Skip to main content

Kilasan

KILASAN: PAP lantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi; Rangkaian 'SG for Humanity' dilancarkan bagi perkukuh usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza; Lebih banyak pilihan pakej haji SG 2027, harga bermula dari S$13,864

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN:  PAP lantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi; Rangkaian 'SG for Humanity' dilancarkan bagi perkukuh usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza; Lebih banyak pilihan pakej haji SG 2027, harga bermula dari S$13,864

Pengerusi parti Desmond Lee dan Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP memberikan tepukan terhadap ucapan seorang aktivis semasa konvensyen parti itu pada 9 November 2025. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 07:52PM Dikemas Kini : 05 Nov 2026 07:53PM
  • Pada Khamis, 5 November, PAP mengumumkan pelantikan Chan Hui Yuh, Jeffrey Siow, Ng Chee Meng dan Sim Ann ke badan pembuat keputusan tertingginya, menjadikan enam ahli dilantik selepas pemilihan parti pada Oktober.
  • Singapura melancarkan rangkaian SG for Humanity untuk memperkukuh bantuan kepada penduduk terjejas di Gaza, dengan menghimpunkan pemerintah, pertubuhan kemanusiaan dan masyarakat bagi menyelaras penghantaran serta membuka peluang sumbangan.
  • Bagi musim haji 2027, MUIS meluluskan 37 pakej berbanding 25 pada tahun sebelumnya, menambah pilihan untuk bakal jemaah Singapura.
  • Sepuluh ejen pelancongan dilantik menawarkan pakej perjalanan selama 18 hingga 28 hari; harga bermula S$13,864.
Dijana oleh AI

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

PAP lantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertinggi; umum pemegang jawatan utama

Related article image

Parti Tindakan Rakyat (PAP) melantik empat lagi ahli ke dalam badan pembuat keputusan tertingginya, menjadikan jumlah ahli yang dilantik seramai enam orang, susulan pemilihan dalaman parti pada bulan Oktober. Empat individu tersebut ialah Chan Hui Yuh, Jeffrey Siow, Ng Chee Meng, dan Sim Ann, umum parti itu pada Khamis (5 November).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

SG lancar rangkaian 'SG for Humanity' perkukuh usaha bantuan kemanusiaan ke Gaza

Related article image
Singapura melancarkan rangkaian baharu 'SG for Humanity' pada Khamis (5 Nov). Rangkaian itu menghimpunkan pemerintah, pertubuhan kemanusiaan dan masyarakat. Empat pertubuhan bukan pemerintah (NGO) terdiri daripada Humanity Matters, Mercy Relief, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dan Palang Merah Singapura (SRC).(Gambar: Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY))

Singapura melancarkan rangkaian baharu 'SG for Humanity' pada Khamis (5 Nov) bagi memperkukuh usaha bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas akibat krisis di Gaza. Rangkaian itu menghimpunkan pemerintah, pertubuhan kemanusiaan dan masyarakat bagi meningkatkan kerjasama, memperkemas penghantaran bantuan serta menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Singapura untuk menyumbang.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Lebih banyak pilihan pakej haji 2027 ditawarkan; harga bermula dari S$13,864

Related article image
Sebanyak 37 pakej diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk bakal jemaah Haji, berbanding 25 tahun lalu. (Gambar fail: Kementerian Media Arab Saudi)

Bakal jemaah haji Singapura akan mempunyai lebih banyak pilihan bagi musim haji 2027, dengan 37 pakej diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), berbanding 25 tahun lalu. Pakej-pakej tersebut ditawarkan oleh 10 ejen pelancongan yang dilantik MUIS, dengan tempoh perjalanan antara 18 dengan 28 hari.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita