Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Masih banyak ruang untuk SG-Malaysia perkukuh hubungan dua hala dalam persekitaran geopolitik kian mencabar; Suspek penembak Charlie Kirk ditahan selepas bapanya suruh serah diri; Nepal lantik mantan ketua hakim sebagai PM baharu

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Masih banyak ruang untuk SG-Malaysia perkukuh hubungan dua hala dalam persekitaran geopolitik kian mencabar; Suspek penembak Charlie Kirk ditahan selepas bapanya suruh serah diri; Nepal lantik mantan ketua hakim sebagai PM baharu

Dr Balakrishnan bersama pemimpin Malaysia. (Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

Diterbitkan : 13 Sep 2025 07:56AM Dikemas Kini : 13 Sep 2025 08:49AM

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

Masih banyak ruang bagi SG-Malaysia perkukuh hubungan dua hala dalam sekitaran geopolitik kian mencabar

Related article image
Dr Vivian Balakrishnan hadiri acara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025. (Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata masih banyak ruang untuk Singapura dan Malaysia bekerjasama bagi meningkatkan hubungan dua hala, termasuk melalui komitmen bersama demi memastikan ASEAN kekal utuh, dinamik dan berpandangan jauh dalam persekitaran geopolitik yang semakin mencabar.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Suspek penembak Charlie Kirk ditahan selepas bapanya suruh serah diri

Related article image
(Gambar: Agensi Berita)

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Utah yang ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh dalam kes pembunuhan Charlie Kirk menunjukkan kebencian mendalam terhadap pandangan provokatif aktivis itu dan memberitahu ahli keluarganya sendiri bahawa dia bertanggungjawab atas insiden tembakan tersebut, kata pihak berkuasa pada Jumaat (12 Sep).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Nepal lantik mantan ketua hakim negara sebagai PM baharu

Related article image
Bekas Ketua Hakim Nepal Sushila Karki di Kathmandu pada 30 Januari 2019. (Gambar fail: REUTERS/Stringer)

Seorang mantan ketua hakim Mahkamah Agung dilantik sebagai perdana menteri baharu Nepal, sedang negara itu berusaha kembali normal selepas berhari-hari dilanda tunjuk perasaan antipemerintah yang bertukar ganas. Sushila Karki, 73 tahun, dilantik sebagai perdana menteri sementara pada Jumaat (12 Sep) oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita