KILASAN: PBB sasar kumpul dana AS$33 bilion bagi usaha kemanusiaan 2026; Prabowo gandakan bantuan kepada 4 bilion rupiah bagi kawasan terjejas bencana di Sumatra; Amerika Syarikat akan benarkan cip AI H200 Nvidia dijual kepada China
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
PBB sasar kumpul dana AS$33 bilion bagi usaha kemanusiaan 2026
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya sedang berusaha mendapatkan dana AS$33 bilion (S$42.8 bilion) bagi menyediakan sokongan menyelamatkan nyawa pada tahun depan kepada 87 juta orang di seluruh dunia yang terjejas akibat perang, bencana iklim, gempa bumi, wabak dan kegagalan tanaman, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Prabowo gandakan bantuan kepada 4 bilion rupiah bagi kawasan terjejas bencana di Sumatra
Presiden Indonesia Prabowo Subianto meluluskan peruntukan tambahan sehingga empat bilion rupiah (S$311,350) bagi setiap daerah dan bandar yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatra, lapor agensi berita ANTARA.
Amerika Syarikat akan benarkan cip AI H200 Nvidia dijual kepada China
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Isnin (8 Dis) beliau sudah pun mencapai persetujuan dengan Presiden China Xi Jinping bagi membenarkan gergasi cip Amerika Nvidia mengeksport cip kecerdasan buatan termaju ke China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.