Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Pemerintah akan terus bantu rakyat SG tingkat diri agar lebih berdaya saing; MUIS, HPB perkenal sesi orientasi Haji, beri jemaah panduan menyeluruh; Dormitori pekerja hijrahan pertama MOM dibuka di Jurong, geran baharu bantu naik taraf kemudahan

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Pemerintah akan terus bantu rakyat SG tingkat diri agar lebih berdaya saing; MUIS, HPB perkenal sesi orientasi Haji, beri jemaah panduan menyeluruh;  Dormitori pekerja hijrahan pertama MOM dibuka di Jurong, geran baharu bantu naik taraf kemudahan
Menteri Kanan Lee Hsien Loong berucap kepada para pelajar di majlis Anugerah Edusave Teck Ghee pada 17 Januari 2026. (Gambar: Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan)
Diterbitkan : 17 Jan 2026 07:56PM Dikemas Kini : 17 Jan 2026 08:10PM

3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian

Pemerintah akan terus bantu rakyat Singapura tingkatkan diri agar lebih berdaya saing: SM Lee

Related article image
Pekerja pejabat berjalan di kawasan CBD. (Gambar fail: iStock/3yephotography)

Pemerintah akan membangunkan program - dan sebahagian daripadanya akan diumumkan dalam Belanjawan akan datang - untuk menyokong individu dan perniagaan mengasah kemahiran dan menyesuaikan diri menghadapi dunia yang bergolak, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong pada Sabtu (17 Januari).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

MUIS, HPB perkenal sesi orientasi awal Haji, sedia bakal jemaah dengan panduan persiapan menyeluruh

Related article image
Para bakal jemaah semasa di sesi orientasi Haji 2026 (Gambar: Nurhelmy Hakim)

Buat julung kalinya, satu sesi orientasi khas diadakan pada Sabtu (17 Jan) bagi bakal jemaah Haji Singapura, bertujuan menyediakan panduan menyeluruh merangkumi pelbagai aspek persiapan ibadah Haji.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Dormitori pekerja hijrahan pertama milik MOM dibuka di Jurong; geran baharu bantu naik taraf kemudahan

Related article image
Dormitori NESST Tukang di Tukang Innovation Lane di Jurong pada 17 Januari 2026. (Gambar: CNA/Ili Mansor)

Dormitori pekerja hijrahan pertama yang dibina dan dimiliki oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dibuka di Jurong pada Sabtu (17 Jan). Dormitori NESST Tukang menempatkan sehingga 2,400 pekerja di 210 bilik dan dibina selaras dengan piawai lebih tinggi yang ditetapkan oleh MOM semasa pandemik pada 2021.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita