatkuasakan pada Isnin (1 Sep).
WHO tarik balik status darurat kesihatan global bagi mpox
Mpox atau cacar monyet bukan lagi satu darurat kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyusuli kemerosotan berterusan dalam jumlah kes dan kematian di Republik Demokratik Congo dan negara-negara lain yang terjejas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.