KILASAN: Makam Habib Noh selesai jalani kerja pemuliharaan, dibuka kepada awam pada 12 Jan; Johor tingkat operasi cegah buang sampah sembarangan tanpa kira kerakyatan pesalah; Israel berwaspada terhadap kemungkinan campur tangan Amerika di Iran
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Makam Habib Noh selesai jalani kerja pemuliharaan, dibuka sepenuhnya kepada awam pada 12 Jan
Menurut Naib Pengerusi Masjid Haji Muhammad Salleh, Ustaz Muhammad Jalaluddeen Saukat Ali, yang ditemui di acara menandakan selesainya kerja baik pulih makam hari ini (11 Jan), tumpuan kerja pemulihan tersebut adalah pada kubah serta dinding yang telah lusuh dan memerlukan pembaikan.
Johor tingkat operasi cegah buang sampah sembarangan tanpa kira kerakyatan pesalah
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor melaksanakan operasi secara rambang dan menyeluruh tanpa mengira status kewarganegaraan, susulan penguatkuasaan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].
Israel berjaga-jaga terhadap kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat di Iran
Israel kini dalam keadaan berjaga-jaga berhubung kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat di Iran. Ini sedang pihak berkuasa Iran bergelut dengan tunjuk perasaan antipemerintah terbesar dalam masa beberapa tahun, menurut tiga sumber Israel yang berpengetahuan tentang perkara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.