KILASAN: Pemerintah baharu PM Wong mahu perkukuh kedudukan SG dalam 'dunia yang berubah'; Dr Faishal tolak komen SG 'berdiam diri' isu kemanusiaan lain di dunia selain Gaza; Zaqy Mohamad dilantik pengerusi Yayasan MENDAKI
Perdana Menteri Lawrence Wong mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon (kanan), sambil disaksikan Presiden Tharman Shanmugaratnam (tengah), di Istana pada 23 Mei 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Pemerintah baharu PM Wong mahu perkukuh kedudukan SG dalam 'dunia yang berubah'
Memastikan kedudukan yang terjamin bagi Singapura dalam “dunia yang sudah berubah” adalah keutamaan bagi penggal pemerintahan seterusnya negara ini, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (23 Mei) semasa barisan menteri Kabinet baharunya mengangkat sumpah.
Dr Faishal tolak komen SG 'berdiam diri' isu kemanusiaan lain di dunia selain Gaza
Masyarakat harus menolak sebarang kenyataan yang meremehkan penderitaan warga Palestin. Ini meskipun wajar bagi masyarakat untuk memberi perhatian kepada penderitaaan yang dialami di bahagian lain di dunia.
Zaqy Mohamad dilantik pengerusi Yayasan MENDAKI
Encik Zaqy Mohamad dilantik sebagai pengerusi Yayasan MENDAKI berkuat kuasa Jumaat (23 Mei), menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (24 Mei). Beliau sekali gus mengambil alih pucuk kepimpinan dari Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang melepaskan jawatan sebagai pengerusi dan anggota Lembaga Pengarah Yayasan MENDAKI sehari sebelum itu iaitu pada 22 Mei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.