KILASAN: Operasi 24 gerai, trak makanan di 'Hari Raya Mega Sale 2023' digantung; Mahkamah Syariah lancar rangka kerja latihan, penilaian baru; Roda-roda Ramadan bantu 400 keluarga memerlukan
Gambar: SFA
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Operasi 24 gerai, trak makanan di 'Hari Raya Mega Sale 2023' di Singapore Expo digantung
Pegawai Agensi Makanan Singapura (SFA) mengesan 21 gerai makanan dan 3 trak makanan yang tidak berlesen di acara "Hari Raya Mega Sale 2023" Singapore Expo pada Jumaat (10 Mac). Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa pengendali makanan yang tidak berdaftar di gerai-gerai tersebut.
Mahkamah Syariah lancar rangka kerja latihan, penilaian baru; 18 hakam dipilih
Rangka kerja H.I.K.M.AH bertujuan melengkapi hakam dan asatizah dengan kemahiran, ilmu pelbagai disiplin serta sumber bagi membantu pihak yang mahu bercerai.
Program Roda-Roda Ramadan sasar bantu 400 keluarga memerlukan
"Inisiatif pada hari ini adalah salah satu inisiatif di mana kita dapat melihat perjalanan kita sebagai warga Singapura untuk membangunkan masyarakat kita di mana semua pihak turun padang memainkan peranan, memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.": Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.