KILASAN: Pengunduran Muhyiddin, pemimpin Bersatu isyarat jelas PN di ambang krisis politik; PBB kritik tindakan Israel terhadap UNRWA berisiko jejas jutaan pelarian Palestin; Kian ramai remaja SG kerja sambilan semasa cuti hujung tahun
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Pengunduran Muhyiddin Yassin, pemimpin kanan Bersatu isyarat jelas PN di ambang krisis politik terbesar
Pengunduran Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Bersatu termasuk pada peringkat negeri daripada Perikatan Nasional (PN) memberikan isyarat jelas bahawa gabungan itu berada di ambang krisis politik terbesar sejak ditubuhkan lima tahun lalu.
PBB beri amaran tindakan Israel terhadap UNRWA berisiko jejas khidmat asas jutaan pelarian Palestin
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Selasa (30 Dis) bahawa tindakan terbaharu Israel terhadap agensi PBB bagi pelarian Palestin berisiko menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan perkhidmatan asas seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.
Lebih ramai remaja SG lakukan kerja sambilan semasa cuti hujung tahun
Lebih ramai remaja di Singapura kini melakukan kerja sambilan, khususnya semasa cuti hujung tahun, untuk meraih pendapatan tambahan dan memperoleh pengalaman di tempat kerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.