Skip to main content

Kilasan

KILASAN: LTA uji sistem AI kesan kenderaan di lorong bas; Lebih banyak peluang kini diwujudkan untuk belia SG kembangkan potensi; MSF naikkan elaun titipan pikat lebih ramai pasangan ambil anak titipan remaja

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Aug 2025 07:50PM Dikemas Kini : 23 Aug 2025 09:32PM

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

LTA uji sistem AI bagi kesan secara automatik kenderaan di lorong bas

Seorang pemandu bas di simulator yang menyerupai keadaan sebenar memandu di jalan raya. (Gambar: Robin Choo/TODAY)

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sedang menguji sistem yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) yang meneliti rakaman kamera bas bagi mengesan dan mengenal pasti secara automatik sebarang kenderaan yang memasuki lorong bas semasa waktu operasi.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Lebih banyak peluang kini diwujudkan untuk belia SG kembangkan potensi: Dr Faishal

(Gambar: Petikan skrin dari Instagram Story/muda.sg)

Belia hari ini mempunyai lebih banyak peluang untuk mengembangkan potensi diri, bukan sahaja melalui acara rasmi tetapi juga program yang lebih santai.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

MSF naikkan elaun titipan bagi pikat lebih ramai pasangan ambil anak titipan remaja

Keluarga titipan juga akan terus menerima pakej bantuan menyeluruh pemerintah dalam bentuk subsidi dan sokongan, menurut Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keluarga. (Gambar: iStock)

Ibu bapa titipan yang menjaga anak titipan remaja akan mula menerima elaun bulanan lebih tinggi pada November, sebagai sebahagian daripada langkah baharu untuk menggalakkan lebih ramai keluarga menjaga anak titipan remaja, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Sabtu (23 Ogos).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita