KILASAN: Lubnan-Israel capai gencatan senjata 10 hari; Iran setuju serahkan bekalan uranium diperkaya, kata Trump; SG tidak akan terlalu ketat terhadap AI mahupun biarkannya 'tidak terkawal': DPM Gan
Kenderaan tentera Israel dan jentolak di selatan Lubnan, seperti yang dilihat dari utara Israel pada 15 April 2026. (Gambar: AP/Ariel Schalit)
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Perang Amerika, Israel dan Iran: Lubnan-Israel capai gencatan senjata 10 hari, kata Trump
Israel dan Lubnan bersetuju untuk memulakan gencatan senjata selama 10 hari pada pukul 5.00 petang EST (Jumaat, 5.00 pagi waktu Singapura) pada Khamis (16 Apr) selepas rundingan minggu ini yang diusahakan oleh Washington, menandakan pemberhentian sementara perang Israel dengan Hezbollah yang disokong Iran, yang berlangsung selari dengan perang dengan Iran.
Perang Amerika, Israel dan Iran: Iran setuju serahkan bekalan uranium diperkaya, kata Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Khamis (16 April) bahawa Iran bersetuju untuk menyerahkan simpanan uranium yang diperkaya dan kedua-dua pihak "hampir" mencapai perjanjian damai untuk menamatkan perang yang melanda Timur Tengah.
SG tidak akan terlalu ketat terhadap AI mahupun biarkannya 'tidak terkawal': DPM Gan
Singapura sedang mencari "yang terbaik dari kedua-dua belah pihak" dalam tadbir urus kecerdasan buatan (AI), dengan peraturan yang tidak terlalu ketat mahupun longgar sehingga pemain industri "tidak terkawal", kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Khamis (16 April).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.