Skip to main content

Kilasan

KILASAN: PERGAS lancar platform rangkaian perkukuh peranan & jaringan asatizah tempatan; SingHealth kumpul lebih S$1.4 juta untuk Cabaran Presiden 2025; Pusat bersepadu baharu di Sengkang bantu penduduk hadapi cabaran mental dan penuaan

Anggaran Waktu Membaca:

(Dari kiri) CEO PERGAS, Ustazah Nurdiana Hanim Abdul Rahman, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhamad Faishal Ibrahim, Perdana Menteri Lawrence Wong dan Presiden PERGAS, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid melancarkan APVN (Gambar: Nurhelmy Hakim)

Diterbitkan : 04 Oct 2025 07:42PM

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

PERGAS lancar platform rangkaian asatizah, perkukuh peranan dan jaringan asatizah tempatan

Related article image
(Dari kiri) CEO PERGAS, Ustazah Nurdiana Hanim Abdul Rahman, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhamad Faishal Ibrahim, Perdana Menteri Lawrence Wong dan Presiden PERGAS, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid melancarkan APVN (Gambar: Nurhelmy Hakim)

Rangkaian Karyawan dan Sukarelawan Asatizah (APVN) yang diperkenalkan oleh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) bertujuan mempersiap para asatizah dalam menangani keperluan masyarakat Islam yang kian pelbagai.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

SingHealth kumpul lebih S$1.4 juta untuk Cabaran Presiden 2025

Related article image
Satu acara sempena Cabaran Presiden 2025 diadakan di Hospital Besar Changi. (Gambar fail: CGH/Facebook)

Kempen SingHealth tahun ini diketuai oleh Hospital Besar Changi (CGH) sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-90. Antara aktiviti pengumpulan dana yang dijalankan termasuk kempen derma melalui kad ikrar dan bazar amal.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Pusat bersepadu baharu di Sengkang bantu penduduk hadapi cabaran mental dan penuaan

Related article image
Pusat sehenti baharu di Sengkang dilancarkan untuk menjadikan kesejahteraan menyeluruh sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat. (Gambar: Allkin Singapore)

Pusat yang dilancarkan pada Sabtu (4 Okt) oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam itu merupakan usaha untuk menjadikan kesejahteraan menyeluruh sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakat, di samping memudahkan akses kepada penjagaan kesihatan pencegahan.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita