KILASAN: MIT iktiraf kecemerlangan pimpinan Presiden Tharman dalam dasar kewangan antarabangsa; Lebih 500,000 dipindahkan di tengah pertempuran Thai-Kemboja; SG rangkul 3 pingat emas sehari selepas Sukan SEA 2025 dirasmikan
3 Berita Paling Mendapat Perhatian
Pres Tharman menang anugerah MIT atas kepimpinan kewangan global, beri amaran berhubung paras hutang tinggi dalam kalangan ekonomi maju
Presiden Tharman Shanmugaratnam dianugerahkan Hadiah Miriam Pozen yang berprestij sebagai mengiktiraf peranan kepimpinannya dalam dasar kewangan antarabangsa.
Lebih separuh juta penduduk dipindahkan di Kemboja di tengah pertempuran sempadan dengan Thailand
Lebih 500,000 orang sudah pun meninggalkan rumah masing-masing untuk ke tempat selamat di Thailand dan Kemboja sejak tercetusnya semula konflik sempadan, menurut pemerintah kedua-dua negara pada Rabu (10 Dis), di mana jumlah itu melebihi keseluruhan jumlah penduduk yang dipindahkan semasa berlaku pertempuran yang sama pada awal tahun ini.
SUKAN SEA 2025: Pasukan renang SG rangkul 2 pingat emas
Letitia Sim menjadi tumpuan utama selepas memenangi dua pingat emas untuk pasukan renang Singapura pada hari pertama acara renang di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-33. Namun, beberapa pingat yang sebelum ini dimenangi berturut-turut juga gagal dipertahankan pada Rabu (10 Dis).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.