KILASAN: LTA kini boleh kuat kuasa peraturan berkaitan EV; MediFund agih dana S$164.1 juta pada FY2021; MHA pertimbang rekod jenayah 17 individu disabit bersalah di bawah 377A
Tempat mengecas kenderaan elektrik. (Gambar: iStock/Kandl)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Parlimen lulus undang-undang kuat kuasa peraturan keselamatan, akses kepada EV
Di bawah rang undang-undang itu, semua alat pengecas Kenderaan Elektrik atau EV mesti diiktiraf dan berdaftar dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
MediFund agih dana S$164.1 juta kepada pesakit memerlukan pada tahun kewangan lalu
Jumlah itu adalah S$7.2 juta lebih tinggi berbanding dana yang diagihkan pada tahun sebelumnya. Peningkatan itu disebabkan oleh lebih ramai pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital awam dan poliklinik setelah sekatan COVID-19 dilonggarkan.
MHA pertimbang rekod jenayah 17 individu disabit bersalah di bawah 377A antara 1988-2007
Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), 17 individu berkenaan disabit kesalahan antara 1988 hingga 2007 atas perbuatan homoseksual secara privet dengan izin pasangan masing-masing dan mereka masih hidup.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.