KILASAN: Permintaan tinggi bagi ujian PCR COVID-19 pada bulan mendatang; Pemandu Grab dipenjara 19 bulan kerana tipu pasaran sekuriti; Operasi menyelamat Genting disambung pagi ini

3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Permintaan ujian PCR COVID-19 dijangka naik susuli pelonggaran sekatan China

Penyedia jagaan kesihatan Singapura menjangkakan lebih ramai pelancong yang memerlukan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) COVID-19 sebelum berangkat dalam bulan-bulan mendatang, sedang China melonggarkan sekatan sempadannya.
Pemandu Grab dipenjara 19 bulan; denda lebih S$355,000 kerana tipu pasaran sekuriti

Antara Januari 2016 dengan September 2018, Goh berulang kali memasukkan dan memadamkan pesanan membeli bagi berbilang sekuriti. Ini kerana dia langsung tiada niat untuk melakukan pembelian tersebut.
Tragedi Genting Highlands: Operasi mencari dan penyelamat Genting disambung pagi ini

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata operasi itu akan disambung semula pada 8.30 pagi nanti, bergantung kepada keadaan cuaca.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.